Wednesday, September 29, 2010

cover album

ehemmm....

gambar ni diambil masa cuti2 penang aritu. entry esok aku publish laa yea sb panjang bebeno. arini cite pasal gambo yang dah jadik wallpaper aku kt opis ni. cun tak? hahaha perasan sendirik. mekasih pada cailfish yg mengambik gambar dengan begitu berkesan sekali.



amacam?

ada macam cover album tak?

to edry abdul halim!!!! sila laa wat lagu untuk kitorang. nak yang kaw2 punya okeh.....

ahaksss.....

camne nak rajin ni????

tuan umah mempunyai tahap kemalasan maksima.

camne ni?

help...help...

Friday, September 24, 2010

saman saman dan saman lagi

tajuk blog dah harus ditukar kepada 'seminggu satu entry' katanya..

maklum laa beraya kan..hikhik. ok lah...nak cite ni. semalam aku kena saman lagi. kalu sapa yang bawak kereta ni mesti selalu kena saman menyaman ni kan. biasa laa tu uols. mereka2 yang sopan santun je yg tak penah kena saman.

so semalam aku kena saman lagi dari mpsj. kali ni dapat saman "subang". bukan subang jaya tau, tapi anting-anting tu. sebabnye kenapa? cer tengok kt gambar bawah nih.


dia sangkut menda ni kt side mirror kereta kita. biasanya yang kena ni yg buat dabel park laa macam aku semlm. aku masuk cimb kejap tak sampai 5 minit nak pi cash deposit. keluar2 dapat hadiah ni.

kalu nak biarkan memang macam telinga lembu yg dipasang tag tu uols. kalu so adalah sangat memalukan. cara terbaik pi bayar saman laa, nanti diorg bukak.

tapi parking kt area subang, usj ni semua memang sedeh laa uols. lebih2 lagi kalu kt situ area bank2. staff depa je dah penuh parking. inikan pulak customer memasing. ofis aku yg cuma ada dalam 40 orang ni pun selalu sangat parking tak cukup, terpaksa park jauh2.



depa si penguatkuasa ni pun pandai. suka check time2 orang suka keluar pegi bank dalam kol 10 ke 12 camtu. kencang laa semua majlis perbandaran pasni. dapat income dari saman je.

cisss....

Friday, September 17, 2010

open blog....ok ke???

cerita2 pasal raya later2 aku bubuh yea. mana tah aku campak kabel kamera aku yang mahal tu. kalu jumpa kang baru aku post kt sini.

so time raya ni orang lain selalu buat open house, tapi aku nak wat open blog. meh kita tengok kuih2 yang ada yea.

1st sekali biskut sarang semut. kuih lama ni kan. aku malas nak buat tp anak buah aku sibuk suh buat. katanye aku buat sedap. ahaaaa....terus kembang kuncup laa dan giat untuk membuat kuih ini walaupun lagi 2 hari nak raya.


seterusnya biskut yang ala2 famous amos ni. eika pasir gudang tanya sama ada aku buat tak cookies ni tahun ni dan jwpnnye takdo. tp adik aku ada beli yg bih kurang camni.


atau pun cupcakes yg dideko oleh anak buah aku. agak nam jahanam ok bebudak tu buat deco. ingat malas nak buat tapi depa dok mintak nak suh buat gak. so layan jelah. lagipun kek dibuat oleh mak depa dan tugas aku cuma bancuh kaler2 tu je. dah jadi mcm acara tahunan mendeco cupcake ni. sib baik laa yg makan sepupu sepapat makcik pakcik je.


so sapa2 yg masuk ni sila2 laa menjamu mata (selera takle laa sb takle makan) dengan kuih muih yang ada. ahakssss.

jom jamah muffin pisang & coklat ni ada ok tak rasa dia?



tuan punya blog sibuk nak pegi beraya lagi dan mengabaikan lagi blog ini utk 2,3 hari. nak balik kampung pas ofis arini untuk sambung beraya lagi.


(dan bukan kawin yea my fren. suka taw speku camtu).


Tuesday, September 14, 2010

balik kampung...ooo balik kampung

arini aku dah start cuti dan nak kelik kampung dah. so just nak ucapkan kepada semua yang sudi jenguk blog picisan ni :

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,

MAAF ZAHIR BATIN


korang dah tunaikan zakat fitrah blum? sila laa pegi bayar cepat2 yea jangan tunggu pagi sebelum pi sembahyang raya plak.

yang bawa kenderaan tu hati2 di jalanraya. jangan memandu semasa mengantuk plak yea. esok2 bila wat open house tu sila laa jemput aku. aku tang makan ok jer hiks.

dan satu lg blog ni mcm biasa akan bersawang laa sb broadband kt kampung aku tu slow sket (unless kalu aku rajin dok kt tepi jln).

wokey lah uols. jom balik kampung!!!

Monday, September 6, 2010

lauk pauk

yuhuu....ada yg masuk blog ni tak? takde? wahhh kecik ati aku!

hahaha macam laa popular. kalu sorang dua jenguk tu dah cukup bagus ok...

entry ni bnyk gambar2 je. gambar2 ni adalah antara juadah berbuka aku. puasa kali ni mostlof the time kalu buka kt umah aku masak sendiri.

huh tak caya?

toksah tak caya, bukan korang je tak caya, aku pun kurang caya. tp sb dah few times aku kena dpt makanan beli yg hampeh yg amat so end up masak jua. tp tak semua param yg hampeh. ada juga yg ok. meh tgk sket gambar yg ada.


kuih lopez de sequeira hahaha. apa? tak kenal lopez de sequeira? korang ni mesti tido masa kelas sejarah ni kan. opsss..balik pada cerita. kuih lopis ni nampak je tempting, cantik menarik kan? tapi sebenarnye tak sedap. kuah gula merah yg simple tu pun tak sedap. hampeh kali dua!



ni namanye lempeng yea untuk sapa2 yg tak tau. lempeng ni sendiri buat. harus laa sedap hahah. betul pe. memang terasa-rasa lempengnye... (rasa nak lempang tak? :p)



ni kuah kari daging/tetel yg kunun2 nak dilawan dgn lempeng tadi. punya laa excited masa tgk kari tu kt kedai. sekali makan....eeewwww....tak sedap! tawar tu satu hal. tp memang ada satu benda yg menjadikan kari tu tak sedap.



ini adalah bubur sum-sum. bubur ni tak mcm kt kedai yg ada kaler2 tu tp masih maintain sedap. sebab apa? sebab mak aku yg masak. aku tukang tapau je bwk balik..




gambar atas ni lauk dlm pinggan aku dari kiri siput sedut masak lemak campur pucuk paku, sayur campur, ulam2 plus sambal belacan, patin masak tempoyak dan keli belado. sangat lazat!!! yg ni dan mangkuk2 sambal kt atas ni masa aku berbuka kt restoran warisan, dataran merdeka. dah laa sedap, free lagi. hahaha tu yg dabel tripel sedapnye tuh.


atas ni mee goreng basah. sedap ni..sb aku masak :p

weiii...sedap laa. percaya laaa....

cissss....


talam berlauk yg sedap sebab masak sendiri. tapi bukan aku yg masak sendiri laa. ni cik dibah masak masa dia jemput pi umah dia kt hulu langat. dan tak sia2 dia masak sebab cailfishnye begitu menggemari kuih ini. gitu kan. korang tak paham sudah!!!

hik...hik...hik.....


sambal tumis udang petai juga begitu tempting. hasil hempas pulas cikrozi masa event yg sama dgn kuih di atas. sedap sehingga menjilat pinggan dan periuk kekdahnye.


ini juga di event yg sama. ketam masak lemak cili padi campur nenas dari cik rozie. alamakkk.... tis...tis..tis ayaq lioq masa menaip nih. tak suker!!!!



yg ni plak nasi ambang dibeli dari param kelana jaya. rasanya not bad laa walaupun lauk dia tak berapa banyak. benda ni dibeli sb cik jieb dok tgk tv pasal nasi ni dan dia teringin. tp kan yg ni tak semeriah mcm yg kt johor punya.

btol tak aza, sue, ayied dan kwn2 blogger from jb?



iskkk...nak balik johor laa....

Wednesday, September 1, 2010

mana lagi singgit?

korang mesti penah jumpa soklan matematik ni kt fb kan.



dah lama pun menda ni tp dulu aku tak amik pot lansung. tah camne arini aku ngantuk. tetiba rajin plak nak pikir2 benda ngarut ni. try laa nak solve kan jwpn. hasilnye 10 menit gak laa baru aku leh jwb.

hahah fail sgt kan. kalu amik test PTD mesti tak lulus ni sb selow sgt satu soklan smpai 10 menit.

ada sapa2 tak tau jwpn dia lagi? :p