Thursday, July 31, 2008

sms layang

i received an "sms layang" this morning. adoi....dah laaa aku sakit perut, dpt pulak sms cmtu pepagi buta. tau tak 1st sekali aku buat ialah sambung tido dulu. kahkahkah.


ok...back to the sms. aku dah ambil gambar nak post kt sini tadi. tp takut laa kalau2 ada staff kt sini yg baca dan spread the contents & the story mory to everybody dan sampai laa kt pengetahuan org yg menulis tu. whatever it is. pity laa this people (katanya kami, means ramai laa kan). dia tak tau sebaik mana aku dgn org yg dia katakan kt dlm sms tu. dia pun tak tau sejauh mana hubungan org yg dikenakan dgn org yg dikatakan dikenakan oleh diorg tu. katanya selain aku ada beberapa org lagi yg di ceritakan gitu.


sms tu pun ada bunyi2 ugutan yea korang. memula aku biasa laa kan, jgn dicuit gitu. hangin aku dtg dan membalas2 laaa dgn uncivilized people yg hantar tu. tp at one point aku terfikir dan malas dah nak balas.


to the sender kot2 laaa ko baca blog ni kan. "I WILL LODGE A POLICE REPORT IF YOU DARE TO THREATEN ME AGAIN! try me. eh..ko reti ke baca bahasa inggeris? ko kata ko driver kan. sudah laa wei.....aku bukan budak setahun jagung ok! suruhanjaya komunikasi pun ada. adik aku keje dgn telco company ko tau tak??"


kenapa yea orang suka bergaduh dan cari gaduh dgn HR Dept???

breakfast

aku baru balik dari discussion dgn classmates ni ok. jam 2.30 pagi buto. gilaan ok drive dari kulai ke sini. tp dulu2 pun biasa gak aku wat keje drive memlm jb-kl-jb kan. so ini bukan masalah besar.


pagi td aku mengigil cari nasik lemak sb teringin sgt nak mkn semlm kan. tp disebabkan aku kena membeli belah kuih muih utk meeting, aku main tangkap muat je beli kt mana tah kt taman tu. dan hasilnya memang tak sedap. dah laa pedas sgt, takde lauk pulak tu. sib baik kt ofis maknab bawakan mee goreng utk kitorang. so mee laa yg aku bedal.



kuih muih yg aku beli tu aku cukai juga sebijik dua. bnyk jenis gak yg aku dpt utk rm20. sebab kebetulan kedai yg aku beli tu masih menjual kuih dgn harga RM1 dpt 4 ye uols. kuih yg aku dpt tangkap ialah bingka ubi, pulut serunding, karipap (wajib), kuih tako (adik beradik tepung pelita) dan kuih keria. kuih tu semua bukan ikut taste bos2 yg ada yea, tp ikut selera aku pulak. kehkehkeh nasib laa diorg.

dan seperti yg dijangka, kuih2 tersebut tak abis. mmg membazirkan duit syarikat betul la diorg ni.


notes : apsal la gambo jadik lagu ni. kang kalo dah ok aku bg btolkan laa yea. sementara itu sila teleng kepala dulu :p

Wednesday, July 30, 2008

nasi lemak


ni lerr nasi lemak senibong. nasi lemak senibong ni popular sgt kt johor ni. lebih sedap dr nasi lemak antarabangsa kt kg baru kl tu tau (pada pandangan aku laa). cuma sambal dia tak pedas sb maybe ramai chinese suka makan sini. so tokey dia takde laa nak masak pedas2. kedai nasi lemak ni buka tetiap hari kecuali isnin. so sapa2 yg nak merasa meh laaa ke jb. tokey kedai ni cuma jual nasi lemak and seafood yg lain. kalo nak nasik tomato ke goreng2 ke hapa ko pegi laa kedai sebelah. bersepah2 ok.
tetiba rasa mcm nak makan nasik lemak lak plak memlm buta nih. mana nak carik?? aduhaii...sok pg kena cari nih...
p/s : photo aku cilok from internet. kredit to tuan punya sb aku kalo makan dah tinggal pinggan ijau tu baru teringat. abih camnooo

senti-mentel

aku kangen banget sama seseorang. wahhh...tak boleh belah punya statement nih. aku buat entry ni sambil dgr lagu2. satu lagu ni sangat laa leleh. lagu lama je. tetiba sentimentel plak aku yea. kehkehkeh. takpe...sesekali arrrr......


jom layan lagu nih :-



lirik dia :-


CINTA MATI

bagaimana caranya untuk
agar kau mengerti bahwa aku rindu
bagaimana caranya untuk

agar kau mengerti bahwa aku cinta

*

masihkah mungkin hatimu berkenan
menerima hatiku untukmu

reff:

cintaku sedalam samudera
setinggi langit di angkasa kepadamu
cintaku sebesar dunia
seluas jagad raya ini kepadamu
kepadamu

bagaimana caranya untuk
agar kau mengerti bahwa
aku rindu

bagaimana caranya untuk
agar kau mengerti bahwa
aku cinta

repeat * reff

bagaimana caranya
agar kau mengerti
bahwa aku mencintaimu selamanya

bagaimana caranya agar kau mengerti
bahwa aku merindukanmu selamanya


cop cop...org yg aku maksudkan tu ialah AHMAD DHANI. kalau dhani baca entry ni (gila perasan), ucapan utk dia --> waduh mas...kangen banget ama kamu ini... nggak sabar banget menanti disember..


**pensan**

Tuesday, July 29, 2008

malas dan marah

tetiba penyakit gigaMALAS datang melanda aku. seharian tak update blog semalam. katanya nak jadi blogger yang tegar kan, tapinya....nan adooo.

tp tgk laa meja aku cmne tuh. merimbun ok. balik2 umah aku "boom" laaa. tu pasal tak buka blog & hapdet. so buleh laa dimaafkan kan.


semlm miss I bawak rambutan lg. sebenarnya dia bawa utk semua, tp since tak abis, aku laa yg jadik DBKL bawak balik balance yg ada sb katanya stock kt umah dia masih bnyk lagi. tp tu pun bukan aku yg amik tau. dia tinggal dlm bilik masa aku takde pastu sms suh bwk balik. so...rezeki jgn ditolakk gitu kan. cuma mek IT laa kata nak bwk rambutan gading ke ofis. tak bwk2 pon smpai arini. kehkehkeh.... rasain loh. masuk blog lagi. mung dah baca ni jangang lupa, sila2 la bawok (kalo ada lg laa).


oh...aku ada buat satu lg blog tau. nantilah lepas dah mekap2 akan ku announce kan address dia kepada semua.. wah...mcm laaa best sgt pun kan. berapa kerat je pun yg masuk sini. ke sana pun apatah lagi. tapi takpelah... at least kt sini ke kt sana ke aku boleh tulis apa yg aku nak.


arini smpai jam 10 aku masih lagi setia memakai uniform kerja ok. ni semua gara2 boses yg dtg dok pesan suh beli itu ini utk esok. memula dok cari raincoat utk guard. (yg ni konfius. sapa tah yg jadi bos diorg, kami siap kena provide raincoat bagai. esok ko dah abis contract keluar dr company ni jaga laaa...aku tuntut balik raincoat ni!!!). satu lagi nak cari towel utk meeting esok. Technical Dept from all branches dtg sini nak buat meeting. so dari kedai biasa ke tesco dan akhirnya kt jusco permas aku jumpa towel yg dikehendaki. (diorg kalau meeting suka bg towel sebagai hadiah. aku pun tak tau apa rasionalnya. tp lantak laa kan).

jusco dok hias dgn bunga2 raya sempena merdeka kot


aku sebenarnya bukan sorg yg berkira pasal kerja ni semua tp bila aku "dikacau", mcm ni laa jadinya. tp benda ni mcm marah2, merungut2 pun bukan boleh simpan lama kan. nanti MAKAN DALAM kata orang. sb tu laa aku kena cari tempat atau apa aja utk tak simpan lama amarah yg dtg. nanti cepat tua tau. kalau tak dpt bg balik kt org yg buat tu aku akan hantam (dgn kata2 laaa) sapa2 yg malang yg berada di sekeliling aku.


so sapa2 yg suka marah2 ke, jgn diam2 je.....tu semua kena luahkan tau. nanti makan dalam tak tau :D.

pening

AKU PENING!!!!!!!!!!!!!
sangat-sangat pening bila ada "ramai boss" ni kan. lagi2 kalau boss yg semua kena ikut dia punya kepala.
adoi...

Monday, July 28, 2008

chocolate chips & chocolate banana muffin

cite pasal projek mcm iye2 je kan. padahal cuma nak projek masak memasak je nih. projek aku start jam 3.30 petang tadi - nak buat muffins. mulanya planning nak buat muffin chocolate chips dgn muffin nangka, sekali kt pasar, kt kipmart semua takda nangka. macam...apakah??? semua nangka tak masak ke satu pasir gudang ni? tp takpelah...since brg semua dah ada kt umah aku cuma guna pisang yang memang mudah didapati dimana2.

buat muffin ni tak susah mcm nak buat kek tau, yg memerlukan kita terlalu berhati2 dgn bahan2 supaya tak turun (mcm penah dgr je), nak kena mix betul2, pukul dgn mixer dan sebagainya. membuat muffin hanya perlukan kita campurkan bahan basah ke dlm bahan kering mcm aku buat kt bawah ni.
yg ni aku nak tunjukkan aku buat mcm kawah utk masukkan bahan basah tp dah mcm gunung berapi explode pulak. belasah jelah kan. so..pasni kita cuma perlu campurkan bahan tu sampai rata, means semua dah sebati laa. kiranya seminit je dah siap. muffin ni tak boleh over mix kalau tak dia akan jadi liat.
lepas dah campur tu apa lagi, masukkan dlm paper cup. kalau tanak letak paper cup pun bleh je terus masuk ke muffin tray tu. tp kena laa buh minyak supaya dia tak melekat. so papercup ni memudahkan kerja yea. pastu baru masuk oven dlm 190 darjah celcius selama 30 mins.
so hasil yang akan diperolehi adalah seperti berikut :-




ooh..nak cite ni. memula aku start suka dgn projek baking membaking ni since last year. baru setahun jagung je. aku start ngan miss I laa, belajar buat kek coklat from ima, one of the staff masa tu. pastu kitorg punya gigih siap beli oven sorang satu nih. aku beli oven murah & kecil je sb tau oven tu takan lama kalo kt tgn aku :D. time tu pun rasanya dlm bln 8, 9 gak. so aku pun asik laa dgn hobi baking tu, beli buku itu ini siap smpai ada angan2 nak buat bisnes lagi. raya pun siap buat kuih sendiri ok. punya laa gigih tak gigih aku time tu. lepas aku masuk 'sekolah' awal tahun ni projek tu dah terbengkalai....

so sekarang ni nampaknya keinginan utk membaking tu dtg semula walaupun aku agak bizi. bagus gak kan, mcm dah tau2 nak bln posa. nnt leh buat kuih raya lg tahun ni. jimat duit beli kuih raya ( ye kerr??).

cakap bnyk laa pulak dah. seperti biasa laa esok muffin ni utk dibawa ke ofis.


jom rasa.....

Sunday, July 27, 2008

kelas & tesco

kelas aku smlm dari kol 4 ke 7. aku gerak awal dari ofis tapi dok stranded dlm 30 minutes kt permas jaya nak ke bakar batu. tak tau hapa yg menyebabkan jem begitu sekali. alah...lupa lak aku nak ngambik gambo jam tu laaa. smpai kt simpang yg takleh u-turn aku buat u-turn cari jln alternatif lain. abis tu takkan nak tunggu lg 2 jam kt situ je kan. jln alternatif tu agak jauh tp apadehal kan. janji smpai kelas on time. lagi2 ada presentation arini...aduhh..



sampai kelas 2 of our group members text tak dpt attend kelas sb ada hal yg takleh dielakkan. sangat saspen ni. bila bgtau kt lecturer dia kata its ok, you 2 present dulu, diorang 2 present for the next week project. fuhhhh..... sib baik doc ni paham. dia kata student part time ni kena bg flexi hour. takleh ketat2 sgt. tq doc!!




kelas aku tepi laut ye you all. so kalau boring2, singkap je blinds tu tgk laaa laut. kalo tensen takleh jwp soklan exam pun leh terus terjun laut. eh..laut ke menda, selat tebrau je sebenarnya. boleh laa tgk org2 singapore buat apa kt tepi laut tu. haaa..tak caya? btul boleh. tp provided that u have binoculars in hand lah. kalau tak, tgk jelah org jb jln2 tepi selat tu, nelayan dok nangkap siput n ikan (nelayan???) and sometimes ada org yg bwk anak2 diorg mandi kt tepi tu. yess...ada org sanggup mandi kt selat yg cmtu. gilo ke apo. kotor tu ok. tp aku rasa bukan rakyat malaysia yg wat keje2 gitu. tp..apapun mesti org dr negeri lain yg dtg sini akan kata org johor pengotor kan. walaupun...

nanti kalau aku dpt snap gambar org yg mandi manda tanpa rasa bersalah tu akan ku publishkan disini.


balik kelas dan seperti kebiasaannya, aku kena pegi therapy. retail therapy. yes... walaupun time tu aku dah takde bajet ke, duit ada doposen, tetap kena singgah mana2 lepas setiap kali balik kelas. ini bertujuan utk meringankan kepala aku yg semak ye tuan2 & puan2. selalu target aku the zon, jusco permas dan jusco tebrau tp jgn kata carrefour, giant pun aku tak singgah. aku bedal belasah aja mana yg ada keperluan time tu (utk dptkan barangan rega doposen laa katanya kan) dan utk cuci2 mata je.

so...since tesco extra baru je buka july aritu, aku pun nak gak sama2 meramaikan korum, men jem kan jln kt situ. mmg tradisi mana2 shopping complex yg baru buka akan diserang oleh ramai umat manusia kan. tp tak sehebat jusco buat dia punya member's day laa. time tu aku pun tak hingin nak singgah. tunggu laa sok2. kalau ada shopping complex baru atau jusco member's day, kebanyakan keta yg akan dtg meramaikan, selain dpd yg berplet J, yg berplet S pun ramai yea. kira balance laa dia punya ramai. alah.. shopping complex yg lama pun sama gak. so...org2 yg berplet W ni keje dia mencukupkan korum jek :D. yelah... sb tanak laa ketinggalan.


bnyk shops lots dan bnyk kedai2 baru ada kt situ. aku tak snap gambar sb mcm segan laa pulak kan. kedai2 baru mcm big apple dan beberapa kedai lg pun dah ada kt situ. nampaknya bnyk kedai2 yg ada kt kl semua dah mai ramai2 buka kt jb nih. so aku dah takyah gi kl dah nak cari apa2. lg 1,2 years pun IKEA nak dibuka di tebrau. diorg nak buat yg mcm kt muatiara damansara tu, ada ikea, ikano, tesco etc. syorga membeli belah dah ada disini, dicampur dgn shopping2 complex yg ada di singapore tu. hmmm... merajuk nak gi kl dah nih. puiiiii...takde maknanye. aku tetap pegi.




tp kan...kt tesco xtra ni aku tgk harga dia lebih rendah dari kt tesco seri alam yg aku pegi aritu lah. esp. bg harga susu. iskkk...betul ke nih. sok laa aku check semua harga barangan ni. nak kena kompen diorg ni yea.

tangkapan aku arini takdelah bnyk mana. tak abis rm100 pun. haaa..pandai kan aku berjimat. aku beli brg2 utk projek arini. projek apa? seperti biasa nnt akan ku blog kan disini yea. dlm kata tak bnyk brg yg dibeli, aku smpai umah kol 10. gilo gak nih. isk iskk...


semlm, arini ngan esok ada pesta flora kt jb laa. aritu berkobar2 nak pegi tp laaa ni dah malas noo rasa nak pegi ambik2 gambar. takpelah...aku nak wat pojek nih dulu.


daaaa...

Saturday, July 26, 2008

Yovie & Nuno

aku ada kelas IT petang ni. tapi singgah ofis jap sebab nak courier satu doc ke HQ. keje tu dah siap & ni kira dah boring takde keje laa ni. malas nak balik umah kang kena salin2 lagi. so buat laa entry. katanya kan nak jadi blogger tegar gitu kan.




td masa otw ke ofis aku dgr carta lagu indo kt hotfm tu, apa tah nama program tu. lagu yovie & nuno ni terkeluar dari carta arini. Dia Milikku tajuk dia. aku first dgr masa pegi ke indo awal tahun ni & dan2 tu dptkan album diorg ni. best tau lagu ni. lirik dia aku sertakan yea.


Dia Milikku - Yovie & Nuno

Semula ku tak tahu
engkau juga kan ingin memilikinya
bukankah ku lebih dulu
bila engkau temanku
sebaiknya tak mengganggu

reff:

dia untukku, bukan untukmu
dia milikku, bukan milikmu
pergilah kamu, jangan kau ganggu
biarkan aku mendekatinya

kamu tak akan mungkin
mendapatkannya karena dia
berikan aku pertanda juga
janganlah kamu banyak bermimpi, oooh

dia untuk aku

bukankah belum pasti
kamu juga kan jadi dengan dirinya
dia yang menentukan
apa yang ’kan terjadi
tak usah mengaturku

reff2:

dia untukku, bukan untukmu
dia milikku, bukan milikmu
lihatlah nanti, lihatlah saja
biarkan aku mendekatinya
kamu tak akan mungkin mendapatkannya

karena dia berikan aku pertanda juga
janganlah kamu banyak bermimpi, oooh

kusarankan engkau mundur saja, ooo

dia untuk aku
bukan, dia untuk aku

p/s : uols...iols terasa occay!!! :D

finally....

start my day with this yummylicios breakfast :-


calory? carb? cholestrol? aaaahhhh...bekalang kira laaa


tengahari pun menambahkan lagi the 3C tu


kuey teow goreng..org johor panggil mee tiau, with iced lemon tea



yang ni org johor panggil sama gak. iced lemon tea. atau dlm bahasa melayu teh limau ais.


petang after office pegi ke tmn air biru untuk buat baju raya. finally mek IT dpt contact satu tailor ni dan akak ni masih open peluang nak tempah baju raya smpai end of the month. so ..here we go...


NONY TUKANG JAHIT nama kedai tu. kedai dia terletak berderet dengan 7-Eleven taman air biru. kak nony kata dia terima lagi tempahan sb bnyk baju yg dah siap. wah...terer akak ni menjahit. pekerja dia pun ramai kot...

tgk kt buku dia, bnyk sampel kain org tempah kaler purple. ramai org pakai tema purple ke this year? ke org jb je pakai tema purple? ngan aku pun pepel, ngan mek IT pun pepel. haiyoooo...


kak nony tgh ngukur badan mek IT :-



kalau sapa2 nak contact dia tanya pasal baju (esp yg suka cari last2 minute mcm kitorang) buleh laa call buat appointment :-




ni 1st time aku hantar ke sini. takde experience lagi ok ke tak jahitan dia so no comment laa cmne dia punya baju dgn aku. mek IT pun dpt contact ni from one of the ofismate. ok laaa tu kot kan.


aku tempah 2 pasang kebaya. buat pe tah 2 pasang ni kan. abis2 aku beraya gi kubur, gi umah uncle jap n lepak kt umah je smpai tghari, petang dah salin tshirt. tp takpelah....nak abiskan stock2 dari jakarta, bandung ni dari simpanan aku. busan tgk lelama. maybe boleh pakai before raya utk attend majlis buka posa ke.




so...yeayyyy!!!!! dah ada baju raya...

Friday, July 25, 2008

Matahari

satu lagi lagu yang boleh layan masakini. cantiknya laa dia ni kan. kiut banget. lets enjoyssssss ... gituh (kata tokti)





Matahari - Agnes Monica


Tertutup Sudah Pintu, Pintu Hatiku
Yang Pernah Dibuka Waktu Hanya Untukmu
Kini Kau Pergi Dari Hidupku
Ku harus Relakanmu Walau Aku Tak Mau

Berjuta Warna Pelangi Di Dalam Hati
Sejenak Luluh Bergeming Menjauh Pergi
Tak Ada Lagi Cahaya Suci
Semua Nada Beranjak Aku Terdiam Sepi

Dengarlah Matahariku, Suara Tangisanku
Ku bersedih Karna Panah Cinta Menusuk Jantungku
Ucapkan Matahariku Puisi Tentang Hidupku
Tentangku Yang Tak Mampu Menaklukkan Waktu



disclaimer lagi : lagu ni takde kena mengena ngan aku yeaaa..

gila

apsal semua orang nak tunjuk besar haaa????

diorg tak tau ke aku pun besar gak - BESAR BADAN!!!

some said - its hard to find a job nowdays.

betul ke??? for me laa, as HR person - its hard to find a suitable candidate for a job nowdays.


omg...i really need a new job.


p/s : entry semua takde kena mengena

Thursday, July 24, 2008

mood & baju raya

pagi : mood ok
aku smpai ofis awal sket dari biasa. awal sgt ke pun seminit je dr smlm heheh. mood aku pg ni boleh dikira ok laa, agak happy. maybe sb aku cukup tido kot semlmnya. jam 9 udah beradu gitu.



aku kuar jap pegi ke atas tuh utk beli few things utk office. jalan kt highway melampau punya jam laa tp aku boleh lupa nak snap gambar pulak. masih belum boleh di award sebagai blogger tegar laa aku ni kan. takpe..baru setahun jagung...eh tak...setengah bulan jagung. bayangkan perjalanan yang patutnya mengambil masa 5 mins jadi ke 40 mins. tp rasanya tak seteruk semasa perjalanan balik laaa. jam sampai terus tak bergerak. dan sekali lagi aku tak snap gambar.

antara hasil tangkapan arini

petang : mood K.O.


balik dari tesco, wat keje sket aku punya temper mula meningkat. ramai yg call dan ramai gak yg end up dgr aku pokpek2. aku pun tak tau apsal mood tetiba jadik gitu. hormon dah tak stabil kot time tu. tp nasib laa kt sapa2 yg kena bebelan aku tu yea.


balik ofis pegi ke tailor yg agak fofular kt kompleks pasir gudang ni dgn mek IT. Jarum Emas namanya. konon2 nak tanya pasal baju raya.


kitorg sgt kompiden & dah siap bwk kain ela ni kesini. one of our ofismet dah ckp takde tailor yg nak ambik tempahan dah sekarang ni. tapi TAK PERCAYA!!! begitu gigih menapak tangga ke kedai tu. hasil yang kitorang dpt memang

NAN ADOO!!!


kain2 aku yg terbiar

padan muka aku. padan muka gak kt mek IT. tulah...kerek tak tentu pasal nak tempah lambat2. mentang2 last year boleh dpt, tahun ni nak buat lg yea. rasain loh..


uwaaaaaaa......baru nak buat baju dr bandung & jakarta aritu. apsal laa org2 ni raya sakan haaa. buat satu dua baju dah laaaaaaa......










Wednesday, July 23, 2008

jom komen ramai2

mari...mari. aku dah buka ruangan komen untuk semua. tu pun bergantung sama ada forever ada atau utk sementara je sb tak abis ngaji lg nih.
pg td dah tanya maknab kenapa kek aku jadik gituh. setelah di CSI rupanye aku yg gelojoh sgt nak buat smpai tak menyabo tunggu telur dari fridge tu turun ke room temperature. pesan dari maknab :-
"ko nak buat kek tu jgn laa guna telur dari peti sejuk. beli je baru dari kedai"
tapi btol laa. dolu2 mak aku pun penah kata cmtu tp biasa laa dulu dgr pun nak tak nak sb takde rasa nak buat dan praktikkan benda2 ni semua. ni dah ada cacat cela baru laa nak CSI. tp aku tanak membazir. telur kt fridge tu bnyk lg tak guna. takkan nak buang je. (alasan!!!!)
apa pun kek percubaan aku tu tetap mendpt kredit yg agak memberangsangkan daripada juri2 tak profesional dan juri2 awam.
start balik laa aku punya hobi ni karang....

Tuesday, July 22, 2008

mari belajar.....eh??

patutnya mlm ni aku punye plan nak siapkan assignment OB yg dah tak berapa bnyk lg tu. bahan semua dah ada tinggal aku nak karang ayat tu yg kekurangan idea mlm ni.
tp tetiba dpt idea blink blink blink nak buat sesuatu.
tadaaaaa...............






tepung, durian, telur, mixer. sah2 laaa nak buat kek kan. takkan buat cekodok guna self raising flour kot. mood aku utk baking tetiba dtg lak mlm ni. dgn durian yg aku dpt smlm tu aku nak try resipi yg aku mmg tak penah terai...even tak penah makan sekalipun.



KEK DURIAN!!!



mcm ni cara2 memukul adunan yea puan-puan sekalian




adunan yg dah setel sedia utk dibakar




kek yg gebus mcm org yg buat



tempting tak??

kek tu siap dibakar kol 10 td dan aku pun dgn rakusnya dok potong2 sb nak masuk blog punya pasal. amenda tah aku dah buat sampai kek tu mcm turun sikit laa. adoi...sok kena tanya sifu napa kek aku jadik gitu lah. tp rasa dia not bad gak. kalo yg minat durian mesti soka dgn rasa dia. aku cam biasa je so-so. kek durian kan. lagipun kalau buatan sendiri ni bukan syok sgt pun nak makan kan?


so seterusnya aku kena tunggu esok utk mendengar komen dari juri2 awam dan juri tak profesional kt ofis. dan sapa2 yg nak rasa tu sila serang bilik HR sok pg yea. kalo abis aku tatau. jemput semua...

rezeki hari isnin

ms I from my office gave me this from her hubi's kampung :-


diorg buleh pulak nak bagi aku sebakul ok utk aku makan sorg. mau pengsan dengan high sugar aku nih kang hehehe. takde lah..i'm not fancy to durian anymore. maybe sb kecik2 dulu aku dah puas kot makan smpai one day aku muntah2 dan demam sb over sgt makan. since then aku dah tak heran sgt. kalo ada aku mkn pun secubit je buat rasa2 yg lain biar org lain mkn.

patutnya aku kena ambik kt umah diorg sunday evening tp knowing me kalo dah penyakit "M" dtg, dgn seharian aku tak keluar umah, so mmg takdelah jwpnye. dan sib baik miss I tolong bawa utk aku ke ofis tp letak diluar ok. aku ambil 2 biji dgn angan2 nak buat tempoyak utk bulan posa nanti. yg lain aku distribute pd sapa2 yg nak.
ms I also gave me these :-



oohhh...yg ni sangat syiok. tak tau napa walaupun dah penah batuk kung kung sb makan rambutan, dia tatap menjadi phojaan hatiku. aku cuma bg sorg 5 biji utk sapa2 yg mintak dan yg balance wat stock kt umah. kahkahkah..sangat bakhil betul laa kan.

maknab yg kebiasaannya bawa breakfast utk kitorg bawak lebih jemput2 dan kuih pulut panggang utk kitorang yg mcm piranha ni. so aku simpan sikit utk aku ptg tu. oh..ya...aku pulak posa arini kan, so kuih muih tu utk dibuat break fasting laa.


on the same day gak, one of the staff yg baru pulih dari sakit dan admitted for 1 month kt ICU buat makan2 bg pulut kuning dgn rendang daging & udang serta telur warna warni. first time aku tgk telur tu dibubuh color tp very nice kan the new idea.



Alhamdulillah.. murah rezeki aku arini. ramai yg bg foods, fruits so takyah susah2 aku nak masak or beli food utk buka puasa. tp murah lg rezeki diorg yg bawa all the foods & fruits utk aku tu kan.





Saturday, July 19, 2008

impiana

friday and saturday...both days aku bz bz bz. bosses from hq dtg sini for few cases, so secara tak langsung aku pun membizikan diri dgn diorg laaa. of koz kena bawa diorg mkn etc during makan time. cantek laa ofis diorg. first time aku pegi. dolu2 aku pi pejabat buruh je. ni dikira kes agak besar laa gak kan.




sabtu pun aku keje gak. patutnya its a 3rd saturday. tp since ada miting so tpaksa relakan jugak. takpe..next saturday aku leh cuti free sb ganti, and takde laa kepala aku semak nak gi kelas next week kan. syiok...syiok... balik keje aku & frens singgah umah pn sue mengecek nasik kerabu dia. sangat taste nasi dia ok. dimasak oleh mek dia, of koz import from kelantan.


meriah kaler nasik dia kan



owh..owh.. balik umah sue petang tu aku pegi tgk rumah2 contoh kt area pasir gudang ni. yesss.....bak kata kawan aku Miss J (bukan J alexander ANTM ok!!) baru 1st time dgr aku ni berwawasan. mmg tak boleh blah punya statement kan?? sebenarnya aku ni berwawasan cuma jumlah pitih je tak menyebelahi aku so aku tak mampu lg. Gituh. Rumah kt johor ni boleh di consider murah kalo banding dgn kl. aritu aku tgk nak jatuh kerusi tgk harga umah terrace yg sempoi je kt kl. dasat sungguh. so...


nilah impiana, yes...yg akan jadik impian aku jek sb umah dia dah tinggal berapa unit je. cost dia RM243k, clustered semi-detached house. murah kan kwn2 di kl ?? kan kan?? suka sgt laa dgn dia punya design. sgt modern, sexy dan menepati citarasa aku. rumah pun sexy ker?? sukati aku laa kan nak kata apa. kahkahkah. gambar ni dicilok daripada website diorg kt http://www.scientex.com.my/. ni living hall mengikut citarasa ID diorg laa. tp best sgt laa..aku pun suka ngan dia punya idea. cuma color mungkin aku ubah kalo aku punya cukup pitih. (KALAU ok... org kata tak salah kalau angan2 dulu. mana laa tau...).

utk kengkwn yg carik aku kt YM, i wont be around for a while. tp korang pun tau mana nak cari aku kan. penat alexander graham bell rekacipta ok. kalo tak reti guna gak tak tau laaa.

comment box

ramai dah tanya aku napa tak letak comment nyer column kt blog aku nih. nanti laa yea. aku ni budak baru belajar. ada benda aku nak buat tp tak reti sgt lg. aku tau ramai dok tunggu nak hantam aku tuh. kahkahkah......

Friday, July 18, 2008

makan-makan

ni entry yang dah delay. aritu kan aku bagitau ada makan-makan kt ofis for staffs' bday celebration and campurkan sekali dgn farewell party of my boss. staff yang involved in bday celebration patutnya ada 4 org tp hanya 2 org je yang dpt menghadirkan diri. 2 more tu dok keluar since diorang kena kerja laaa pulak. my boss farewell patutnya due to his transfer to other branch but at the event he announced his resignation from the company.
foods

more and more foods


menu pada hari tu ialah nasi jagung, ayam masak merah, dalca dan acar plus few other things mcm kuih karipap (wajib dlm setiap majlis), kuih kole kacang, ice-cream dan oren sunkist. kalo ada yg tanya nasi jagung tu cmne, boleh laa google sendiri yea. aku pun sejak transfer sini baru kenal apa itu nasi jagung. dia lebih kurang nasi minyak gak sebenarnya, cuma tambah jagung jadi one of the rencahnya.


cake for bday celebration


cake for the boss

org yg dirai. bday gals dok tolong tiup lilin utk both cakes sb boss ada pantang takleh tiup lilin. (mandai je aku sekali ada yg report kt boss mampus...pendek kerjaya)


tapi boss takde pantang utk potong kek dan makan kek. yg tu dia ok jerr

tetamu yg dah tak sabar nak makan



antara tetamu lain yg hadir...


to boss, all the best and good luck at the new place, new environment and new people.

Thursday, July 17, 2008

Pesta Malam Indonesia 2


PMI 2 bakal tiba di Bukit Kiara pada 16 Ogos 2008. Lepas konsert Peterpan April lalu, konsert ni lah yang aku dok tunggu2 sb PP last time tu tak dpt nak tgk, time tu exam week & aku ada paper management during the day of concert and accounts for the next day. nanges....

Konsert ini akan dijayakan oleh 6 band yang tidak kurang hebatnya iaitu Ungu, Samson, Sheila on 7, Peterpan, Dewi-dewi dan Slank. Group dia agak kurang jumlahnya berbanding PMI1 (yg aku sempat nonton masa tu heheh). Dgrnya iTalk ada buat peraduan ke apa tah utk dptkan tiket percuma. sapa2 yg minat tu leh laa google sendiri yea. aku malas.

So sangat laa berangan boleh laa nak release tension jerit kuat2 during the concert kan. Last konsert aku pegi masa Dewa 19 buat tour di 5 buah negeri last December (tp tak laa lima2 aku pegi. iskkkk). gila dah lama kan tak enjoy heheh.

AKAN TETAPI, setelah dibelek, ditelek semua jadualku, 15 sampai 17 august juga adalah final exam aku untuk semester ini. wahhhhhhhh.... tak dpt tgk lagi laa nih.

apsal laaa diorg ni suka buat konsert time gini haaaa. harap2 rockestra dewa 19 in December nanti tak clash dgn jadual exam aku lagi..... tension gue.


Wednesday, July 16, 2008

entry tah hapa-hapa

kepala aku tingtong since last few days. settle 2 assignments, 2 more to go. tp wat masa ni nak clearkan otak yg dok berserabut ni dulu. just imagine nak pergi tesco yg sepelaung dr umah pun boleh terlepas jln, nak pegi ofis tp ikut jln pegi sekolah. isk...rugi! rugi minyak. sib baik jln ke tandas aku masih ingat lg. kalo tak naya je tak pasal-pasal.....

aku hutang satu entry pasal bday bash & farewell party kt ofis smlm. buat yg tak tahu, the mgmt of our company mmg mewajibkan kami utk organise birthday party every month for staff. so some makan2 thingy mesti laa ada kan. that will answer the q why sekarang ni my body macam dicampur dgn mauripan yea. EVERY MONTH ok. tu tak masuk yg lain, side event lagi tuh. kahkahkah..alasan tak boleh blah.

ni pulak spesel utk budak bwh nih :-




wahwahwah...lu pegi course tp bnyk senang lenang yea. meh sini wa nak warning ni.. balik kang make sure keje2 grafik tu tiptop okey (wah takde kena mengena ngan course pun).

meh laa bg chan buh gambar lu kt sini. okeh tak soh????




note : jangan maree...kang ai buang laa muka yu ni. tp org bkn kenal pun kann??

Monday, July 14, 2008

butterfly

most of my fren tau aku mmg suka lagu2 indo ni kan. one of my fav buat masa ni lagu butterfly ni lah. Original soundtrack from cite Butterfly daripada indonesia nyanyian Melly Goeslaw featuring Andhika Pratama. korang penah tgk tak? Kalo tak penah gi cari CD dia kt kedai2 music utama di indonesia orait??? kehkehkeh. seriously..tak tau lah kalau cite ni dah ada kt Msia or not. sorry..

Ni gambar dan lyric lagu butterfly utk semua. perlu diingat cerita, lirik lagu dan seangkatan dengannya adalah tidak ada persamaan ataupun kena mengena dgn diri & hidup aku okey. Jgn speku lelebih lakk...


Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah


Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu


reff:

Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
that previous messed up touching me and you


Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua


Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu

repeat reff



Note : aku sebenarnye nak post video tp slow sgt laa internet connection arini. later lah kalau rajin