Monday, October 31, 2011

dah lama tak merasa duduk dalam traffic jam

statement berlagak je tajuknya kan.

tapi memang betul nok. 5 tahun duduk kat pasir gudang tanpa jam berlebihan, pastu setahun lepas pindah subang jaya, ofis sekangkang kera je dari rumah.

kerja di port klang pun sebenarnya takde la jam sangat pun. tapi hari selasa aritu akhirnya betul-betul merasa duduk dalam jam.

ofis aku dekat je dah. kat area signboard biru macam arrow dalam gambar tu.



tapi nak sampai dekat sejam nok!!! puncanya...sebijik lori rosak kat depan tuh.

pelik-pelik jelah orang malaysia nih.



Friday, October 28, 2011

churp churp october scare fest

aritu dapat invitation daripada churp-churp untuk menonton one of their october scare fest, dont be afraid of the dark.

first time nok dapat invitation daripada churp-churp. excited tuh!

tarikhnya adalah pada 24hb, hari selasa aritu, jam 9.00 malam kat midvalley. mak keje kat port klang nok tapi gegehnya balik subang jaya hantar kawan-kawan yang car pool, terus pecut ke midvalley.



dalam kol 8 beratur mengambik tiket. tapi ramai yang dok queue untuk nuffnang sebab depa ada 2 preview malam tu. churp-churp punya lane senang je, tengok ada churpie plushies tu, dia la tu hehe.

ehh..banyak bunyik. sinopsis cerita dont be afraid of the dark ni (amek dari tenet la) :

a horror film starring Katie Holmes, Guy Pearce, directed by Troy Nixey. Based on the 1973 telefilm that del Toro believes is the scariest TV production ever made, the story follows Sally (Madison), a young girl who moves to Rhode Island to live with her father (Pearce) and his new girlfriend (Holmes) in the 19th-century mansion they are restoring. While exploring the house, Sally starts to hear voices coming from creatures in the basement whose hidden agenda is to claim her as one of their own.

helo kawan-kawan. percaya tak aku tengok cerita seram???

haa...jangan tak caya. aku leh tengok cite hantu sekarang der. cerita ni tak seram mana pun kot. tengok laa gambar hantunya pun ada je kat poster tu. hantu gigi lagik.


tapi awas!!!!

cerita ni adalah terkejut-terkejut dan sangat main dengan emosi ketakutan anda. ehh...anda ke aku???

hahaha...

baiklah...aku lah.

jadiknya...aku memang tak boleh nak habiskan sampai hujung cerita. makan dalam nok kalau tunggu lama-lama. aku memang tak boleh blah kalau tengok cerita camni.

so sorry to those yang nak sangat tengok tapi tak dapat sebab aku dah rsvp awal tapi tak habiskan tengok cerita ni. lain kali tak buat lagi.

apa pun, thanks churp-churp!!!

ehh..korang dah register churp-churp lom? boleh share macam-macam okeh. boleh dapat tiket wayang free juga.

pegi kat link ni yea :)



Thursday, October 27, 2011

kisah telefon

korang suka tak kalau dengar telefon berbunyi.

maksud aku telefon kat ofis la. kita dok buat kerja tetiba telefon berdering-dering tak berangkat. bingit kan?


ni cerita pasal ofis baru aku la. kita orang yang dari ofis subang ni bukan je pindah, tapi bergabung dengan mereka-mereka yang sedia ada di port klang. dan dalam satu area tu semua orang dari manager ke clerk untuk beberapa department duduk kat situ.

salah satu masalah depa ni aku tengok, suka benar biar telefon berdering-dering tak diangkat. apa masalah pun aku tak tau la. kadang tu padahal telefon kat atas meja masing-masing je.

aku ni plak pantang dengar telefon bunyi. yelah...dah biasa di train dan tahu each call adalah bisnes kan. kalau aku free memang aku la yang angkat telefon-telefon tu. tapi kalau aku tengah on the phone, memang sesak je telinga ni dok dengar telefon tu.

ok laa kalau seorang je yg ada masalah tak suka angkat telefon, tapi yang dengar yang lain tu pun sama. aritu baru masuk masing-masing tak mau kalah, telefon nak sorang satu, tapi bila berbunyi takde kesedaran lansung kot dalam diri memasing tu nak angkat.


aku nak marah-marah pun macam tak sesuai laa plak. dah la baru kt situ sibuk lak nak jadi belanda masuk kampung. ada yang dari ofis lama pun macam buat-buat lupa dia pun kena angkat telefon, tak kisah la department mana punya kan. lupa diri ker???

lagi satu aku malas nak bising-bising sebab ada lagi orang yang lebih senior dari aku duduk kt situ. dia pun rilek je. iskk...pelik betul laa perangai sorang-sorang.

kang aku suruh HR cabut tinggal satu dua telefon je kang!!!







Thursday, October 20, 2011

top model

ok lah... model guess petronas (atau lebih selesa dgn panggilan manjer - tong gas) ni nak cerita pasal rancangan ANTM. cycle 16 baru abis last week kt star world. this week depa siarkan best pick of top model kan.


cycle 17 yg tengah air kt US sekarang adalah rancangan top model all stars yang dipilih daripada model2 di cycle sebelum nih. bila laa star world nak siar ni. tak sabo!

kecoh la minah...takde cerita sangat laa ni nak tulis pasal top model plak :p

pernah sorang kawan tanya aku :

apesal kau suka tgk rancangan america's next top model tu haa? kan citer org nak jadi model jer

jawapan aku:

mesti laa, kan aku pun dah ala-ala model

hahahah...jawapan yang terus bleh sentap. model la sangat muka kau.

perlu ke kena ada sebab khusus utk tengok sesuatu rancangan tuh. mcm model je ke yang leh tengok cerita pasal model.

abis kalau suka tengok air crash investigation, aku nak bagi jawapan apa?

Wednesday, October 19, 2011

salah satu sebab kenapa aku RAJIN bebeno nak update blog

korang tengok gambar kat bawah nih.


ni adalah statistic untuk broadband yang aku guna sekarang nih.

tak tau laa mungkin ke sebab aku punya laptop yang dah lama, atau pun kawasan rumah aku ni hulu sangat, dia punya statistic tu sungguh boombastic nampaknya.

takde graf turun naik untuk beberapa minit dan yang paling best dia punya speed. suka bebenau dengan angka 0. tah apa-apa jelah.

oleh itu keinginan untuk menaip adalah di tahap sifar juga. tapi tak tau apsal arini kerajinan telah menyerap di dalam diri. ada few entries dah di draft dan akan dipublish bila-bila masa.

cewahhh.. puji diri sendiri. sok-sok jadik malas balik tatau hahahah...

Tuesday, October 18, 2011

opis baru nihh....

seperti yang mungkin ada sesetengah dah tau, ahkak dah pindah ofis dah.

no...no... bukan dapat kerja baru dan no..no...no, bukan ahkak naik pangkat pun diknon, tapi disebabkan ada change management so the new boss suruh kami ni pindah-pindah. katanya HQ should located at the operations side. yolahhhh...

matik laa kalau ada orang-orang kiri kanan management yang dok baca blog aku nih.

so gitulah adanya. opis yang cuma sekangkang monyet dari rumah telah berpindah ke port klang yang agak jauh. takde laa jauh mana tapi sebab dah lemak sangat dok dekat kan. sales and marketing people lak kena pindah ke kl.

depa-depa yang pindah ke kl tu eksyen taw uols. mereka jadi urban girl dan uptown girl katanya. helooooowwwww!!! kami pun ada okey. kami jadik beach girl gituh.

beach laa sangat. jangan b*tch udah laa yea nok.


tapi nak sangat beach kan. baru seminggu pindah kami dikunjungi oleh banjir kilat. ko tengok laa jalan bawah nih.


diorang yang kat sini kata benda ni sebab air laut pasang. dah air pasang ni memang jarang-jarang sangat berlaku. kira air ni nak say hi! hi! kat kami laa tu. sangat!!!!

merasa laa kena drive dengan slow dan berhati-hati uols.


bukan sehari tu je yea nok. esoknya kat jalan tak banyak sangat air. sekali kat kawasan yard kami penuh dengan air. orang-orang yang dok kat bahagian operations kena lipat seluar kat paras lutut sebab air dah di paras betis.


nasib laa opis gue masuk dari pintu depan. so takde laa merasa sangat. cuma jalan nak ke warung laa kena guna jalan tu. susah nok. nasib tak lama air pasang tu.

tengahari camtu dia surut sendiri.

syukurrrrr.....

pastu sampai laa ni, dah dekat sebulan, dah takde dah air pasang-pasang lagi.

alhamdulillah....




Monday, October 17, 2011

aktiviti hari minggu

ahad semalam aku tak keluar memana pun. so aktiviti yg paling berpekdah untuk aku buat adalah mengemas bilik. *kemas kerrr????*

dkt fb aku dok melalak mintak idea camne untuk menyusun tudung. sejak aku dah tak rongak2 pakai jilbab ni antara hobi terbaru aku adalah membeli tudung.

tapi tudung aku idak laa yg mahal mcm tudung korang. aku bli kat pasar malam je uols. dan antaranya memang banyak shawl dan syria, tak masuk anak tudung lagi. tudung oning aku bleh dikira kot.

so tempat tudung yg bulat2 tu aku cuma ada satu je. 2 lai masuk dalam satu gelung, tu pun ada kosong lagi. yg tak cun adalah shawl yg aku gantung-gantung di hanger kecik2 dan semakin nampak semak pulak dari hari ke hari.

jadiknya solusi yang terbaik adalah dengan melipat. dulu aku tak suka lipat sebab tak boleh nampak sangat corak shawl tu, susah nak pilih. sekarang ni, daripada menyemak baik laa aku buat sesuatu.

lihat lah longgokkan shawl ni. nak kena sort by kaler yea. untuk memudahkan diri sendiri juger.



dan hasilnya....


mak aii..apa yg terjuloq tu hahah. nasib arr. ok...ini sebenarnya anak tudung je. yg lain saja malas nak buh.

aku rasa ni pun tak tahan la. aku ni pantang kemas sikit, 2, 3 hari mesti dah takde rupa. tu pasal malas lipat2 nih.

tapi ada cara lain ke pun :p

Sunday, October 9, 2011

update sebulan sekali je....

aku buka blog hari2 tapi nak update tu malas nauzubillah...

tapi kira ok laa arini nak update kan hikhikk...

tadi beriya nak menulis sekali tiba2 blank kepala otak laa uols.

camne nih?

terpaksa laa sambung nanti-nanti la yea...