Wednesday, September 9, 2009

meronggeng ke singapore

hari ahad baru ni aku ke singapore. saja nak window shopping tgk2 baju utk anak2 buah aku dan pada masa yg sama nak bli perfume raya utk diri sendiri. lgpun dah abis exam ni apa lg, meronggeng laa!

pagi2 dah keluar umah (pagi laa sgt). aku drive hanya utk ke larkin je. walaupun spore jarak hanya sekangkang kera dgn jb tp aku masih tak confident utk drive masuk sana. bila laa nak kompiden pun tatau.


lepas marathon di CIQ dan kastam singapore, dlm kol 11 camtu sampai laa aku kat dlm kota singa tu. mulanya cadang nak ke pasar geylang serai sb kt sana katanya ada jualan hari raya, tp disebabkan jln sorang2 dan aku tak penah ke sana, niat tu dibuang jauh2.


daripada queen street tempat dimana bas berhenti aku berjln ke stesen bugis utk naik mrt. lawak sket tang stesen bugis ni sb aku kt dlm kepala dok carik stesen gambir. wadehel laa stesen gambir...itu kt jakarta nun. bengong ah! kih kih kih.


mrt kt spore ni ada beberapa lane dan utk ke destinasi aku (orchard road) aku kena tukar tren. tp walaupun tukar kita tak perlu tukar stesen so mmg sgt mudah laa keje. aku pilih utk benti di pertengahan orchard iaitu kt stesen sommerset. dari situ berjln laa aku membuat lawatan muhibah.


time jln tu hujan renyai2 dan cuaca pun tak panas. aku ske tgk transport kt spore ni sb dia mcm tersusun dan private car pun cuma leh laju takat 90kmj saja kt highway walaupun keta ko 3.0 cc sekalipun. (keta apa 3.0 haaa?). sb tu faham laa sgt bila diorg masuk ke msia kan?

dok tgk2 baju tu mmg takde yg berkenan laa sb satu - lebih kurang apa yg ada kt sini je dan kedua - mahal weh kalo tukar currency. kesian anak buah aku dpt mak sedara yg dintis ni hehe.


last but not least aku singgah laa kedai yg jual perfume mcm aku beli last visit. dia kata ada promosi utk diorg nye merdeka day aritu dan nak abiskan stock. mostly perfume yg baru2 agak pricey tp takde laa semahal harga di kedai biasa. separuh harga yg kita dpt ok.


ada 3 perfume aku tangkap. wahhh 3 katanye khannn. sah2 laa bukan aku punya semua. aku punye satu je, wani satu dan mek IT satu. yeayy...dah dpt perfume raya!!!


dlm kol 4 camtu aku dah ala2 ngantuk dan penat dan cadang utk balik. kira lama gak laa kan aku dok memusing, sorang2 lagik plak. ramai giler yg approach aku utk beli brg laa, derma laa, credit card laa sb diorg ingat aku singaporean. gamaknye takde kot org luar yg jln sorang2 cam haku nih.


sampai di mrt dhoby ghaut aku pun pergi semula ke mrt bugis utk ke queen street amik bas. jln di singapore smooth lg tp bila lepas kastam woodland nak ke CIQ tambak johor dah fenin dah dgn kenderaan.

syukur laa sgt aku naik bas kan!


4 comments:

Ayu Jaffar said...

dasat...

shopping sampi ke s'pore!...hu huh ko tak rindu mid valley ke???

linn said...

alaa spore sekangkang kera je yu. tp mesti laa rendeww jugak mv. yg tu kang minggu ni aku serang. hikhik.

eddie dewanaga said...

hehehe... orang singapore berondo-randah shopping kat sini, lu masuk sana carik baju raya..??

class...!

linn said...

alaa..gua jln2 je. kata pun window shopping.