Wednesday, August 29, 2012

selamat hari raya..


just nak wish selamat hari raya untuk semua yang menjenguk kat blog ni.

ada lagi ke yang jenguk ? :p dan maaf zahir batin yea uols. dah raya ke 11 baru nak wish katanya. maklum laa, buat puasa 6 dulu hikhikkks.



kek selamat hari raya kami. diambil dari camera phone jugak. so not nice the pics.

owhh...utk kek tu adik aku buat. ada sapa nak order? meh aku tolong amikkan. bleh amik percent sekali hahaha.... (sempat lagik)

Tuesday, August 28, 2012

nak camera baruuuu...

salah satu sebab dah lama tak berblog adalah sebab aku takde camera (alasan!!!).

aku nak cari camera laa uols. camera yang ada sekarang memang jaman tok kaduk katanya. sekarang kalau amik gambar pun guna phone je. dah laa phone cokia, kualiti gambar harus laa cokia.

dah sebey-sebey kat internet. ingat nak gi sebey kat loyat plak laa. nak canon ixus jugak!!!!



ni gambar time raya anak sedara aku yang tak penah jumpa basikal. muka lawa dah sebab macam tekejut je dia ni hehe, tapi gambar tak lawa, gelap semacam je.

camera....camera.......lai lai....


Friday, July 13, 2012

suka yea meludah merata-rata...

tak tau nak cakap macam mana...

tapi aku tak faham dengan sesetengah orang yang suka meludah merata-rata ni.

elok je jalan, tetiba ptuiiii....selamba je kt tepi jalan. bila ditegur katanya 'alaa...aku ludah kat tepi jalan' atau 'aku ludah kat longkang'.


depa ni memang takde rasa kotor ke yea?

cari laa toilet ke apa ke wei.

ada yang best tu lagi la...siap boleh tadah-tadah lagi macam tak sempat-sempat sangat nak membuang ayo lior. nak tegur kang katanya kuang ajo. 

tapi geli laa helooooo!!!!!

please laa duduk hutan kalau nak buat sesuka hati.


Wednesday, June 27, 2012

hai uolssss....

walaweiiii.... lama giler tak login dlm blogspot nih. siap dah berubah2 bagai.  iskkk..terpaksa membiasakan diri dulu nih...

takde apa pun nak kata, cuma tertarik dengan quote yg dibuat oleh jobstreet kt fb diorg semalam yang berbunyi :

No matter how bad your day has been, don't talk bad about a client or boss on your blog and Twitter. You may have a friend who knows a friend, who knows the boss. Besides, your future employers could be online and they will think twice about hiring a person with no discretion... 

true enough kan. alah...toksah kata orang, aku pun dalam entry dolu2 ada gak berbahasa tak sopan.

now kena coba-coba untuk ubah laa kot.

sometimes time marah ni kita tak fikir panjang .....


p/s : iskk kecik sangat laa tulisan untuk menaip nih. camno nak besarkan ni...


Tuesday, January 17, 2012

sup yang simple?

selalu baca status fb kawan2 kalau cerita pasal masak je mesti kata 'masak simple2 je', 'sup ayam' atau 'sup daging jerrr' katanya.

masak sup tu simple ke?

hari apa tah aritu, aku cuti. since stok daging yang dah berapa kurun dok banyak lagi dalam fridge, so decide untuk masak sup daging makan dengan bihun sup.

konon nak ikut mak punya style laa.

rebus daging dengan sup bunjut sup tulang sampai lembut je dah dekat sejam kot.


kupas bawang merah, nak buat bawang goreng lagi. bawang goreng home made baru laa best.


celur bihun bubuh kunyit sket. nak buat utara style.


pastu sup tu buh serbuk sup je, buh garam etc semua.

then baru laa siap. nasib sambal kicap memang sentiasa ada dlm fridge.



waaaa....lama tuh nak buat bihun sup. beberapa jam jugak laa. mana ada simple.

tabik laa pada mak2 semua yg rajin memasak sup!

pada aku yang simple tu macam goreng sayur atau masak western kot. campak2 gitu gini atau masuk oven dan bakar, siap.

atau pun kalo nak makan sup yg betul2 simple, pegi pasar malam, cakap 'kak bihun sup satu bungkus!. balik umah terus ngappp!!!

haaa....gitu....