tetiba penyakit gigaMALAS datang melanda aku. seharian tak update blog semalam. katanya nak jadi blogger yang tegar kan, tapinya....nan adooo.
tp tgk laa meja aku cmne tuh. merimbun ok. balik2 umah aku "boom" laaa. tu pasal tak buka blog & hapdet. so buleh laa dimaafkan kan.
semlm miss I bawak rambutan lg. sebenarnya dia bawa utk semua, tp since tak abis, aku laa yg jadik DBKL bawak balik balance yg ada sb katanya stock kt umah dia masih bnyk lagi. tp tu pun bukan aku yg amik tau. dia tinggal dlm bilik masa aku takde pastu sms suh bwk balik. so...rezeki jgn ditolakk gitu kan. cuma mek IT laa kata nak bwk rambutan gading ke ofis. tak bwk2 pon smpai arini. kehkehkeh.... rasain loh. masuk blog lagi. mung dah baca ni jangang lupa, sila2 la bawok (kalo ada lg laa).
oh...aku ada buat satu lg blog tau. nantilah lepas dah mekap2 akan ku announce kan address dia kepada semua.. wah...mcm laaa best sgt pun kan. berapa kerat je pun yg masuk sini. ke sana pun apatah lagi. tapi takpelah... at least kt sini ke kt sana ke aku boleh tulis apa yg aku nak.
arini smpai jam 10 aku masih lagi setia memakai uniform kerja ok. ni semua gara2 boses yg dtg dok pesan suh beli itu ini utk esok. memula dok cari raincoat utk guard. (yg ni konfius. sapa tah yg jadi bos diorg, kami siap kena provide raincoat bagai. esok ko dah abis contract keluar dr company ni jaga laaa...aku tuntut balik raincoat ni!!!). satu lagi nak cari towel utk meeting esok. Technical Dept from all branches dtg sini nak buat meeting. so dari kedai biasa ke tesco dan akhirnya kt jusco permas aku jumpa towel yg dikehendaki. (diorg kalau meeting suka bg towel sebagai hadiah. aku pun tak tau apa rasionalnya. tp lantak laa kan).
jusco dok hias dgn bunga2 raya sempena merdeka kot
aku sebenarnya bukan sorg yg berkira pasal kerja ni semua tp bila aku "dikacau", mcm ni laa jadinya. tp benda ni mcm marah2, merungut2 pun bukan boleh simpan lama kan. nanti MAKAN DALAM kata orang. sb tu laa aku kena cari tempat atau apa aja utk tak simpan lama amarah yg dtg. nanti cepat tua tau. kalau tak dpt bg balik kt org yg buat tu aku akan hantam (dgn kata2 laaa) sapa2 yg malang yg berada di sekeliling aku.
so sapa2 yg suka marah2 ke, jgn diam2 je.....tu semua kena luahkan tau. nanti makan dalam tak tau :D.
No comments:
Post a Comment