Monday, March 28, 2011

iklan mengarut di facebook

mesti korang biasa dpt kan tag2 yg menyemakkan kt wall fb tu.

login fb dpt duit..

peluang pendapatan sampingan


facebook for cash

buat duit hanya dengan klik


dan macam2 lagi lah

yelah sangat...

semalam takde keje aku tgk laa wall salah sorang yg suka mengetag org ni. dia bukan kwn aku, tapi suka beno mengetag kwn aku.

awal2 lagi profile pic dah gambar katun. apsal ni? takde keyakinan diri ke?

pastu setiap status dia asik laa tulis - login fb, alhamdulillah masuk rm500, masuk rm600, masuk rm400. ok...tak penah laa nak kata masuk rm5 ke, masuk rm50 sekalipun. bajet banyak jelah yea.

dan yg best tu dlm sehari balik dari shopping login dpt rm500, tgk buletin utama dpt lg rm500. masa tgk mentor dpt lg rm600.

amboiiii...kayanya kau. sehari bleh dpt rm1600, cuba sebulan?

kompem bleh tukar keta selalu khannnn...

yg tak boleh blah tu sket2 alhamdulillah, sket2 alhamdulillah. weiiiii rimas aku.

satu lagi ni lately ramai beno kwn2 aku yg suka bukak application "rahsia tarikh lahir pasangan anda" oleh DMFK laa katanya. tapi semuanya asik mengetag nama aku.

soalan aku : apasal aku kena tag sekali? ada kena mengena ke pasangan korang dgn aku ni? kompius sungguh laa.

memang laa boleh untag (sb aku mmg akan remove pun setiap kali dpt) tapi bila mood kelaut ni setiap benda tu akan menghanginkan aku laa kan.

ok lah...ok lah. sukati kau laa nak kata apa pun. tapi...

leh tak jangan menyemak kt wall aku

sekian....

Thursday, March 24, 2011

korang suka tgk berita?

aku tak suka ok...

serius busan tgk berita tempatan lately. mcm2 cerita yg nak diceritakan dan di dramakan.

trio???? cehhhh...

cuma trio ni je yg 'wa caya lu' dari dulu sampai sekarang.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



kan?

:p

Wednesday, March 23, 2011

you're beautiful

bukan...ni bukan tajuk lagu james blunt tu. tapi salah satu cerita korea yea. bnyk stori nak tulis kt sini tapi disebabkan terlalu stick mcm gam gajah dgn cerita ni, so nanti2 dulu laa yea.

sekarang hari2 aku tido korea, makan korea, tgk korea namanya. tinggal kata nak pegi korea bila je tak tau lagi haha.


you're beautiful ni pernah main kt 8tv dulu. tapi time tu aku on and off tengok. ni dah dpt cd ni concentrate gila laa. sekarang tgh tgk episod ke 12 dan baru start tgk since ahad aritu. gila hebat tak dlm 3 hari bleh abis berapa episod.


cite dia kisah budak pempuan ni dok ganti tpt abang kembar dia utk join this boyband ni. kira dia kena jadi lelaki laa dan takleh bgtau org sampai laa sorang group member ni kantoi dpt tau dari cctv.



cite dia mmg lawak laa tapi best sangat. hahaha mana ada cite yg aku tak kata best, semua nak best je katanya.


salah sorang pelakon dia jang geun suk, yg jugak belakon dlm cerita marry me, mary yg aku post aritu. mamat ni selain belakon, dia pun nyanyi gak dlm cerita2 ni.


comel kan? hehhe

ok...nak sambung tgk cite korea dulu...

daaaa....


Thursday, March 17, 2011

waroeng penyet at the curve

aritu keluar tgk wayang ngan cikjib kt the curve.

parking kt cineleisure sb senang balik mlm takyah nak jalan jauh2. memang wajib amik ambo ni sb kang masing2 dah bercakap, bertekak sampai lupa parking kt mana.


alang2 dah kesana pegi laa makan ayam kat waroeng penyet disitu.

seperti biasa menu ayam penyet laa kan. takan makan sirloin steak lak :p


masing2 minum mineral water sb cikjib batuk katanye dan aku mls minum manis2 sekarang ni...kononnn..

pempuan yg eksited dpt makan ayam haha.


kitorang penamak siap amik lada lebih padahal aku ni selalu memang tak penah abis nak makan cili dia. pedas berapi sangat laa. tak tahan laa pulak.


sambil makan sambil berbincang. cikjib kata bos dia kata "nak gosip laa tu" bila dia sebut nak jumpa aku mlm tu. tidak okkkk...kami bincang hal ekonomi, environment dan kewangan serta pelaburan masa makan.

tak caya?

sila laa caya hikhikk...

pas makan pergi kt cathay cineleisure. tengok cite katun mars needs moms. jgn kata org tua takleh tgk katun yea. best gak cite katun ni.

pasu bunga sebelah poster :p

dan sib baik laa aku tak tido masa nonton cite ni. habit kot asal tgk wayang malam je mesti nak tido. masalah lanjut usia kot. takle nak keluar mlm :p

dalam kol 11 lebih baru kitorg gerak balik.

Monday, March 14, 2011

sedetik lebih

best gilerrr.....



makan tempanyaki dan jalan2 lagi

ni masih kisah last week.

since ahad tu sebenarnya yg aku takde road tax dan insuran, dan pulak ada ngedate dgn wani, so terpaksa laa naik komuter dan public transport yg lain untuk berjalan2.
jumpa wani kat kl sentral kol 1 camtu, then pergi ke sungei wang. ke sana dari kl sentral naik monorail jelah.


ni 2nd time aku naik monorail. masih rasa seram2 gak masa dia corner tu tapi wat tak tau sudah.
sampai2 je terus menuju ke kedai makan. tempat wajib kalo pegi sini dgn wani adalah makan kt tempanyaki ni. restoren ni ada je kt the curve dgn ikano kan, tapi tak berapa feel laa kalo makan kt sana. makan kt sungei wang ni mcm lg syok je.


menu yg diorder adalah beef tempanyaki utk aku.


wani order chicken tempanyaki.


dan air kami share mineral water dan fuji snow. best giler laa snow ni. nak makan sorang2 (tamak) tapi selalu kang tak abis. lgpun manis kan :p


makan juga ditaja oleh wani. tengs nokkkk.... :-*

pas makan dah kenyang jalan2 lagi dlm tu. makcik ni nak cari jam tangan baru.

dpt dah yg berkenan setelah diracun oleh peracun tegar hohohoh....


lepas tu wani dok amik stok2 beg yg dikirim oleh kawan2 dia. bisneswoman dia nih. tegar sungguh. kalo aku ni tak rajin plus aku nye market kt opis kureng sket. semua nak murah. cisss.

then pegi lak ke petaling street utk mencari dvd korea. dpt 2 bijik cerita yg best lakonan kim hyun joong dan sorg lg tatau nama hikhik.


tak lupa pekena buah berangan yg best ini.


ai loikeee!!!!


Friday, March 11, 2011

berendam di sungai congkak

aktiviti ni adalah pada minggu2 yang lepas. memang last minute plan oleh staf dari dept lama aku (HR dept laa).


kami dok collect duit sorang rm20 je utk sewa chalet (nak tukar2 baju) dan makan minum. pastu tong-tong sorang sikit laa kot sapa2 nak bawak food lain, jajan2 semua.

aku tolak dari subang dgn cikjib. siap sesat2 sampai ke pangsun lagik sebab masing2 blur haha. padahal selalu je ke kebun family dibah, tp aku tak sure mana satu sg congkak yg disebut2kan selalu. dah sesat2 tu baru laa sampai.


menu adalah nasi lemak, bihun, ayam bakar, sosej dan segala side dish yg agak banyak dan tak terabis kitorang makan sebab sibuk nak berendam.


dan aku kt sana secara tak rasmi jadi penjaga budak2 plak. dina ni...dulu takut2 sekarang dah ok lak ngan aku dan mengekor kemana je aku pegi nihh...


kol 5 petang baru kitorang gerak balik. food pun bagi2 utk tapau sb masing2 sibuk berendam sampai tak makan sangat.

layan gambar2 jelah yea.







nanti nak kena plan satu lg outing sb bos tak ikut yg ni :p





nuffnang status tak bergemerlapan..

ari senin aritu roh aku utk berblogging mari semula.

dah post entry tu tetiba feel nak post kt innit laa pulak kan. dok login...takleh. dok login lg...takleh. dia dok tulis check status kt nuffnang.

sekali tgk2 status aku adalah ordinary member.

uwaaaaa.....

terus amik ticket, tanye napa jadik gitu. yelah...dulu selalu dgr org dok ada problem tu, tapi kali ni aku plak kena.


sib baik helpdesk tu bertindak dgn pantas. esoknya status aku dah kembali ke begemerlapan semula (glitterati laa tu hikhik).


dan sekarang boleh laa berblogging dgn gigihnya hikhik.

Thursday, March 10, 2011

meronda2 subang

sambungan dari makan2 kt jombali tu.

pas abis makan, kami dok meronda2 sekitar carrefour, subang parade dan ke empire subang shopping centre. serius memang dkt situ2 gak je adanya. takpelah...janji bukan kena dok umah. bersyukurrr....hahaha..


kt subang parade ada book fair by MPH. jenguk2 laa jugak kan tp mcm tak puas ati sangat. aku kan terlalu attached sgt kot dgn POPULAR, so bila MPH buat sikit ni mcm tak berapa nak sexcited sgt pun. dlm tak suka katanya beli gak sebijik buku cite alaf 21.


then dan puas ati masing2 dpt buku tu pergi laa ke empire. kt sana kunun aku nak renew popular membership tapi dok dlm kedai tu sampai tak ber renew pun kad aku. dapat sambar sebijik buku gak dari dr faisal tehrani. cer tgk tajuk dia ahak.


ok...jgn fikir bukan2 yea. memang laa ianya ke arah 'itu', tapi bukan itu yg nak diceritakan dlm buku tu. tettttttt....

kt empire gak singgah ke handcraft market yg kebetulan dok bukak booth kt sana. singgah ke booth tini snazzy & such.

gambar curik dari fb SNS

beg tini jual cantik2 tp bila dok abis pusing2 tu, tgk2 ramai lak org kt kedai dia. so kitorg decide nak jln2 kat bawah dulu baru pegi semula. tapi bila dah turun tu nan hadoo naik dah laa.

haha teruk punya kwn laa :p

Wednesday, March 9, 2011

breakfast at jom bali

jom bali restaurant ni ada bnyk kot kt klang valley ni.


ari sabtu aritu aku breakfast kt outlet carrefour subang jaya. since kereta tgh disable (takde insurance & roadtax) so terpaksa mendpt belas ikhsan cikjib utk berjln2. dia ni mana leh jln jauh bwk kereta jadi meronda area subang jelah.

ongkaya dok kira duit...

tapi meronda laa sangat yea hikhik.

ehhh....dah lari topik nih.

jom bali ni offer breakfast package katanye. ada dried kueyteow soup, cikjib order yg tu dan aku amik fried beehon.


satu lg package ada nasi lemak. takmo laa order sb nasi lemak sini takde menda yg leh diharap ye tak. owhh... disamping tu aku order garlic tuna cheese toast gak.


penamak!!!


beehon tu bnyk sgt laa kan. so tak abis laa. <---alasan dah kenyang mkn toast.



restoran ni pun dihiasi dgn deco2 bali katanya. tinggal takde air terjun ala bali je. kalo idak memang sesuai laa sgt feel2 berada di bali hehe.


harga biasa2 je. standard kopitiam.


dah kenyang, apa lagi...meronggeng laa.



Monday, March 7, 2011

kursus tahun ini

setelah setahun disisih (ahaks) tak diberi training, akhirnya tahun ni aku dpt attend kursus.

nama dia toksah laa sebut sb nnt org google nampak lak kan so korang tgk kt gambar tu je yea :p


janjinya nak pergi dgn boss, car pool dari subang. sekali jln adalah super jam. so merasa laa kol 8 tak sempat sampai opis yg sekangkang kera je tu. call bos suh dia pegi dulu dan aku merempit laa sendiri, keluar jam terus ke highway.


so hari kedua baru tumpang dia.



course ni diwajibkan utk kakitangan kitorg yg kerja di depoh kt setiap branch sebab depa ni dok kerja dkt landasan keretapi. mcm aku dan org2 hq lak wajib dtg sebab kami adalah SHE committee.


merasa laa dok atas rail keretapi utk tgk actual process. kami kena pi ke jalan kastam port klang. dpt gak tgk org2 yg melintas landasan dgn buat tak kisah je even keretapi ada kt dpn. berani betul depa ni kan.


yg tu kejap je. the rest of the course dibuat kt crystal crown port klang plak. tu kelas mcm biasa jelah.


yg tak berapa syok tu sb ada exam at the end of the course. sapa tak lulus tak dpt sijil dari ktm tu. so itulah yg kena study tu. tapi soalan adalah agak tricky dan sib baik bleh guna talian hayat sket2 :p

so aku dah lulus. dah ada sijil tu yea. sok leh laa keje atas rel keretapi.

hikhikkk.....

Saturday, March 5, 2011

sapa bulat?

sila tengok gambar ini...




sama kan?

:p

Tuesday, March 1, 2011

krusus lagi

krusus katanya hahaha....

arini dgn esok ada kursus kat one of the hotel in port klang. pasal keretapi2 ni semua lah.

tp nak cite bab makan dulu laa. cer tgk label diorg :



ko jgn memain. bubur kacang durian 2011 tuh.

agaknye yg 2010 dulu cemana gaknye kan... nak tau gak nih.

cite kursus sok2 kalo rajin aku stori.

mau study daa....sok ada test.

help...help....