Friday, July 31, 2009

balik kampung yg paling challenging pernah aku rasa

last wiken aku balik kg kejap sb dah lama tak balik (sebulan lebih je tp dikira lama laa kalo nak compare jarak jb-bp yg sekangkang ungka tuh).

lepas balik kelas petang sabtu tu dlm kol 7 aku gerak. memula tu ok laaa. bila dah dkt kol 8 tu stress mula terasa. cahaya lampu keta dari arah dpn dan belakang sgt2 laa menyukarkan pergerakan.


ok laa drive kt highway boleh dimaafkan lagi. tp bila keluar tol menghala ke rumah jarak dlm 20km tu terasa terlalu lama. time tu laa yg rasa jln berbukit2kuit2 dan bnyknye lencongan. camne aku tak pasan sblm ni haaa?


ni laa bahananye bila malas nak tukar spek. tp rasanya before ni takde laa melampau tahap gaban camni.

chantek tak kalo aku wat spek camni? nanges sopia loren

iskkk...kena check balik mata laaa. dah setahun lebih tak check nih. silau aku ni mesti dah meninggi gila.

sedeh!!!!

order aku sudah mari

last week wani ada mms aku gambar purse baru mango, baru smpai kt kedai klia dan blum display lg. mentang2 ada member keje MNG kan tu yg dia dpt tgk tu.


kali ni dia kata kaler adalah btol2 merah sb dia ingat dulu aku pernah suh dia belikan tp bila sampai kt aku tgk2 kaler adalah pink pink manjerrr. dlm diam2 aku jual purse tu kt mudah[dot]com dan siap dpt untung rm10 lagik. matik laaa mark up. ehhh...tak lah aku jual harga asal laa sb wani bli dpt diskaun.


aku berkenan dgn purse yg besar sb bleh masuk bnyk benda. lgpun purse cap ayam aku tu dah rabak dan syiling asik keluar je memenuhkan henbeg. mmg dah takdir utk aku tukar yg baru. dlm 2,3 hari pastu dpt laa parcel dr pos express yeayyyy!!!!

ni gambo lepas dah ditransfer2 kan segala mak nenek dlm tu dan mmg sgt ngam-ngam-soyyy dgn aku. opsss duit ada yg kaler merah je yea sb nak match ngan purse (matik laa tak ngaku dintis).


bleh laa bergaya ngan purse baru pasni. bergaya ke? hahahah.



Thursday, July 30, 2009

pelangi petang itu

aritu masa balik dr merewang lepas keje, masa benti kt traffic light ternampak laa sejalur pelangi mewarnai alam yg indah ini. pelangi tu mcm ada kt belakang kolej komuniti pasir gudang je. so aku pun snap snap kejap.



tetiba teringat lagu arwah sudir :

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

ecehhhhh....

takde apa2 lah yg tersurat dan tersirat dlm bait2 lirik tu pown. saja je aku buh sb nak match ngan gambo pelangi tu. and sebenonye nak ikut2 ala2 tulisan blogger jiwang nih jer ngehhhhhh. dan aku ngaku mmg takde bakat terendam pown.

tp opssss..... jiwang ke?

larikkkkK!!!!!!!!!!!!!


tak ada cerita ke blog aku ni?

ada org komplen blog aku dah takde cerita. sgt sedih kan dgrnye...sob...sob...sob.

ntah lerr sb aku rasa aktiviti harian aku dah sama je setiap hari. pagi pegi keje, petang balik keje then memlm layan tv dan tak keluar. mcm loser plak kan hiks. ada tu ada laa tp kebnykannye takleh dicerita kt sini. abis camno?

sib baik laa ada satu aktiviti last week kitorg buat. ekceli bukan buat laa tp wat lawatan ke umah org pas bersalin. anum, one of the HR gals dah gave birth lama dah dan dah nak masuk keje pun. tp since baru je balik dr kg so kita lawat laa dia.


dpt anak lelaki, 1st baby dari dia punya site. nama baby lupo laa plak. pipi gebus, tak sama ngan mak dia.

dia ske wat mulut mcm2 pesen kata maknye

antara mereka2 yg dtg dan bertanya cerita dan pengalaman. aku tgk jauh2 je sb takde pengalaman. pengalaman bersalin baju ada laa.


mcm kebiasaan plak dah kalo pi ramai2 tgk org besalin mesti dpt makan. isk iskk wat susah2 je kan. wat susah2 tp makan gak hikhik.

ni nasik aku nih

ada memcm lauk lak tu. anum bernasib baik sb umah mertua dkt sgt. so ni semua mak mentua dia lerr yg masak. ada asam pedas, bihin goreng, sayur kacang, kopok goreng dan rambutan. rambutan ni dr kampung anum kt kota tinggi.



lawatan pun dibuat time hari jumaat, time rehat lama, so lama laa gak dok sana. dlm sejam camtu. dan pastu apa lg balik opis laaa.
sekian cerita aku. <---- cam haremmmmm!!!!






selsema vavi dah menular kt sini.....takottttt!!!!!

aritu puspatri dah tutup.

then ILP plak.

then ada plak dgrnya kilang2 yg sedang dipeksa utk kesahihan kes2 selsema vavi kt area pasir gudang ni.


iskkkk dah rasa tak selamat nih utk berjln2 di public sb dah ada yg bawa2 virus ni kemana2 yea. cerita sahihnya idak laa aku tau tp bila tgk tpt2 yg dkt ngan aku tu dah tutup, mcm seram sejuk lak rasanye.

kena carik face mask nih!



Wednesday, July 29, 2009

.........

kalau staff buat salah "u always screw up things!".

kalau boss wat salah "use your common sense lah!".


camne tuh?

happy birthday ayu!

arini adalah besday ayu yg ke 25. mama pada yaya dan isteri pada faza (ada tulis kt blog dia tuh..gi tengok)

tapi opssss....25 ker????

hehehe

apa pun....HEPI BESDAY , yu!!

gambar dicilok dari facebook tanpa kebenaran tuan yg ampunya diri

meh tiup lilin meh...




clap...clap...clap.....

Monday, July 27, 2009

takda entry



baca gak?

kan dah kata takde entry tuhh..
.




Saturday, July 25, 2009

aduhhh....pusing !!!

aku selalu check currency dari website ni.

tgk harga tukaran duit luar sekarang ni makin melampau2.


camne nak gi obersi camni?

Friday, July 24, 2009

jom main masak-masak resipi rahsia

lama giler aku tak tunjuk entry masak2 kan. meh laa aku nak buat arini since dah takde bahan dah nak menulis sebenarnye.

resepi adalah resipi rahsia kekdahnye yea. memula kita amik segenggam beras dan masuk dlm piuk. segenggam korang ngan segenggam aku adalah tak sama ye tuan2 dan puan2. ianya bergantung kepada tahap kegiant-an tangan2 semua. aku punya harus laaa......


kendian cuci beras tu buang habuk2 dan kotor2. beras aku guna beras murah je uols sb aritu beras mahal takde dlm pasaran. cuci2 sehingga puas ati. kalo ikutkan pakar kesihatan basuh sekali je sampai bersih sb takut hilang zat2 nya. tp aku sukati je nak cuci. kalo ilang kanji lagi elok.


then sukat beras dan air tu. sebenarnye aku dah terel takyah sukat2 pun. (wahhhh riakkkk!!!). ada beras yg kena air bnyk, ada yg kurang.


tenggekkan piuk atas dapur gas. api biar yg biru. kalo api kunin tu maksudnya gas korang dah nak abis. siap sedia laa carik tokey gas.


dan beberapa ketika kendian masak laa beras yg dimasak tadi. beras tu jadi laaa nasik. haaa itulah dia resipi yg aku nak tulis kt sini. dasat kan? yelah..korang kan guna dapur letrik je. aku masih guna dapur gas lg ok.


hikhikhik...


Thursday, July 23, 2009

pasar malam! pasar malam!

aku puasa rejab aritu (nak gak kata rejab padahal ganti tak abis lg). so adalah sgt malas utk masak memasak time2 ptg2 hari.

makanya pegi ke pasar malam jelah.


sambil tu aku pun dah feel2 nak mkn terubuk masin. tp cari2 tak jumpa. adoiiiiii ngences laaa anak aku. hahaha mcm laa ada anak dlm perut. anak2 cacing yea kalian. jgn speku!


since takde apa yg nak dibeli aku jln2 jelah cuci mata. end up beli nasi kerabu utk berbuka posa. dan air asam boi yg sedap.


ehh..tp aku pelik laa apsal org suka tulis air tu sbg air asam boy? boy mana yg punya asam tu? kurang asam lu boy sesuka ati je guna nama.

kan?

kedai nasi briyani


aritu aku ngan mek IT pegi makan kt satu kedai ni. org kata kedai ni jual nasi briyani yg best. selalu kalo lunch mmg selalu je lalu lalang kt kedai ni tp tak penah rasa. tulah yg ari tu nak rasa btol ke apa yg org2 tu ckp.


diorg jual briyani ayam dan kambing. iskk suka beno kan tak jual daging. tp takpe laa ayam pun ayam laa. so kami order yg sama.


portion tak sebnyk yg dijual di singapore aritu, dan dia pun bukan jual briyani gam atau dam. biasa2 je cuma ada bg papedom dan kuah dhal. ayam tu plak dimasak briyani.


kalo tgk pinggan tu dah tau laa kan sama ada sedap ke tak sedap. sampai mek IT yg selalu makan sikit, makan tak abis pun bleh dikira berapa butir nasi yg tinggal.


tp menda ni takleh dimakan selalu kan. sesekali boleh laa.


Wednesday, July 22, 2009

entry ke 703


what is so special about 703?


hmmmm....

sebenarnya takde laa apa sgt pun. cuma........

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
v

tanda2 yg aku adalah malas dan takde idea nak menulis.

hiks.

semalam ku bermimpi jugak

matilah tajuk meniru namanya. hahaha ampownnnnn nok!

tp ni cite benar nih. kisah mimpi aku semalam laa, bukan tgk puisi bertajuk mimpi ke atau apa2 dkt shah alam ke. ehh...macam penah baca je hikhik.

aku mimpi ada sorang akak kt opis aku (matilaa korang toksah tanya yg mana satu), dah beli beg yg aku suka masa tgk2 kt charles & keith singapore aritu. cantik weh. walaupun dah lama tp aku suka je.

dlm mimpi tu akak tu bwk pi opis beg tu. dia yg mmg takkan pakai kaler2 cenggini bleh bwk lalu lalang dpn bilik aku. i was like....apekehe plak dia ni kan. dok menayang tak hengat. aku mmg nak ok beg tuh.

ni laa beg yg dimaksudkan.


makan ati wehhh.

Tuesday, July 21, 2009

"kawan" bila perlu


bengang kan kalo jumpa org yg mcm tu.

tp sedar tak sedar org camtu mmg ada dimana2 pun.

sekian.

sale dan exhibition yg paling tak best

ari sabtu aritu aku nampak bunting matta fair masa lalu nak ke sekolah. then pas sekolah tingin laa nak singgah, lagipun nak tgk2 laa tpt percutian ujung tahun kot2 diorg leh bagi good bargain.


exhibition diadakan di the zon regency hotel by the sea (amboi nama!) kt tingkat 6. ni 1st time sebenarnye aku jejakkan kaki ke matta fair yg diadakan di jb.


entrance fee RM3 per person. dan bila masuk je.....alamakkkkk! hmmm apa yea yg patut aku kata. tp mmg tak best laa diorg punya pameran nih. flyer bnyk tp travel agency sgt sikit. ada goodie bag katanye dr matta dan diisi dgn 2 botol mineral water berbentuk menara kl.


dan yg paling bengang tu konon2 ada cabutan bertuah. 10 org dpn aku cabut semua dpt kad "terima kasih", dan aku pun sama laa gak. aku rasa diorg cuma ada satu kot adiah dlm tu among 500 pcs card yg lain. mcm hapa! baik ko takyah bg laaa.

diskon 70% yea?

lepas frust kt matta ni aku pun pi laa window shopping kt the zon. katanya sale 70% ko! tp mmg agak g*mpang sb dah laa brg lama2, then diorg naikkan harga berkepuk2 dan bg diskaun. haprak btol laa the zon ni. no wonder dah takde org kt sini.

pegi ke bahagian perfume plak, SA dia sgt2 laa tak membantu. muka2 baru tu dan diorg layan mcm laa aku takde duit. baik2 aku nak bli dah takde ati dah kt sini. takpelah... akan ku labur di lucky plaza spore tuh. dah laa murah, tokey dia punya laa bagus PR!

sgt sedih laa hari sabtu aku. last2 aku singgah ke kedai peberet dan dpt laa ini :


amik ko kaum kerabat toggi semua aku pulun. dan satu lg tu choc cookies ke menda tah. hahaha ini adalah tanda2...... (sila sambung).

huh sib baik laa ada cekelat nih. kalo tak mmg frust je saturday aku.



kempen makan buah tempatan katanye



pagi smlm aku tgk MHI sebelum ke ofis.

ada laa satu orang besar ni, aku tak ingat nama dia apa dan utk event apa, tp yg pasti pasal kempen makan buah tempatan laa.

dia kata bih kurang camni : "kami menyeru kepada rakyat malaysia, makanlah buah tempatan kerana banyak khasiatnya daripada buah import seperti strawberi dan epal. buah2 seperti raja buah, DURIAN tu kan tak kurang juga khasiatnya dan bagus utk kesihatan....".

gitu!!!

alamak brader, cuba lenkali fikir dulu sebelum berckp. ada ke buah durian dibagi contoh.


durian tu mmg laa lemak berkrim tp sedar tak brader tu yg rakyat malaysia ni dah 14.5% yg menghidap diabetes dan juga penyakit lain2 spt darah tinggi, lemah jantung, asma, buah pinggang dan sebagainya. kalo depa mkn seulas pun dah bleh naik bacaan darah tu berkepok2 ni plak nak suh mkn bnyk2.

kot bg laa contoh pisang ke, jambu ke kan ke elok sket.


p/s : wahhh tetiba emo!!




Monday, July 20, 2009

nasi briyani victory dan mustafa centre

selepas dah amik2 gambar kt merlion park kami pun balik hotel jap utk rehat.

mcm yg aku ckp awal2 aritu tujuan kami sebenarnye lain2. aku ke sana utk shopping end up dpt 2 bijik perfum je dan tima kasih kpd debit card maybank yg excellent! (ceh). tapi misi syam adalah lansung tak tercapai ptg tu. sb itulah dia macam ala2 frust dlm penat hahaha.

syam dah jln laju sb frust

sampai kt hotel dlm kol 5+ then dlm kol 6 lebih tu baru laa rasa nak makan. gila kan kitorg jln2 ptg baru teringat nak mkn. tp itu adalah perkara biasa sgt bagi aku. kalo jln mmg tak ingat makan.


dlm forum yg aku baca diorg suggest utk mkn murtabak dan briyani di salah satu restoran mamak popular kt arab street tu iaitu zam-zam atau pun victory. kalo dah mamak tu harus laa briyani dan murtabak kan.

victory dari gugel image

since tak masuk nasi sejak pg kitorg order briyani kambing dan ayam. portion bnyk gila dan rasanya pun boleh tahan gak. tp korang kena rasa briyani gam md shah batu pahat. perghhhh...leleh wa ckp lu. alamak...wiken ni balik kg nak makan laa briyani nih. hikhik tetiba je kan.



dah setel mengisi perut kitorg nak ke mustafa centre sb syam nak bli souvenir utk kwn2. so jln kaki je kesana sb org kt hotel tu kata dekat. mak aiii dktnye sgt kan. dah laa kaki aku sakit nih tp gigih gak jln.

masjid ni ramai giler tak mcm masjid sultan

tp kt area situ bnyk bangunan2 lama yg masih di maintain. cantik ukiran2 dia laa.


mustafa centre ni mcm mydin kt msia laa. penuh dgn kaum2 kari tu semua. tp aku perasan kaum kari kt singapore ni takde yg berbau ketibus mcm kt sini. mmg laa diorg pakai minyak atar ke minyak wangi tp takde laa body odour. apsal ek?

mustafa dari gugel gak

dan brg2 kt sana walaupun mcm mydin tp diorg jual brg yg branded gak. ada adidas etc dan yg penting perfum pun yg ori tp murah. sib baik laa duit tarak kan. kalo takk...

balik dr mustafa aku mmg dah tak tahan lg. aku nye buku lali yg terpeleot masa main futsal dulu sakit balik. adoiiii...sudah gila nih. ni mesti sb heels tu lah. nak tak nak aku jln berkaki ayam sampai kt hotel. gilo tetgh bandar buat camtu hahaha.

sampai hotel, rehat2 kejap then pegi balik ke queen street utk amik bas ke jb. sib baik laa traffic very smooth. apa taknye dah dkt kol 10 time tuh hehe. syam lak dok jumpa kwn dia yg kebetulan ada kt sana.

dah abis adh cerita spore.... (ending cam harem je kan hiks)

misi mencari merlion park

masa nak ke merlion park ni mmg keadaan aku dah capek gila babas. pandai sgt laa jln2 pakai heels. setakat jln lite2 takpe laa gak tp ni bukan dah takat jln2 biasa je tp jln marathon tak henti2.



tp gigih gak nak carik nih. yelah...tak kata pegi spore laaa kan kalo tak jumpa simbol negara kota singa ni khannn. keluar mrt betul dah cuma nak ke sana je tak tau. so apa lagi tanya laa org.



aku punye penat laa sampai benti2 konon amik gambo bangunan2 tinggi dan tgk hotel yg besar2 kt sini. sampai ada satu tahap aku dah nak quit dah takmo cari benda tuh. punya laa pusing2 then baru laa jumpa menatang tuh. rupanye kitorg dah tawaf satu area tu padahal dia adalah sgt dkt cisss.



so sessi gambar2an dijalankan.


tgk laa nak jln ke dpn sket pun aku dah tak larat. ok laa kan dpt sipi2 singa ni pun jadik laa.


dan montot singa pun aku belasah gak. takde punggung laa singa ni kan. dah tu badan dia ikan duyung.


dah puas ati jumpa merlion. pasni dah bleh balik dan kata dah ke spore dah hikhik.