Thursday, December 30, 2010

kurang hajerrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!!!!!

iskkk...rasa nak carut2 jelah aku nih.

arini bleh plak aku terima email dpd email address aku sendiri. i mean, org tu bleh guna email aku utk anto laa. iskk...cemana nak terang ek. korang tgk laa pic bawah ni :



haaa kan?

logik tak aku nak anto kt aku sendiri. keje bangang btol.

tp lagi bangang si spam yg bleh buat tu siap bg link affiliate dia lagi. cilanat sungguh!

kot laa dia bg kt kwn2 aku ke harus kena maki dalam hati tak pasal2 kan. sebabnya tajuk email tu dia buh 'assalamualaikum'. padahal bukan aku yg buat tuh.

choyy!!! choyyy!!!!

camne yea nak protect email dpd diguna2 kan camni?

Friday, December 24, 2010

makan dan makan lagi

last friday aku keluar dengan cikrozi, cikdib dan cikabangnya untuk makan2.

kali ni ke william. dah lama gila tak ke sana.

1st time ni keluar dengan kapel ni. aritu jumpa pun sekadar hi hi, bye bye je masa aku konvo.

so menu malam itu adalah seafood carbonara, kuey teow kungfu dan butter chicken mee (kot). gambar makanan lupa nak amik sebab bila food sampai keterujaan untuk makan melebihi segalanya hahaha.

dan inilah hasil daripada santapan kami :p


cikrozi yang bizi menatap henpon barunya. yelah...baru seminggu kot kalo tak salah aku hikhik. ampownnnnn...


pstt...pstt.... eskelusippp di blog ni je. sila tgk di bawah...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


taraaaaaa.......... cincin risik2 orang ittew.


utk cincin2 seterusnya kita tunggu harinya nanti yea ;)

masalah yang dicari sendiri

aku lately selalu je pergi keje dlm keadaan mengantuk disebabkan kekurangan tido. kali ni bukan masalah tak boleh tido, tapi masalah yang dicari sendiri.


semua tu sebab tengah ralit sangat membaca novel.

memang laa tiap bulan aku akan beli, tapi biasanya buku tu akan terperap macam tu je disebabkan kemalasan utk membaca. tapi bila roh rajin membaca tu mai, haaa...ni laa jadiknya.

tak boleh nak tinggal selagi tak abis.

sekarang ni aku sorokkan dulu novel2 tu dpd pandangan mata dan akan dikeluarkan pada weekend je sebab time tu boleh laa pulun. kalo hari2 waktu kerja tido kol 4,5 pagi apa barang kan. kalau ada kerja luar takde laa rasa sangat. ni kalo seharian dok di ofis memang sangat2 menyiksa jiwa raga.

from google

koleksi novel melayu dan english aku dah semakin banyak. kalo jual untung tak? heheh.

tapi biasa aku memang tak pernah jual. simpan untuk koleksi sendiri. kalau hilang pun sebab ada org pinjam tak pulang. aku malas laa nak cakap kan sebab dah pinjam pandai2 laa.

ehh...tetiba teringat aku ada pinjam novel cik rozi tapi tak pulang2 lagi hikhik. tu bukan takmo pulang, tapi blum abis baca lagi arrrr...





Thursday, December 23, 2010

kisah tipah, roomate dan aircond

ini adalah kisah seorang tipah yang menghadapi masalah dengan roomatenya.

dari dulu start kerja, tipah dok dlm ofis yg berhawa dingin atau aircond bak kata orang kampung. keadaan opis yg tertutup, orang tak mungkin akan off kan air cond sebab tak mau rasa terperap. dan satu lagi proses meng on dan off kan aircond akan menyebabkan bil letrik tinggi.

pandai cik gugel bagi gambar. ini adalah gambaran roomate tipah ngehngehhh

so dulu tipah start keje di HR dept, then pindah ke johor dan dapat bilik sorang2. memang tak pernah laa ada masalah kepanasan tahap melampau cenggini kecuali kalau hari panas yg tinggi.

tapi bila pindah ke tempat lain, lain plak masalah. tipah sekarang ni dok di ofis berkongsi bilik dengan sorang lagi.

roomate dia ni bukan laa tak baik. bagus orangnya, suka menolong dan memberi salam setiap kali menjwb call, suara pun slow je tak macam tipah. tipah kalo ada org salah extension, menjerit dari bilik ke luar utk pass line. roomate dia tu nehi! nehi! siap bangun keluar bagitahu org yg berkenaan kalau ada call utk depa.

masalahnya roomate dia ni tak tau laa sakit asma melampau2 kot, asik laa sejuk memanjang. tipah ni plak tengok lemak pun dah tau laa cemana kadar metabolisma dia.

sikit2 kang roomate dia akan kesejukan (agaknya laa). si tipah ni plak bukan keje dok kt satu tempat. kadang keluar, kadang pi dept itu ini, so memang lemak terbakar dan kerimasan akan melampau laa. bila dia balik bilik dgn harapan nak bertenang dari kepanasan, harapan hanya tinggal harapan. jadinya dia memang tak syok laa sangat kalau jadi begitu. kadang hati juger bisa jadi panas katanya.


kot laa kalau tipah bukak aircond tu, dalam few mins nnt roomate dia kata nak tutup kejap. kadang tu terus tak bukak2. kadang2 tipah cuma ke belakang je nak amik air dari pantry, balik2 tgk bilik dah panas. dan rasanya ini bukan masalah tipah, tp masalah roomate tu sb orang yg masuk bilik depa mesti komen "apsal panas sangat bilik ni, aircond rosak ke?' gituuuu.

korang tau ke cemana nak handle roomate yg camni? si tipah tu dah tala dah aircond tu arah dia je, tapi roomate dia tetap sejookkkkkkk manjang. owhh satu lg roomate tu mungkin tak rasa sgt rimas sebab duduk dkt dgn ventilation fan. so dpt laa gak angin kan. ini tidak adil...kan? kan? kan?

nak slow talk tak boleh sebab tipah tu memang tak dianugerah dgn kebolehan berdiplomasi kalau dalam keadaan yg panas2 hati ni. kadang tipah buat muka cipan je bukak aircond, pastu siap laa roomate dia dok guna inhailer dan sebagainya. tapi tipah wat dekkkk. samseng kan tipah?


jangan satu hari nanti tipah naik angin dan mengeluarkan kata2 pedih yg selalunya tak pernah orang yg kena sound tu tak sakit hati sudah laa. tipah tu nampak je diam dgn org2 yg dia tak biasa, tp kalo sesekali dia bersuara, orang boleh makan hati. bawak bersabar jelah tipah oiii...

tipah juger siap berdoa agak satu hari nnt roomate dia itu mendapat kerja di ofis yg mempunyai central aircond dan masa tu tau laa kau langit tu tinggi rendah katanya.

hahaha sangat keji kan...

Tuesday, December 21, 2010

ulcer mulut

kalau korang ada ulcer mulut, sila guna bonjela cream yea.

kot ada sapa yg tak tau bonjela tu macam gambar bawah ni.

source : google

jangan pulak korang carik bonjovi.


bonjovi tu rock group dan takleh ubat pun ulcer tu.

adoiiii...sakit perut aku hahaha...





Saturday, December 4, 2010

adusssss.......sekali lagi?

semalam keluar melawat ofismate yang kehilangan anak sulong (Alfatihah), balik2 umah dah ngantuk tapi sempat tgk fb orang dok cerita pasal berita hangat. apa lagi pasal harga minyak laa.

so pagi ni bukak berita harian online :

Harga RON95, LPG, gula pasir diselaras hari ini

PUTRAJAYA: Kerajaan semalam mengumumkan penyelarasan harga petrol RON95, diesel dan petroleum gas cecair (LPG) sebanyak lima sen manakala gula diselaras pada harga 20 sen berkuat kuasa hari ini sebagai langkah kedua Program Rasionalisasi Subsidi.

Berikutan itu, harga RON95 yang diselaraskan menjadi RM1.90 seliter, diesel kepada RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram manakala gula RM2.10 sekilogram.


berita lanjut terjah berita harian online.


dalam utusan pula :

Subsidi bahan api, gula diselaras

KUALA LUMPUR 3 Dis. - Kerajaan hari ini mengumumkan pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen setiap kilogram (kg) bagi Gas Asli Cecair (LPG) dan 20 sen sekilogram bagi gula berkuat kuasa esok.

Berikutan pengurangan subsidi itu, harga petrol RON95 adalah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg.

sekali lagi rujuk utusan untuk berita lanjut.

terbaekkk wokkkk!!! DISELARAS.

iskkk....kata jelah dinaikkan. senang acik nak paham.

berapa harga sekor unta yea? ingat nak beli sekor, nak jalan2 senang. yelahh...minyak asik naik naik je. unta pun tak semahal kereta sebijik kan?


amacam? cara jugak kan?

Friday, December 3, 2010

siapa ada petua?

help....help....



itu bukan keadaan mata aku bila pakai eye shadow meletop okeh, tapi adalah penyakit yang datang sebaik saja aku balik dari pasir gudang senin lepas.

doktor kata ini adalah "bisul di kelopak mata". adoiiii...bisul laa pulak.

dah 2 hari mata tak selesa nak wat keje especially bila ngadap pc.

ubat dah makan tapi mcm tak surut je. so nak tanya siapa ada petua nak buang BISUL ni wehhh...

sedehhh....