Tuesday, December 21, 2010

ulcer mulut

kalau korang ada ulcer mulut, sila guna bonjela cream yea.

kot ada sapa yg tak tau bonjela tu macam gambar bawah ni.

source : google

jangan pulak korang carik bonjovi.


bonjovi tu rock group dan takleh ubat pun ulcer tu.

adoiiii...sakit perut aku hahaha...





Saturday, December 4, 2010

adusssss.......sekali lagi?

semalam keluar melawat ofismate yang kehilangan anak sulong (Alfatihah), balik2 umah dah ngantuk tapi sempat tgk fb orang dok cerita pasal berita hangat. apa lagi pasal harga minyak laa.

so pagi ni bukak berita harian online :

Harga RON95, LPG, gula pasir diselaras hari ini

PUTRAJAYA: Kerajaan semalam mengumumkan penyelarasan harga petrol RON95, diesel dan petroleum gas cecair (LPG) sebanyak lima sen manakala gula diselaras pada harga 20 sen berkuat kuasa hari ini sebagai langkah kedua Program Rasionalisasi Subsidi.

Berikutan itu, harga RON95 yang diselaraskan menjadi RM1.90 seliter, diesel kepada RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram manakala gula RM2.10 sekilogram.


berita lanjut terjah berita harian online.


dalam utusan pula :

Subsidi bahan api, gula diselaras

KUALA LUMPUR 3 Dis. - Kerajaan hari ini mengumumkan pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen setiap kilogram (kg) bagi Gas Asli Cecair (LPG) dan 20 sen sekilogram bagi gula berkuat kuasa esok.

Berikutan pengurangan subsidi itu, harga petrol RON95 adalah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg.

sekali lagi rujuk utusan untuk berita lanjut.

terbaekkk wokkkk!!! DISELARAS.

iskkk....kata jelah dinaikkan. senang acik nak paham.

berapa harga sekor unta yea? ingat nak beli sekor, nak jalan2 senang. yelahh...minyak asik naik naik je. unta pun tak semahal kereta sebijik kan?


amacam? cara jugak kan?

Friday, December 3, 2010

siapa ada petua?

help....help....



itu bukan keadaan mata aku bila pakai eye shadow meletop okeh, tapi adalah penyakit yang datang sebaik saja aku balik dari pasir gudang senin lepas.

doktor kata ini adalah "bisul di kelopak mata". adoiiii...bisul laa pulak.

dah 2 hari mata tak selesa nak wat keje especially bila ngadap pc.

ubat dah makan tapi mcm tak surut je. so nak tanya siapa ada petua nak buang BISUL ni wehhh...

sedehhh....