Tuesday, June 30, 2009

kursus lagi

dah lebih 4 jam drive, dah gaduh2 dlm keta pasal jln mana yg kena ikut sampai laa kitorg kt bandar port klang.

pekai koboi port klang

aku ni masuk sini dulu utk ke muara je. sorg lg tu penah keje kt port klang masa awal2 masuk keje dan sorg lg plak baru je 2,3 tahun tinggalkan port klang utk ke pasir gudang. tu yg bergaduh2 carik jln. sume nak tunjuk terel.

pemandangan dr bilik hotel

apa lg kalo nak dicite kalo dok kt hotel ni. makan laa kan hiks. makanan kt hotel ni bleh tahan laa. cuma variety takde sgt. tp ok laa kan. ko nak mkn bnyk2 buat ngantuk je.

makan-makan

dan course ni pun sgt menarik. tak sure laa bos aku amik trainer ni dr mana tp sgt best! apa yg best tuh? nok ...agak2 ko tau ke apa yg ter'bestest' tuh? hahahaha.


takdelah....dia ni sgt bnyk experience kot, buat lawak smpai org tak boring dan ada few games during the course. games pun sgt related to the lecture yg dia bg. ada sorg lg trainer tu agak ngantuk. tp sib baik the main trainer ni selalu sampuk2 so buatkan class tu very lively.

ni aku lukis nih hahaha

so...walaupun kursus ni sampai 3 hari tp mmg sgt berkesan laa pd yg attend. lenkali kalo company suh pegi course harus aku tak komplen lg hikhik.

sebelum sesi senamrobik

wahhh...puji lebih2 lak nih. korang kalo yg wat training program tu meh laa kontek aku bleh aku bg kontek no trainer nih ye.


selain dpd bleh praktikkan apa yg dpt during training, aku gak dpt 3 saman dari MPK sb salah parking. yeayyyyy....seronot!!!!!! cisssssssss!

cantik tp tak sedap

aritu aku ke port klang sb ada kursus. tarikh toksah cerita laa sb mmg dah basi pun hikhik. since ada 3 org dari sini so aku meng-volunteer utk drive.



kitorg gerak dari kol 11 pg sb acara akan start during magrib. aku ni tak kisah sgt kalo jln jauh even drive sekalipun, cuma one of us ada yg peknen. so kesian kt dia kang penat2 lg kan.

singgah di air keroh utk makan. kalo aku drive sorang dah terus je dah. tp kang lunch tak di provide kan. takpe...makan dulu. ada deretan kedai baru kt melaka nih. cuba gak laa kot2 sedap ke.


yg aku makan :


harap rupa je cantik tp rasa mmg hampeh. yg kolig aku mkn pun sama. so jgn laa korang mkn kt r&r air keroh yg section baru tu. tak sedap!

sekian.

Monday, June 29, 2009

nak nanges dgr menda nih....

satu hari tu aku berckp dgn sorg pegawai dr salah sebuah spital kt sini berkenaan sorg driver kami. this officer mintak driver tu dtg spital bwk lori yg dia selalu bwk. aku tak puas ati dan terangkan camne "keciknye" lori2 kami. dan bleh plak pegawai tu kata "saya ingat lori uols ni mcm lori 1 tan tu".


haaaa kan. beso lori satu tan je kekdahnye. takde maknanya. elok je MBJB nampak lori tu tak sia2 je rm300 terbang. lain kalo ko ada 2 org polis trafik bwk kt dpn. tu takde masalah.

ni kalo org berdiri pun tinggi bwh side mirror tu je tau

lori2 kt opis aku ni beso camtu laa. contohnye je yea. idak laa aku nak pamer2 kan lori2 yg gleme tu kt sini kang semua tau aku keje mana hahaha. gleme hapa. kalo org2 yg bukan dlm this field harus tak tau punya lah.

contoh je nih

dan last week officer tu call and nak dtg to our yard office. yard office ni tpt dimana org teknikal, lori2 etc semua dok beroperasi. officer tu nak tgk camne driver keje, camne dia bwk lori, camne lori2 tu semua etc.

dan bila abis cek, semua tu dia kata :

O : besar gila ye lori ni.
A : tu yg u suh bwk masuk bandar tu kan.

O : tulah...i ingat kecik je.

A : nilah keje driver kitorg. takde lori ni takde laa revenue.

O : tulah. apa yea nama lori ni diorg sebut? ada mcm ala2 TRANSFORMERS sket kan?



haaaa...ambek ko. mcm transformers katanye. transformers tu namanye optimus prime. menda alah lori ni namanye prime mover laa cik kak oiii!!!

wat r u toking about haaaa? kata optimus

p/s:

cop cop! katanye cuma ada 5 prime kt dunia nih. dan optimus adalah prime yg terakhir kan. kt opis aku tu ada 50 bijik prime mover dan ada yg berlogo autobot. cuba carik serpihan perak tu kot2 leh jadik transformers lori2 opis aku nih! wakakakaka.

Friday, June 26, 2009

malas lagi

bila aku yg jarang2 sakit ni demam dan sakit (bukan selsema babi occay!!! dah check ngn doctor dah) benda ni bukan reti2 nak stop dlm 2,3 hari. ni dah seminggu ni tak elok2.


sekarang aku adalah batuk tahap org dgr pun ngeri. semua org kt ofis tak ske kalo aku pegi tpt diorg.

keji!!!


Tuesday, June 23, 2009

aku hapdet laa ni

ada org komplen aku tak hapdet blog. cisss sukati laa kan. sebenonye aku baru balik dari kl semalam.

sb travel dlm keadaan tak berapa sihat so rasa sgt laa penat.


esok2 kalo rajin baru nak hapdet. maksudnye arini mmg tak rajin laa wehhh!!!

Sunday, June 21, 2009

happy father's day

to my dad yg fofular dgn panggilan pak min, wak min, hj min, aji dan sebagainya lah di kampung tuh :

HAPPY FATHER'S DAY, ABAH!!!


gambar dia takdak laa plak. kira halal laa kan hiks.


jom kita nyanyi2 lagu ni :-


Penjunjung Namaku

Setiap titis airmata
Setiap saat nan berduka
Mengajar aku erti dunia
Tak ku lupa pengorbanan kehidupan
Memikul beban di bahu nan selalu
Memberi yang termampu

( korus )

Ayahku terlalu menyayangi aku
Mendedikasikan hidupnya kepadaku
Dan ibu sentiasa ada bersama
Wala serendah mana aku
Dia tetap menjunjung namaku

Biarku belai tanganmu
Yang telah ditelan usia
Namun penuh berjasa... mulia
Terlalu lama impianku luahkan rasa
Kesyukuranku di hati
Pada dua insan paling ku sayangi

( ulang korus )

Biar ku hilang segalanya
Harta, benda ataupun nyawa
Asal tak ku hilang kau berdua
Dan aku berdoa
Semoga sejahtera selamanya
Hidup kita sekeluarga
Di dunia dan selepasnya

best lagu nih tp aku tak sempat nak carik & pasang. ini adalah auto publish.


tak lupa buat seorang papa yg dah lama aku tak dgr berita darinya - how r u dear? happy father's day to u too.

and also to all dads out there....

Friday, June 19, 2009

yeayyyyy!!!!!

ada sapa2 nak ikut? sila angkat kaki 2 belah!

hiks.

Wednesday, June 17, 2009

gila pemalas wehhh

malas tahan gaban utk menghapdet blog.

apa salah aku smpai korang menyamakan aku dgn tahap kemalasan begitu? kata gaban

kena tunggu mood mari dulu baru hapdet. sementara itu meh laa kita ber-ciken dens.

sedia...mula...!

Tuesday, June 16, 2009

kedai yg tak agak2 nak bg nama

tajuk aku pun tak agak2 mcm tah hapa2 kan? hiks.


korang tgk laa nama kedai tuh. kemain bnyk lg dia punye X kan. cuba masuk dlm kedai tu, carik mana baju yg size X bnyk tuh? takde nak jumpanye.

kedai ni baru je dibuka. kt tesco seri alam. cari laa.

tp tak menarik pun.

anak buah aku dah beso

ingat lagi entry nih?

masa tu atiqah baru 2-10 hari jer. baru ni balik kampung tgk2 dah beso dah. aku tak jumpa dia ni dlm 2 bln kot. sb selalu cuti tak sama. aku balik diorg tak balik, diorg balik, aku tak balik. alih2 beso gitu je budak nih.



ni plak abang dan kakak dia yg debab ngan salah sorang kazen gak.


ni plak ngan omak dia.


sama tak muka omak dia ngan cikgu nih?


last sekali....




uwekkkkkkk.....

Monday, June 15, 2009

lauk2 kenduri aritu

kes takde cerita laa nih hikhik. ni lauk2 yg ada masa kenduri kazen aku aritu.

ayam merah


dalca


apa nama benda ni haa. ehh...ada cik lalat lak kt situ. shuhhh....


dessert bubur jagung


dan air sirap orang kawin


ada satu lauk daging masak apa tah ngan kambing kari. daging tu aku ske sgt siap tapau bawak balik lg hiks. kambing tu tak mkn dan takde gambo laa plak.

dah...... tu je.

out of town lagi

kali ni aku tak pegi jakarta sorang2 yea tp pegi kursus.

ramai member yg kata "hishh...kursus lagi. kaya kampeni ko". haah..kaya laa sgt. ni semua bleh claim under SBL scheme yea. tau ke apa SBL tuh? hiks.. pi gugel laa pelagi.



aku dah gerak since semalam lg (ahad) sb course start sejak waktu minum petang sampai laa ke mlm. so sgt laa takde masa utk aku meronggeng di kl atau ke subang. oh..course kali ni dibuat di port klang pulak.

yg sgt lawak sebelum pegi tu budak2 dari port klang yg mcm excited kami nak dtg. maybe sb this is 1st time company buat course kt sana. bukan kt office tp kt 1 of the hotels there. kali ni aku drive.

siap ada yg call aku tanya tau jln ke tak. dan diorg keep sebut masuk highway klia. PLUS hway yg dari nilai tu diorg sebut hway klia. mmg ye ke aku yg tak tau nama haaa? aku slalu pe ikut situ kalo ke subang. hishhhh diorg nih! kompiusing.

ohhhh....dan since semlm gak komen2 takleh nak publish sb aku away for 3 days nih. laptop tinggal umah sb takde masa nak bukak pun.

fuhhhh....harap2 tak busan laa.


Sunday, June 14, 2009

no anonymous please

nak kata reader aku ramai pun tak gak. tp sejak dua menjak ni ada plak beberapa org yg rajin nak komen tp sembunyi2 plak. especially yg nak ngutuk laa. apa? takut kaaa?

so utk takmo gaduh disini aku nak mintak sgt korang anon ni kalo komen tinggal laa nama. semua org ada nama kan. pet name pun tak kisah laa. tulis laa jeton ke jenab ke. aku tau mana dtgnya mereka sb tgk dari traffic blog ni yea. awas lho!

yelah kot kalo ko tak pandai sgt katanye sila la tgk gambo kt bwh nih. tak pandai katanye tp pandai komen. motip?????


sila jgn pilih kotak no 4 tu yea. me dont loike. aku takmo laa strictkan to blogger atau yg ada open ID je sb kang kwn2 yg nak buh nama je (no 3) takleh plak. kalo nak pun no 4 tu sila buh nama kt bawah pas komen tu. kan ke elok tu. contohnye :

anonymous :

komen komen komen komen komen komen komen komen komen komen komen komen komen komen komen komen komen komen komen komen komen komen komen komen komen.

-jenap-

haaa....gitu!

dan anon2 yg komen tanpa nama - komen anda tidak akan appear dan diapprove lg selepas nih yea. rejek terus.

huh... sib baik laa ada comment moderation.

Saturday, June 13, 2009

tak pasal2 stress sendiri

smlm aku layan desperate housewives online yg latest episode. elok plak line botben nih bila aku bukak awal2 kan. bagus bagus! tp yg mengstresskan aku adalah cite ni plak. sapa ada spoiler cite nih?


sebabnye ini adalah finale season dan ......


sapa bininya weh???? eiiiiii....geram!


sekarang aku tengah layan ni plak.....



pun wedding gak!


Friday, June 12, 2009

pegi wedding

wedding ni adalah cite yg dah agak basi. elok je aku touch down dari jakarta tu, singgah umah amik keta dan terus ke kampung. ni semua sb nak ke wedding ni.

masa pengantin tiba nih

sebenarnye umah maklong aku kt kulai jer which is perjalanan dari pasir gudang ke sana dlm 45 minutes, tp aku still gak nak balik kampung dulu. yelah...sambil2 anto brg2 hasil tangkapan kt jakarta, bleh pegi sekali ke wedding tu ngan mak dan adik badik yg lain.

kt belah atas

pegi ke kulai ari ahadnya. keadaan emak yg tak berapa sihat menyebabkan kami anak banak tak tido umah maklong utk rewang. lgpun ramai gila dah yg ada kt sana, so kami ala2 mengelat laa hiks.


tp tu pun dtg awal dpt laa tolong2 makan dan tolong2 tgk sebelum majlis sanding bermula. sanding tu agak lambat gak...dlm kol 3 kot rasanye.

umah dia ke bwh bukit. aku smpai laa tak berani bwk keta ke bwh ni. seram!

maklong adalah kakak pada mak aku yg sulong (kalo dak takkan panggil maklong pun kan). umah dia ni kt salah satu felda kt kulai tu. tp bukan felda mawi tu yea. no! no!

kawah tpt masak. bwh nun ada paya yg dlm. kan seram tuh

kazen aku, aril ni merupakan anak maklong yg bongsu. dia sebenarnye ada kembar seiras, arul, tp tak dpt hadir sama sb tgh training.

bahagian bawah & tpt pengantin mkn

tema pengantin merah dan putih. ramai sungguh aku rasa org guna tema warna ni sekarang kan? musim gaknye kot. tp family lain sume pakai ijau. aku? itam. masuk utk semua hiks.

aril yg hepi sb dpt vini hiks

wife aril ni pun aku cuma ckp beberapa patah tp tak tanye nama pun. yelah...sedara mara dah ramai gilo. adik badik mak & maklong ni 11 org occay! tu pun ada gak yg tak dtg. kalo semua ada harus jadik konsert kot hiks.

the rewang men - uncle, kazen & inlaw

nnt2 laa kot2 tersengol2 bahu kt mana2 pasaraya kt sini kang leh laa kenal2 lg hiks. owhhh...dia ni pun keje kt pasir gudang tp lebih suka berulang dari kulai. rasanya pas kawin ni harus dia cari umah kt sini.


pas kenduri aku terus balik ke pasir gudang & mak ikut adik badik yg lain ke kampung.

jangan betulkan monitor anda

betul laa tu...umah aku dah tukar kaler dan header. busan weh ngan kaler lama.


so amacam? burok? lawa? tak ske? benci? meluat? mai mai komen ramai2. sila laa kutuk keji cerca maki puji dan suka sekalipun.

aku tarak kisah punye. (hahaha tinggal aku nak dgr ke tak ke sukati aku laa kan?)