Tuesday, September 29, 2009

cerita raya saya


raya taun ni sama je ngan raya2 yg sebelum nih. meh laa cite serba sikit. kang blog org lain ada, aku takda plak :p


raya pertama

since my abah adalah anak sulong dan mak lak walaupun anak ke 3 tp dia yg duduk di kg, so semua adik beradik dr dua2 belah akan beraya ke umah. seawal pagi, selepas semayang raya dan tahlil di surau mereka2 semua berkumpul.


serius laa gambar raya adalah tak banyak. yg meriuhkan suasana adalah anak2 buah aku yg '50' org tu lah. yea...50 sangat selepas dibuang 0 di belakang itu.


gambar aku pun takde yg elok.


dan pasan tak kitorg takde family photos. aku pun tak tau napa tp since arwah nenek aku dulu takleh jln kitorg dah takde amik gambar ramai2. maybe sb susah dia nak pi dok kt kusi etc kan. dan sampai laa dia dah takde pun still tak amik2 gak.




jadik laa tu, ada gak gambar di pg raya.


raya kedua

mcm tahun2 dulu ada perkumpulan kaum lelaki surau yg buat meraban opss marhaban laa di keliling kawasan perumahan. dan diorg gerak awal pg lg, iaitu kol 8.30. tp umah aku kan agak belakang sket so group tu akan smpai kol 11 pg.


menu pun mcm tahun2 sudah adalah soto/meehon soup. kenapa soto? ntah..aku pun takde jwpn. pernah kitorg nak tukar menu sekali pak aku bising smpai tak sanggup nak didgr. so ikutkan sajalah.


tp sib baik gak soto tu cuma mak aku je yg buat. kira dah jadik signature dish laa utk marhaban raya kedua tuh hiks.


gambar org marhaban takde. gi tgk entry taun lepas jer laa ye.


ok itu je. sekian.

Monday, September 28, 2009

terlajak kata kereta binasa




itu adalah pepatah baru yg aku create. citenya agak lawak seram jugak. owhh..sebelum tu aku suka che det punya statement yg ni. antara lainnya dia dok sebut :

"Saya sudah berjalan di merata dunia tetapi tidak pernah tengok orang bawa kereta laju seperti di Malaysia dan mereka pun bukan cekap sangat tapi seolah-olah tak boleh tunggu, semuanya nak cepat hingga berlaku kemalangan."

yg lain korang baca laa sendiri yea.

back to the stori, aku balik semula ke jb semlm ptg dlm 6+ camtu. masa memula masuk highway PLUS tu jln agak smooth laa even bnyk kereta.

dlm aku dok elok drive tu, ada laa sebijik mevi SE kaler uren kt belakang. dah le jln mcm ada chop nama dia kt situ, pastu laju nya melampau2.


seram ok tgk cara driver dia drive. terus aku yg kt lane kanan pegi ke kiri. masa dia motong tu perghhh...mcm keta 3.0 cc jua kekdahnye. aku ni plak jenis yg suka je menyumpah kuat2 kalo rasa terkejut atau ada rackless drivers. sapa yg penah naik keta ngn aku tau laa kan.

sumpah seranah aku antara lain berbunyi "b*d* punye keta, b**g**g, kalo eksiden bagus sgt aku tepok tgn".

dlm stgh jam, smpai area air hitam jln adalah sgt selow gilerss. keta jln cuma 20-40kmj je. tau sgt laa kalo kes camni, kalo tak polis mesti ada eksiden.

selepas dkt 2 jam drive dlm keadaan yg mellow2 gitu, jln agak laju sket. kt area kiri ada laa plusronda punya lori tgh escort satu keta. tgk2 rupanye keta mevi yg aku dok sumpah td tuh.

driver tak apa2 tp bumper ngan skirting belakang mmg out giler. sgt kesian! (sb kalo aku kata sgt bagus tak baik puler kan :p). balik2 beraya abis lak duit nak mekap bumper ngan skirting kan.

aku rasa bukan aku sorg yg sumpah dia tuh.

kan?



Saturday, September 26, 2009

jumpa budak kecik yg kerek

masih mood raya lg kan. dah abis beraya ke uols semua? bnyk open house ? arini patutnye ada satu open house kt sini. tp aku dah mintak mahap bnyk2 kt tuan umah sb aku balik kg.

yes uols aku balik kg lagi. semlm after ofis terus merempit balik. busan laa plak takde org lagi kt sini. lgpun nak jumpa budak kerek kt bwh nih since dia ada lg kt kg.


kerek ok budak nih. ni kebetulan je dia nak sengih. tu pun goyang2 nak kejar dia dan omak dia ada kt situ. cuba mak dia lari ke dapur ke atau takde dr pandangan, harus nangis tak abis2.

sok semua dah balik ke umah masing2.


Friday, September 25, 2009

semangat nak baking sebab ada oven baru

awal posa aritu aku beli oven baru. saja jelah sb oven yg lama pintu dia agak weng sket dan lgpun aku dpt kutu. so sebelum duit yg ada tetiba lesap better aku beli something yg bleh nampak.

alaaa... oven murah je uols tp agak besar laa. dulu guna 18L tp yg baru ni 30L. besar kan? mcm ramai beno yg duduk kt umah.

ni cilok gugel ni tp sejibik laa

tp syiok buat kuih raya guna oven ni sb 3 kali bakar je dah setel.

dan smlm aku dok sinsing lengan buat moist choc cake. gambar ada tp kabel camera tadak laa so esok2 laa aku publish resipi ye.


seblm tu korang tgk gambo tepung ni udah laa.

:p


Thursday, September 24, 2009

takda topic yg sesuai namanya

selamat siang uols...

masih beraya2 lagi kah? aku dah start keje semlm lagi. pagi2 buta dah tercongok kt ofis. gila cepat sampai dr kampung sb tak jem. tak smpai 2 jam okeh. selalu tu lambat jer. erkkk...lagi satu sb aku merempit benonye hiks.

dtg keje di waktu begini akan menyebabkan kita melihat ofis spt padang jarak padang tekukur. cuma berapa kerat je yg keje.


dan pasir gudang ni walaupun bandar kecik tp most of the penghuni adalah perantau. makanya jln raya kt sini juga hanya dipenuhi dgn kenderaan yg boleh dikira. sedeh!


entry takde idea ni cumalah utk menambahkan isi blog yg dah suram ni.

lain2 entry kendian laa yea.



Wednesday, September 23, 2009

salam lebaran

sticky mode. entry baru kt bawah ni yea...

salam semua. dah balik raya ke belum? aku dah start balik raya hari khamis, 17hb.

so sempena nak menyambut hari raya ni aku nak mohon ampun dan maaf kepada semua family, kawan2, pembaca dan siapa saja yg dok jenguk kt blog yg tak seberapa nih.

maaf kalau ada tulisan atau perbuatan aku yg telah menggores hati korang sama ada sengaja atau tak sengaja.



SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN...

akhir sekali jangan main mercun, makan dgn bersederhana dan berhati2 di jalan raya occay!

jgn ada yg beraya di hospital yea!







Saturday, September 19, 2009

jalan2 kt jalan TAR

hari ahadnye aku janji ngan rizna utk meronggeng ke jln TAR. saja nak tuju ke sini sb kt sinilah bleh dpt good bargain for brg2 raya.


hotel murah (tpt opis selalu bg duduk kalo ada meeting tuh) so takde hair dryer dan iron yg limited. buruks baju aku ngan rambut basah2 kuar dr sana. iskkk iskkk malu.



jln kt subang adalah smooth. so kol 10 kitorg gerak dan bajetnye sb last week tak ramai (kata rizna) so that day pun tak ramai laa. sekali sampai sana......


maybe ahad tu adalah ahad last sebelum raya kan. org dah nak kelik kampung.



kitorg park kt sogo. nak masuk parking pun berejam. naik2 je kt mezz floor dia tgk org mcm laut. aku nak pilih baju pun dah tak selera dah.



terus ke jln bonus & jln masjid india yg kt pasar2 tu. panasnye takleh nak ckp apa laa. hari redup tp haba dia kot panas sgt.


takde apa sgt yg aku amik cuma mcm table cloth, tpt tisu and brg2 umah utk mak aku dan tudung selendang utk aku jelah. nak cari baju pun takde. bukan takde tp tak selesa nak pilih dgn org yg ramai. bak kata aku kt rizna duit tak luak pun. camne tuh? hikhik


abis dr situ kitorg gegas ke petaling street. ada budak opis aku kirim wallet murah2 dr sana. nak kirim time aku pegi bandung tah bila lg. H1N1 tak abis2 ni nak ke sana pun takut.


dah dpt apa yg dihajati plus brg2 aku sekali, kitorg pun gerak ke subang. aku siap tumpang mandi dulu kt umah rizna sb kena hujan masa nak balik dr petaling street tuh.

aku gerak balik jb dlm kol 5 ptg camtu.



Friday, September 18, 2009

bersahur

lepas hantar wani ke nilai aku sampai hotel dlm kol 11+ camtu. gila melekit rasa badan sb pagi mandi pun time subuh.


pas siap2 tu sempat lg bukak lappy utk bloghop dan bertani di farmville. mata dah agak2 ngantuk dah tu sb letih bnyk sgt aktiviti pd siang harinya tuh. tp since dah janji ngan rizna nak sahur kol 1, kena laa tunggu.


so dkt2 kol 1 aku fetch rizna kt umahnye di ss13 subang jaya maklum laa dia adalah waniter melayu yg takleh drive mlm2. ntah2 dia mempunyai prob rabun mlm kot? ampownnnnn :p


awalnye aku sajes pi ke oldtaste ss15. tp elok je masuk waiter dia kata "sorry miss, we're closing" khannn. sedeh ok takleh pekena kopi oldtaste.


end up kitorg landing kt hassan's cafe ss15 yg sekangkang kera ngan opis hq aku. busan je kan tp dah takde tpt lain, belasah jelah.


aku order garlic naan yg kurang best. punya laa lama tingin mkn naan nih sekali dpt tak sedap. tingat dulu ada gazebo kt ss15 ni yg mempunyai naan yg mantop!!!


tp ayam tandoori dia adalah sedap dan mabeles. sib baikk.


later syam join kitorg utk sahur sama. janjinye kol 11 tp kol 12.45 baru dia nak call aku. cittttt. tp sib baik gak lah. kalo tak aku kena pergi 2 sahur plak mlm tuh.


pas borak sampai dinihari baru laa kitorg gerak balik.

Thursday, September 17, 2009

aktiviti sabtu yang lalu

entry ni panjang gilos yea uols. maklum lerr hari tu adalah amat panjang sekali. dan bg amaran nih..


pagi sabtu lepas aku kena ke sekolah utk register bagi semester baru. so seawal jam 9 pagi aku dah kuar umah utk ke sekolah. sampai sana..adoiii punya laa ramai manusia. setel semua dkt kol 11 gak baru leh balik.


ni lerr subject yg aku amik next sem. amik 2 jer. sb tulah lambat sket abisnya.


next terus ku merempit ke sepang.


kalo dah ke sepang tu ke mana lagi kalo tak ke klia. fetch wani kt sana sb dia baru abis keje.


owhhh wani bg aku 2 patung bear 'i love klia' nih. tengkiu bebeh!

then kitorg pergi ke our main purpose, menjenguk kak rozi kt hulu langat sb before dia operate aritu aku dok exam lg. dan being me, kalo jln ngan wani ni kalo tak sesat adalah tak sah. so kitorg dah sesat2 dulu baru laa jumpa jln.


dlm kol 6 baru kami sampai ke kampung kak rozi & adibah ittew. inilah rupa pesakit yg telah dimekap dgn wig yg sama kaler ngan baju hikhik. aku yg tgk pun rasa sakit, inikan pula org yg menanggungnya sendiri.


dan 'misi' yg takmo gemer nih. 'talk to my hand plisss' katanya.

dan lagi sgt lah malu sb mereka mengajak kami berbuka sekali di rumah mereka ittew sb makciknya dah masak bnyk. aiyoooo malu malu. menu berbuka puasa adalah ikan bakar dan masak lemak cili api rebung dan daging yg sgt mavelesss!!!


lepas berbuka dan solat kitorg pun bergerak utk balik. awalnya plan nak jln dulu tp since aku ada plan bersahur dan wani plak kerja shift pagi, hasrat tu terpaksa dilupakan saja.


bersambung next entry.

Tuesday, September 15, 2009

berbuka dengan kepulan asap

satu petang tu elok je aku nak bukak dan tranfer makanan yg dibeli tetiba terdgr satu pengumuman :

kami dari majlis perbandaran pasir gudang ingin meminta jasa baik penghuni perumahan desa dot dot dot untuk berada di luar rumah kerana kerja-kerja penyemburan akan dilakukan sedikit masa lagi.

time tu dlm kol 6.45 p.m camtu rasanya. wahhh...nak tak nak mmg terpaksa keluar laa. being me yg tak berapa sosial dgn jiran2, aku dok senang lenang dlm keta sambil dgr radio dan pasang ekon.


tak lama pastu dtg laa berbondong2 org majlis (org sini panggil depa org majlis. majlis tari menari kah? atau majlis apa kah? hiks). diorg dok sembur every floor tuh.


see...ada asap nak kuar dah tuh.


haa time ni mmg dah tak nampak lansung. cuma nampak keta parking kt dpn tu sket. help! help! hikhik. padahal aku kt dlm keta. takde rasa pedih mata pun dan tak bau apa2.


ok...time ni dah kurang sket. dia sembur tepi2 bangunan lak.


mesti kt sini dah ada kes denggi ke hapa kan. kalo tak takkan laa diorg ni aritu dtg ramai2, then sembur2 plak lagi. time org nak berbuka lak tu.

tp sib baik gak fogging ni tak berbau mcm yg dulu2. cuma asap yg balance dok dlm umah tu laa yg agak sesak sket.

Saturday, September 12, 2009

meronggeng lagi..

nak gi kl jap arini, esok balik lerrr.


harap2 jln ok dan tak ujan.

jom sapa nak ikut!

Friday, September 11, 2009

its her day...

yes uols...arini 11 september adalah adibah's day. bukan...bukan her big day yg kepak kepung kepak kepung tu taw tp adalah tarikh hari lahirnya.

sapa yg tak kenal tu inilah dia gegel yg dimaksudkan :


opsss... salah gambar.


haaa....yg ni laa clear. gambar adalah dicilok daripada facebook tanpa kebenaran. hamponnnnn.

so nok, aku adalah tak reti utk membuat sajak2 jiwang dan karat2 ittew. stret to the point nak wish uols selamat hepi besday yg ke 29 (ye ke??) kepada uols. semoga sentiasa kuat, sentiasa hepi, sentiasa sukses di dalam setiap yg dilakukan. dan semoga cepat utk kepang kepung kepak kepung gittew.

HAPPY BIRTHDAY!!!!

dan inilah cake utk uols.


lebih kurang uols je kan? opsssss.

larikkkk!!!!



Wednesday, September 9, 2009

meronggeng ke singapore

hari ahad baru ni aku ke singapore. saja nak window shopping tgk2 baju utk anak2 buah aku dan pada masa yg sama nak bli perfume raya utk diri sendiri. lgpun dah abis exam ni apa lg, meronggeng laa!

pagi2 dah keluar umah (pagi laa sgt). aku drive hanya utk ke larkin je. walaupun spore jarak hanya sekangkang kera dgn jb tp aku masih tak confident utk drive masuk sana. bila laa nak kompiden pun tatau.


lepas marathon di CIQ dan kastam singapore, dlm kol 11 camtu sampai laa aku kat dlm kota singa tu. mulanya cadang nak ke pasar geylang serai sb kt sana katanya ada jualan hari raya, tp disebabkan jln sorang2 dan aku tak penah ke sana, niat tu dibuang jauh2.


daripada queen street tempat dimana bas berhenti aku berjln ke stesen bugis utk naik mrt. lawak sket tang stesen bugis ni sb aku kt dlm kepala dok carik stesen gambir. wadehel laa stesen gambir...itu kt jakarta nun. bengong ah! kih kih kih.


mrt kt spore ni ada beberapa lane dan utk ke destinasi aku (orchard road) aku kena tukar tren. tp walaupun tukar kita tak perlu tukar stesen so mmg sgt mudah laa keje. aku pilih utk benti di pertengahan orchard iaitu kt stesen sommerset. dari situ berjln laa aku membuat lawatan muhibah.


time jln tu hujan renyai2 dan cuaca pun tak panas. aku ske tgk transport kt spore ni sb dia mcm tersusun dan private car pun cuma leh laju takat 90kmj saja kt highway walaupun keta ko 3.0 cc sekalipun. (keta apa 3.0 haaa?). sb tu faham laa sgt bila diorg masuk ke msia kan?

dok tgk2 baju tu mmg takde yg berkenan laa sb satu - lebih kurang apa yg ada kt sini je dan kedua - mahal weh kalo tukar currency. kesian anak buah aku dpt mak sedara yg dintis ni hehe.


last but not least aku singgah laa kedai yg jual perfume mcm aku beli last visit. dia kata ada promosi utk diorg nye merdeka day aritu dan nak abiskan stock. mostly perfume yg baru2 agak pricey tp takde laa semahal harga di kedai biasa. separuh harga yg kita dpt ok.


ada 3 perfume aku tangkap. wahhh 3 katanye khannn. sah2 laa bukan aku punya semua. aku punye satu je, wani satu dan mek IT satu. yeayy...dah dpt perfume raya!!!


dlm kol 4 camtu aku dah ala2 ngantuk dan penat dan cadang utk balik. kira lama gak laa kan aku dok memusing, sorang2 lagik plak. ramai giler yg approach aku utk beli brg laa, derma laa, credit card laa sb diorg ingat aku singaporean. gamaknye takde kot org luar yg jln sorang2 cam haku nih.


sampai di mrt dhoby ghaut aku pun pergi semula ke mrt bugis utk ke queen street amik bas. jln di singapore smooth lg tp bila lepas kastam woodland nak ke CIQ tambak johor dah fenin dah dgn kenderaan.

syukur laa sgt aku naik bas kan!