Monday, March 14, 2011

sedetik lebih

best gilerrr.....



makan tempanyaki dan jalan2 lagi

ni masih kisah last week.

since ahad tu sebenarnya yg aku takde road tax dan insuran, dan pulak ada ngedate dgn wani, so terpaksa laa naik komuter dan public transport yg lain untuk berjalan2.
jumpa wani kat kl sentral kol 1 camtu, then pergi ke sungei wang. ke sana dari kl sentral naik monorail jelah.


ni 2nd time aku naik monorail. masih rasa seram2 gak masa dia corner tu tapi wat tak tau sudah.
sampai2 je terus menuju ke kedai makan. tempat wajib kalo pegi sini dgn wani adalah makan kt tempanyaki ni. restoren ni ada je kt the curve dgn ikano kan, tapi tak berapa feel laa kalo makan kt sana. makan kt sungei wang ni mcm lg syok je.


menu yg diorder adalah beef tempanyaki utk aku.


wani order chicken tempanyaki.


dan air kami share mineral water dan fuji snow. best giler laa snow ni. nak makan sorang2 (tamak) tapi selalu kang tak abis. lgpun manis kan :p


makan juga ditaja oleh wani. tengs nokkkk.... :-*

pas makan dah kenyang jalan2 lagi dlm tu. makcik ni nak cari jam tangan baru.

dpt dah yg berkenan setelah diracun oleh peracun tegar hohohoh....


lepas tu wani dok amik stok2 beg yg dikirim oleh kawan2 dia. bisneswoman dia nih. tegar sungguh. kalo aku ni tak rajin plus aku nye market kt opis kureng sket. semua nak murah. cisss.

then pegi lak ke petaling street utk mencari dvd korea. dpt 2 bijik cerita yg best lakonan kim hyun joong dan sorg lg tatau nama hikhik.


tak lupa pekena buah berangan yg best ini.


ai loikeee!!!!


Friday, March 11, 2011

berendam di sungai congkak

aktiviti ni adalah pada minggu2 yang lepas. memang last minute plan oleh staf dari dept lama aku (HR dept laa).


kami dok collect duit sorang rm20 je utk sewa chalet (nak tukar2 baju) dan makan minum. pastu tong-tong sorang sikit laa kot sapa2 nak bawak food lain, jajan2 semua.

aku tolak dari subang dgn cikjib. siap sesat2 sampai ke pangsun lagik sebab masing2 blur haha. padahal selalu je ke kebun family dibah, tp aku tak sure mana satu sg congkak yg disebut2kan selalu. dah sesat2 tu baru laa sampai.


menu adalah nasi lemak, bihun, ayam bakar, sosej dan segala side dish yg agak banyak dan tak terabis kitorang makan sebab sibuk nak berendam.


dan aku kt sana secara tak rasmi jadi penjaga budak2 plak. dina ni...dulu takut2 sekarang dah ok lak ngan aku dan mengekor kemana je aku pegi nihh...


kol 5 petang baru kitorang gerak balik. food pun bagi2 utk tapau sb masing2 sibuk berendam sampai tak makan sangat.

layan gambar2 jelah yea.







nanti nak kena plan satu lg outing sb bos tak ikut yg ni :p