Thursday, May 16, 2013

sinful thursday will be ended today y'allsss...

salam..

untuk yang meng collect items ni mesti lega hari ni kan.


hari ni keluar koleksi terakhir bagi collections hello kitty mcdonalds ni.

kalo idak tu setiap khamis kena beli value meal ko. mau pitam kalau every year ada benda camni.

duhhhh......

Thursday, May 9, 2013

menulis semula

salam....

aiyakkkkkkk....lama gila kot tak masuk ke sini. bertahun-tahun dowhh. entry asik-asik selamat hari raya je kekdahnya....

sooo......



buang sawang, buang habuk, bagi tuan umah nak duduk ayu-ayu kejap ahaksss.

memang mood nak menulis, nak share semua tu dah lama terbang melayang-layang ditiup angin kot. sehinggalah salah seorang bos ada kata "maybe its time for u to write again" tu yg aku tetiba rasa nak tulis.

bos aku tak tau pasal blog pun, dia refer pada tulisan-tulisan aku dolu-dolu.  jadiknya..kalau nak start menulis, kena mula dengan yang merapu-rapu di blog picisan ni dulu.


hahaaa.......

Wednesday, August 29, 2012

selamat hari raya..


just nak wish selamat hari raya untuk semua yang menjenguk kat blog ni.

ada lagi ke yang jenguk ? :p dan maaf zahir batin yea uols. dah raya ke 11 baru nak wish katanya. maklum laa, buat puasa 6 dulu hikhikkks.



kek selamat hari raya kami. diambil dari camera phone jugak. so not nice the pics.

owhh...utk kek tu adik aku buat. ada sapa nak order? meh aku tolong amikkan. bleh amik percent sekali hahaha.... (sempat lagik)

Tuesday, August 28, 2012

nak camera baruuuu...

salah satu sebab dah lama tak berblog adalah sebab aku takde camera (alasan!!!).

aku nak cari camera laa uols. camera yang ada sekarang memang jaman tok kaduk katanya. sekarang kalau amik gambar pun guna phone je. dah laa phone cokia, kualiti gambar harus laa cokia.

dah sebey-sebey kat internet. ingat nak gi sebey kat loyat plak laa. nak canon ixus jugak!!!!



ni gambar time raya anak sedara aku yang tak penah jumpa basikal. muka lawa dah sebab macam tekejut je dia ni hehe, tapi gambar tak lawa, gelap semacam je.

camera....camera.......lai lai....


Friday, July 13, 2012

suka yea meludah merata-rata...

tak tau nak cakap macam mana...

tapi aku tak faham dengan sesetengah orang yang suka meludah merata-rata ni.

elok je jalan, tetiba ptuiiii....selamba je kt tepi jalan. bila ditegur katanya 'alaa...aku ludah kat tepi jalan' atau 'aku ludah kat longkang'.


depa ni memang takde rasa kotor ke yea?

cari laa toilet ke apa ke wei.

ada yang best tu lagi la...siap boleh tadah-tadah lagi macam tak sempat-sempat sangat nak membuang ayo lior. nak tegur kang katanya kuang ajo. 

tapi geli laa helooooo!!!!!

please laa duduk hutan kalau nak buat sesuka hati.


Wednesday, June 27, 2012

hai uolssss....

walaweiiii.... lama giler tak login dlm blogspot nih. siap dah berubah2 bagai.  iskkk..terpaksa membiasakan diri dulu nih...

takde apa pun nak kata, cuma tertarik dengan quote yg dibuat oleh jobstreet kt fb diorg semalam yang berbunyi :

No matter how bad your day has been, don't talk bad about a client or boss on your blog and Twitter. You may have a friend who knows a friend, who knows the boss. Besides, your future employers could be online and they will think twice about hiring a person with no discretion... 

true enough kan. alah...toksah kata orang, aku pun dalam entry dolu2 ada gak berbahasa tak sopan.

now kena coba-coba untuk ubah laa kot.

sometimes time marah ni kita tak fikir panjang .....


p/s : iskk kecik sangat laa tulisan untuk menaip nih. camno nak besarkan ni...


Tuesday, January 17, 2012

sup yang simple?

selalu baca status fb kawan2 kalau cerita pasal masak je mesti kata 'masak simple2 je', 'sup ayam' atau 'sup daging jerrr' katanya.

masak sup tu simple ke?

hari apa tah aritu, aku cuti. since stok daging yang dah berapa kurun dok banyak lagi dalam fridge, so decide untuk masak sup daging makan dengan bihun sup.

konon nak ikut mak punya style laa.

rebus daging dengan sup bunjut sup tulang sampai lembut je dah dekat sejam kot.


kupas bawang merah, nak buat bawang goreng lagi. bawang goreng home made baru laa best.


celur bihun bubuh kunyit sket. nak buat utara style.


pastu sup tu buh serbuk sup je, buh garam etc semua.

then baru laa siap. nasib sambal kicap memang sentiasa ada dlm fridge.



waaaa....lama tuh nak buat bihun sup. beberapa jam jugak laa. mana ada simple.

tabik laa pada mak2 semua yg rajin memasak sup!

pada aku yang simple tu macam goreng sayur atau masak western kot. campak2 gitu gini atau masuk oven dan bakar, siap.

atau pun kalo nak makan sup yg betul2 simple, pegi pasar malam, cakap 'kak bihun sup satu bungkus!. balik umah terus ngappp!!!

haaa....gitu....





Tuesday, December 20, 2011

haluuuuu......

wahwahwahhhh.....

berkurun tak jenguk blog inniewwwww...

i'm in a middle of something ni, tapi ada ati plak nak jenguk blog kan. gitulah kalau nak buat sesuatu keje yg stress nih, ada je selingannya. tapi stress ker?

nanti malam kalau sempat aku buat entry baru. tapi ada lagi ke yg nak baca blog nih? kemain shout box aku penuh dengan iklan kan. jaga ko nanti aku remove hahaha...eh tak berterima kasih plak orang dah masuk, walaupun promote barang sendiri kan hiks.

ok lah...aku akhiri dengan gambar anak buah aku yang dah semakin membesar.



haluuuu uolssss....kata aqilah :D

Tuesday, November 22, 2011

marilah kita bermekap

sapa yang friend aku kt fb mesti ada baca status aku last week bila ada sorang amoi tegur pasal muka aku yang bersih katanya.

siap tanya petua lagi. aku memang bagi jawapan standard, mekap jelah muka.

tapi ramai kat fb aritu yang suh jawab air wudhu katanya. memang pun masa tu aku baru lepas solat, so NUR dari wudhu tu still ada lagi kot (haktuihhhh).

memang besar laa bezanya kelebihan mekap ni kan uols.

meh tengok muka aku tanpa mekap.


baru balik dari mana tah ni. muka sememeh je takde mekap lansung. pastu dok kat pintu lak tu. terus takut orang nak datang umah.

tapi bila dah mekap...



nampak laa cun sket walaupun tudung senget benget. sangat beza kan uols. dan nampak sangat laa buruk rupanya mukaku tanpa mekap atas tuh.

mekap ni aku buat online je. tapi kira ok laa kan.

so kesimpulannya, jangan lah keluar tanpa mekap yea...




Sunday, November 13, 2011

buah apakah ini?

buah ni aku jumpa masa sibuk cari strawberi aritu.



aku beli sebab mulanya aku ingat ni adalah buah yg dibuat jeruk/asam yang aku penah rasa masa ke beijing dulu.

sekali bila rasa, lain pulak. yang ni macam berkabus dan rasa macam epal. buah yang aku maksudkan tu plak lain rasanya dan tak reti nak describe. alaa...kalau korang suka makan asam mesti tau lah.

tapi buah apa ni yea?

imported dari china gak nih. pelik-pelik je aku makan kan.

Friday, November 11, 2011

susahnya cari strawberi malaysia

aku ada beberapa projek baking nak dijalankan since last week.

tapi ada satu kesukaran untuk dapatkan strawberi kat area subang ni. maksud aku strawberi malaysia yang ditanam kat cameron nun dan yg dijual kt the curve dgn harga sebungkus rm4. murah sikit dan manis rasanya kot hiks.

since terlalu terdesak aku takde la nak memilih sangat. ambik gak laa strawberi dari new zealand ni (kalau tak salah). tu pun ada 2 kotak je tinggal.


itu je cerita hari ini haha....

Friday, November 4, 2011

salam aidil adha

kan??? merasa aritu rajin nak update, sampai satu tahap takde lansung entry.

tapi takpelah... on and off katanya.

apa plan korang arini? arini aku cuti nak balik kampung beraya nokkkk.


balik awal untuk mengelakkan jam di highway PLUS tu. tak ske nok. owhhh...tulis ni baru teringat untuk on kan twitter plus di hp ku.

ok lah uolss.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.

ada buat korban tahun ni? alhamdulillah kalau ada yea. kalau takda pun takpe. ada rezeki nanti ada laa kan.

hati-hati di jalanraya.


p/s : sedih naik kerja pas raya nanti kawan-kawan gosip kat ofis sorang-sorang berenti :(









Tuesday, November 1, 2011

lawak manjer di pagi ahad

ahad aritu bila bukak paip nak basuh muka tetiba terus tanjat boboi apabila mendapati...
takde setitik pun ayor keluar!!!!

oh...tidakkkkkkkk.

dah laa aku ada projek baking membaking setelah sekian lama gantung oven. kalau air dah takde ni jawabnya kensel lah.


terus menyesal sebab dok laung2 kt fb yang kat selangor ni dapat air free. sekali dah takde ni nok, terpaksa berdiam diri jelah hikhikk.

bila keluar rumah tengok keliling area rumah aku ada banyak lori-lori yang dok buat kerja korek-korek jalan dan sebagainya. so takde ayor ni sebab depa laa.

area rumah aku ni dah terlampau sesak.

kena pergi cari rumah sendiri laa. rumah murah-murah dah lerr kan.

hikhikk..tetiba jek. lansung takde kena mengena dengan tajuk....

Monday, October 31, 2011

dah lama tak merasa duduk dalam traffic jam

statement berlagak je tajuknya kan.

tapi memang betul nok. 5 tahun duduk kat pasir gudang tanpa jam berlebihan, pastu setahun lepas pindah subang jaya, ofis sekangkang kera je dari rumah.

kerja di port klang pun sebenarnya takde la jam sangat pun. tapi hari selasa aritu akhirnya betul-betul merasa duduk dalam jam.

ofis aku dekat je dah. kat area signboard biru macam arrow dalam gambar tu.



tapi nak sampai dekat sejam nok!!! puncanya...sebijik lori rosak kat depan tuh.

pelik-pelik jelah orang malaysia nih.



Friday, October 28, 2011

churp churp october scare fest

aritu dapat invitation daripada churp-churp untuk menonton one of their october scare fest, dont be afraid of the dark.

first time nok dapat invitation daripada churp-churp. excited tuh!

tarikhnya adalah pada 24hb, hari selasa aritu, jam 9.00 malam kat midvalley. mak keje kat port klang nok tapi gegehnya balik subang jaya hantar kawan-kawan yang car pool, terus pecut ke midvalley.



dalam kol 8 beratur mengambik tiket. tapi ramai yang dok queue untuk nuffnang sebab depa ada 2 preview malam tu. churp-churp punya lane senang je, tengok ada churpie plushies tu, dia la tu hehe.

ehh..banyak bunyik. sinopsis cerita dont be afraid of the dark ni (amek dari tenet la) :

a horror film starring Katie Holmes, Guy Pearce, directed by Troy Nixey. Based on the 1973 telefilm that del Toro believes is the scariest TV production ever made, the story follows Sally (Madison), a young girl who moves to Rhode Island to live with her father (Pearce) and his new girlfriend (Holmes) in the 19th-century mansion they are restoring. While exploring the house, Sally starts to hear voices coming from creatures in the basement whose hidden agenda is to claim her as one of their own.

helo kawan-kawan. percaya tak aku tengok cerita seram???

haa...jangan tak caya. aku leh tengok cite hantu sekarang der. cerita ni tak seram mana pun kot. tengok laa gambar hantunya pun ada je kat poster tu. hantu gigi lagik.


tapi awas!!!!

cerita ni adalah terkejut-terkejut dan sangat main dengan emosi ketakutan anda. ehh...anda ke aku???

hahaha...

baiklah...aku lah.

jadiknya...aku memang tak boleh nak habiskan sampai hujung cerita. makan dalam nok kalau tunggu lama-lama. aku memang tak boleh blah kalau tengok cerita camni.

so sorry to those yang nak sangat tengok tapi tak dapat sebab aku dah rsvp awal tapi tak habiskan tengok cerita ni. lain kali tak buat lagi.

apa pun, thanks churp-churp!!!

ehh..korang dah register churp-churp lom? boleh share macam-macam okeh. boleh dapat tiket wayang free juga.

pegi kat link ni yea :)



Thursday, October 27, 2011

kisah telefon

korang suka tak kalau dengar telefon berbunyi.

maksud aku telefon kat ofis la. kita dok buat kerja tetiba telefon berdering-dering tak berangkat. bingit kan?


ni cerita pasal ofis baru aku la. kita orang yang dari ofis subang ni bukan je pindah, tapi bergabung dengan mereka-mereka yang sedia ada di port klang. dan dalam satu area tu semua orang dari manager ke clerk untuk beberapa department duduk kat situ.

salah satu masalah depa ni aku tengok, suka benar biar telefon berdering-dering tak diangkat. apa masalah pun aku tak tau la. kadang tu padahal telefon kat atas meja masing-masing je.

aku ni plak pantang dengar telefon bunyi. yelah...dah biasa di train dan tahu each call adalah bisnes kan. kalau aku free memang aku la yang angkat telefon-telefon tu. tapi kalau aku tengah on the phone, memang sesak je telinga ni dok dengar telefon tu.

ok laa kalau seorang je yg ada masalah tak suka angkat telefon, tapi yang dengar yang lain tu pun sama. aritu baru masuk masing-masing tak mau kalah, telefon nak sorang satu, tapi bila berbunyi takde kesedaran lansung kot dalam diri memasing tu nak angkat.


aku nak marah-marah pun macam tak sesuai laa plak. dah la baru kt situ sibuk lak nak jadi belanda masuk kampung. ada yang dari ofis lama pun macam buat-buat lupa dia pun kena angkat telefon, tak kisah la department mana punya kan. lupa diri ker???

lagi satu aku malas nak bising-bising sebab ada lagi orang yang lebih senior dari aku duduk kt situ. dia pun rilek je. iskk...pelik betul laa perangai sorang-sorang.

kang aku suruh HR cabut tinggal satu dua telefon je kang!!!







Thursday, October 20, 2011

top model

ok lah... model guess petronas (atau lebih selesa dgn panggilan manjer - tong gas) ni nak cerita pasal rancangan ANTM. cycle 16 baru abis last week kt star world. this week depa siarkan best pick of top model kan.


cycle 17 yg tengah air kt US sekarang adalah rancangan top model all stars yang dipilih daripada model2 di cycle sebelum nih. bila laa star world nak siar ni. tak sabo!

kecoh la minah...takde cerita sangat laa ni nak tulis pasal top model plak :p

pernah sorang kawan tanya aku :

apesal kau suka tgk rancangan america's next top model tu haa? kan citer org nak jadi model jer

jawapan aku:

mesti laa, kan aku pun dah ala-ala model

hahahah...jawapan yang terus bleh sentap. model la sangat muka kau.

perlu ke kena ada sebab khusus utk tengok sesuatu rancangan tuh. mcm model je ke yang leh tengok cerita pasal model.

abis kalau suka tengok air crash investigation, aku nak bagi jawapan apa?

Wednesday, October 19, 2011

salah satu sebab kenapa aku RAJIN bebeno nak update blog

korang tengok gambar kat bawah nih.


ni adalah statistic untuk broadband yang aku guna sekarang nih.

tak tau laa mungkin ke sebab aku punya laptop yang dah lama, atau pun kawasan rumah aku ni hulu sangat, dia punya statistic tu sungguh boombastic nampaknya.

takde graf turun naik untuk beberapa minit dan yang paling best dia punya speed. suka bebenau dengan angka 0. tah apa-apa jelah.

oleh itu keinginan untuk menaip adalah di tahap sifar juga. tapi tak tau apsal arini kerajinan telah menyerap di dalam diri. ada few entries dah di draft dan akan dipublish bila-bila masa.

cewahhh.. puji diri sendiri. sok-sok jadik malas balik tatau hahahah...

Tuesday, October 18, 2011

opis baru nihh....

seperti yang mungkin ada sesetengah dah tau, ahkak dah pindah ofis dah.

no...no... bukan dapat kerja baru dan no..no...no, bukan ahkak naik pangkat pun diknon, tapi disebabkan ada change management so the new boss suruh kami ni pindah-pindah. katanya HQ should located at the operations side. yolahhhh...

matik laa kalau ada orang-orang kiri kanan management yang dok baca blog aku nih.

so gitulah adanya. opis yang cuma sekangkang monyet dari rumah telah berpindah ke port klang yang agak jauh. takde laa jauh mana tapi sebab dah lemak sangat dok dekat kan. sales and marketing people lak kena pindah ke kl.

depa-depa yang pindah ke kl tu eksyen taw uols. mereka jadi urban girl dan uptown girl katanya. helooooowwwww!!! kami pun ada okey. kami jadik beach girl gituh.

beach laa sangat. jangan b*tch udah laa yea nok.


tapi nak sangat beach kan. baru seminggu pindah kami dikunjungi oleh banjir kilat. ko tengok laa jalan bawah nih.


diorang yang kat sini kata benda ni sebab air laut pasang. dah air pasang ni memang jarang-jarang sangat berlaku. kira air ni nak say hi! hi! kat kami laa tu. sangat!!!!

merasa laa kena drive dengan slow dan berhati-hati uols.


bukan sehari tu je yea nok. esoknya kat jalan tak banyak sangat air. sekali kat kawasan yard kami penuh dengan air. orang-orang yang dok kat bahagian operations kena lipat seluar kat paras lutut sebab air dah di paras betis.


nasib laa opis gue masuk dari pintu depan. so takde laa merasa sangat. cuma jalan nak ke warung laa kena guna jalan tu. susah nok. nasib tak lama air pasang tu.

tengahari camtu dia surut sendiri.

syukurrrrr.....

pastu sampai laa ni, dah dekat sebulan, dah takde dah air pasang-pasang lagi.

alhamdulillah....




Monday, October 17, 2011

aktiviti hari minggu

ahad semalam aku tak keluar memana pun. so aktiviti yg paling berpekdah untuk aku buat adalah mengemas bilik. *kemas kerrr????*

dkt fb aku dok melalak mintak idea camne untuk menyusun tudung. sejak aku dah tak rongak2 pakai jilbab ni antara hobi terbaru aku adalah membeli tudung.

tapi tudung aku idak laa yg mahal mcm tudung korang. aku bli kat pasar malam je uols. dan antaranya memang banyak shawl dan syria, tak masuk anak tudung lagi. tudung oning aku bleh dikira kot.

so tempat tudung yg bulat2 tu aku cuma ada satu je. 2 lai masuk dalam satu gelung, tu pun ada kosong lagi. yg tak cun adalah shawl yg aku gantung-gantung di hanger kecik2 dan semakin nampak semak pulak dari hari ke hari.

jadiknya solusi yang terbaik adalah dengan melipat. dulu aku tak suka lipat sebab tak boleh nampak sangat corak shawl tu, susah nak pilih. sekarang ni, daripada menyemak baik laa aku buat sesuatu.

lihat lah longgokkan shawl ni. nak kena sort by kaler yea. untuk memudahkan diri sendiri juger.



dan hasilnya....


mak aii..apa yg terjuloq tu hahah. nasib arr. ok...ini sebenarnya anak tudung je. yg lain saja malas nak buh.

aku rasa ni pun tak tahan la. aku ni pantang kemas sikit, 2, 3 hari mesti dah takde rupa. tu pasal malas lipat2 nih.

tapi ada cara lain ke pun :p