Thursday, April 29, 2010

berada di kota singa

aku tgh jalan2 carik pasal kt kota singa nih. blog adalah suam2 kuku. keje kt sini asik makan makan makan utk membulatkan lagi badan ihik....

nnt akan diupdate dgn cerita2 terbaru ye uols....

Tuesday, April 27, 2010

perghhh....panas uolsss!!!

selalu pas exam aku akan jln2 kununnye utk me-release tension setelah berhempas pulas mengulangkaji matapelajaran (walaupun nan adoo kekdahnye, baca lite2 saja).

dulu dok jb aku akan dtg ke kl berjalan2. sekarang dah kt subang ni kalu nak suh jenguk kl mmg melampau aarr. bleh dikata hari2 pegi sana. so aku carik tpt jauh sket. ceh...jauh ke? ihikkk..

makanye esok aku akan berada di sebuah negara yg tak berapa jauh dari mesia ni utk berjimba2an. bukan utk shopping2 pun, cuma nak jln2 amik gambo. bajet holiday.

jom arr nak ikut...

ehhh...apa kena mengena dgn tajuk yea? owhhh nak kabo yg semlm subang jaya adalah panas melampau laa. walaupun begitu aku siap tertido dpn lappy agak awal smpai tak sedo org dok msg kt ym.

itu je sebenarnye.....

Monday, April 26, 2010

merdeka...merdeka

setelah seminggu berhempas pulas (hempas ke?) akhirnye abis gak paper aku petang ahad semalam.

sekarang mood adalah happy2 gumbira sb mcm free sket dari belenggu buku2 pelajaran yeeehaaaaa!!!!

wahhh feel chantek je. padahal nan adoooo....hahaa

tp nnt tgk laa jap lg mesti aku rasa mcm busan tak wat apa2 kan. iskkk...takpe2 pasni nak rajin berblog plak.

musti! musti!


Friday, April 23, 2010

makan hati....

ni bukan makan berlauk hati yea uols. tp makan hati yg makan hati lah haha. korang ada tgk tak american idol semalam?

alaa diorg wat charity utk kanak2 semua tu dan ada ramai artis undangan. salah sorang artis dlm rancangan tu adalah queen latifah. kenal queen latifah?

ni yg dulu

ntah btol ke tak mata aku tp aku tgk dia dah kurus laa kan. yelah...bukan laa kurus mcm kurus si jennifer aniston ke apa kan, tp kecik laa sket dari yg dulu.

semalam...

camne ni dia bleh kecik sket (ehh..ke memang dah lama?). makan hati laa nok tgk dia. aku ni bila nak kecik sket haaa?

ok...takde laa kecik mana, tp minah sblh tu yg kecik sgt

tp utk jawapan yg menyenangkan hati sendiri ialah : alaaa...dia bnyk duit, takpe laa bnyk cara bleh buat. ada duit semua setel.

gituuu....


Thursday, April 22, 2010

My Dream Destination

being me yg suka jln2 ni harus laa ada dream destination kan. my dream destination is korea.

kenapa korea? sb sampai sekarang aku tak mampu lagi untuk ke sana ahaks. bukan tu je, the main attraction tuk ke sana adalah keindahan negara itu yg sering disebut2 dan hanya dpt aku rasakan apabila menonton drama2 korea dan gambar2 dari internet saja.

teringinnye ke sana, lebih2 lagi kalo musim bunga. wahhh...indahnya....


kalau musim2 yang lain pun ada juga istimewanya. contohnya musim autumn...


dan aku juga adalah penggemar drama2 korea yg sering memperlihatkan keindahan pemandangan di negara mereka yg cantik2. mana laa tau kan kot ada rezeki ke korea aku leh jumpa pelakon2 ni semua hiks.


tapi sekarang dgn MAS traveller semua tu tak jadi masalah laa utk ke sana. sb sekarang MAS juga menawarkan harga yang berpatutan utk sapa2 yang teringin pergi berjalan2 ke tempat yg diidam2 kan. apa yg anda gusarkan. pergi saja ke website diorang yea.



owhh..korang dah tgk project alpha blum? meh laa tgk nih...




Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com





mencari tempat exam

lepas balik dari gatsby street party tu kitorang pegi mencarik tempat utk aku exam.

katanya kan baru berpindah. instead of amik kt johor (mcm aku attend kelas tu) might as well amik kt kl kan. lgpun aku exam selang2 hari, so nak berulang dari kampung bazir masa dan duit uols. yelah minyak, tol dan masa yg diambil bih kurang 2 jam. perjalanan rugi laa kan. dok hotel? wahh..bnyk duit ko.....

panjangnye intro ahaks.

so aku agak2 jelah jlnnya nak kesana sb jln tun ismail tu kan dkt area pwtc. bila jln terus je trus laa jumpa universiti terbuka ni ahahaha.


smpai kt sana mana bleh tgk dan blah je kan. so aku carik tempat exam, tempat study (library laa), tempat solat dan tempat makan.

tempat exam ni lain sket laa dari kt jb sb kt sana kitorg ada dewan yg besar so semua bleh masuk sini. tp tpt yg dikatakan nak exam tu masih ada org dok wat seminar ke hapa tah. abis semua pak guard, mak guard aku tny sb kerusi semua tak bersusun. depa kata toksah risau, nnt hari kejadian tu dtg sure ada punya.

pastu pi library jap. masuk jap je tgk2 sb cikjib tadak matrix card. takan nak biar dia kan. then trus cari surau dan solat laa sekali yea.

pas solat aku teringat lak nak cari cafe. kaw OUM kl ni dia share dgn UM kampus kota namanye. so dlm bnyk2 tu cafe dia di share sekali. sempat gak kitorg wat food testing (padahal nak mkn sb dok kebuloq dkt kol 3).


since cikjib feel2 diet dia order mee bandung. presentation agak memberangsangkan kan? tp sebenarnye rasa dia fail.


aku plak order bihun hailam. sama gak... ha-mim-pe-ye-ha!!! apa nih... iskkk. dah laa tadak choice mkn kt situ. nak jln ke the mall adalah sesuatu yg mustahil. tp mungkin laa nasi campuq dia ok kot. time kami dtg tu lauk dah abis tinggal baki2 je. tak dan nak terai..


pastu kami pi tpt lain plakk....

Wednesday, April 21, 2010

Gatsby Deodorant Street Party

katanya malas nak hapdet sekali ada entry ni cemana? hahaha. tp sayugia diingat bahawa entry ini adalah terlampau panjang yea sb mls nak buat part by part.

so mcm org lain aku pun dijemput oleh nuffnang utk ke gatsby street party nih. ingatkan nak bwk cikdib sb dia pun blogger, tp memandangkan dia ada kelas dan takmo dia memonteng (ihiks) aku bwk laa cikjib.


kami smpai dlm kol 10 gak camtu. kan katanye kena dtg awal utk mendptkan imbuhan dpd nuffnang kan so merempit laa seawal pagi dari subang. smpai kl awal pegi meneteh kt pelita ampang sat hehe.

pastu trus ke berjaya times square utk acara.


yes..the largest bloggers' gathering uols. dan aku salah sorang yg termasuk dlm malaysia book of records gitu hiks.


time registration :



kaunter agak kecik utk tampung jumlah yg ramai. tp they manage to do it. good job guys!



officiate ceremony :


masa ni tgh tunggu whats next.

org2 besar


haa..time ni VIPs dok bergambar dgn bloggers. aku jauh bebeno so mls nak join.


antara games yang ada :






games yang aku main :


aku bleh masukkan tiga2 bola in 1 row. caya tak? aku pun mcm tak caya tp btol tau. ehh..tp dlm gambo tu bukan aku laa kan.


computer games ni je aku dpt 3 coupon. malu lak dgn amoi yg jaga so aku blah cari games lain.


tumbuk kacang ni lansung tak berjaya. hampehhh!!!


pasan tak dr td aku dok maik games sambil menjinjing beg yg bnyk ini. poyos. mana lerr nak menang hehe.


jumpa mereka :




kak ina kl yg sgt sporting bersama kuncu2 nye. kak ina siap bwk kek utk ditempah sempena raya nanti hehe. ampun kak..


afiq yg suboh sepiee dah sampai kt sana dan dah main few games. tak padan nak mid term ni sempat lagi tunggu smpai petang (ehh..bukan aku pun nak exam gak ke? hehe). satu lg masalah awat kalu gambo ngan afiq aku ske wat tgn cenggitu haa?



daydeck86 yg sedang menukar tayar. tak smpat nak amik gambo sekali daa. aku cuba gak tukar tp time nak pasang. berat gak rupanye tayar keta ni. ehh...ke keta kebal haaa?


yang lawak tu cikjib siap bg statement "depa ni set2 ko gak yea, dok amik gambar sesaja, tak kira masa". hellowwwww....inilah dia yg dinamakan blogger! bg boo sket kt cikjib. booooo!!!! hahaha.


kami gerak awal, dlm kol 12 camtu. kupon yg 5 keping tu aku dok pas kt kak ina kl. bukan takmo tunggu tp ada urusan lain yg nak kena settlekan hari sabtu tu gak. maklum lerr nak exam nih..

so urusan apa tu next entry laa yea..

Tuesday, April 20, 2010

bizi...bizi

tuan empunya blog adalah sedang di dalam perjuangan menghadapi peperiksaan akhir beliau yang berlangsung selama seminggu mulai arini (selasa).



walaupun bnyk cite pending mcm gatsby street party tu, ianya terpaksa di hold wat sementara waktu. so blog ini akan sepi/diupdate mengikut mood yang ada.

sekian, time kaseh...


Sunday, April 18, 2010

hepi besday cikjib!!

dulu aku buh nama dia dlm blog ni sbg rizna. kunun gemer laa tu kan. tp nak tukar laa plak. panggil dia cikjib.

arini adalah besday cikjib yg ke sekian sekian (wacehhh..rasia laa plek!).


gambo cikjib ni dicilok dari facebook tanpa kebenaran nih hikhik.

apa pun HEPI BESDAY UOLSSS!!!!

owhh...esoknye plak adalah besday ex-bos aku yg @(*$&@%. benci kan...walaupun tak ske tp aku still ingat besday dia. hishhhh....


Friday, April 16, 2010

4 more days....

yup...4 more days to my final exam.

nak study... nak study... nak study...


tp..sebelum tu wajib attend gatsby street party dulu hari sabtu nih, dan jumpa my mom ahad nih.

owhh...nak study...nak study...


Thursday, April 15, 2010

makan tosei paling best...

semlm sorang lagi kengkawan dari pasir gudang mari ke sini. kali ni mek yg agak kerap gak komen kt blog aku ni yg dikenali dgn nama ummifirzanah atau lebih gemer lagi dgn nama suzie hahaha.

aku dgn rizna plan nak bwk laa si suzie ni jln2 ke curve ke, ikea ke, tak pun gi i-city ke sb aku pun tak sampai lg ke sana. tup2 drebar si suzie ni bwk keta mcm siput sedut, so instead of sampai kol 6, 7 petang, diorg smpai dlm kol 9+ camtu.


awal2 suzie tny aku nak benti mana. aku pun bg laa pilihan sama ada dreba suzie ni hantar dia trus ke umah aku atau aku amik kt hotel tpt dreba tu menginap, tup2 dia bg msg 'bos suh amik kt kedai mamak nasi lemak dkt 7E, dia kata ko tau'.

yea...mmg aku sgt suka laa kan kalo ckp camtu. kedai mamak dkt dgn 7E. dia tatau ke kt subang jaya ni ada berapa 7E yg ada kedai mamak? hampir semua ok! diulangi semula...SEMUA!!!


aku yg mmg malas nak jumpa dia trus amik suzie pi balik umah. tp sblm tu, singgah laa kejap di makbul usj utk pekena tosei. rizna kata dia kesian tgk dreba suzie mkn sorang, tp aku rasa dpd aku jumpa dah mengutuk2 dia belakang2 might as well takyah jumpa lansung haha.

(mampuih tu kalo dia baca blog aku haha).

so kt makbul semua kami dok order tosei telur bawang. sampai sana dlm kol 9+ tp dok gosip, ngumpat dan sebagainya (hahaha) so dlm 11+ baru laa kami gerak balik.


pada aku tosei kt makbul ni adalah antara yg sedap yg aku penah jumpa. kalo nak try mai laa sini.


makbul ni dkt2 dgn masjid usj 9, dlm area taipan.

org dok subang harus laa tau kan.



remaja kah?

aku pernah bgtau kepantangan muka aku bila ada org sebut "muka ko elok laa, takde jerawat lansung". cuba laa sebut camtu, esok atau sehari je pastu harus tumbuh tak satu berkoloni2 jerawat muncul.

sila laa lihat di gambar di bawah itu. apa yg terlalu ketara? yeaaa..spotlight yg memancar di belah dagu tu yea. ni gara2 ada org menegur laa ni. mmg dah lama tak berjerawat tetiba muncul lah iya setelah diseru2.



yg best tu lama giler tak surut2. dari before aku period sampai dah abis dan dah nak masuk bulan seterusnya nih. menci tol lerr.

tp org kata jerawat adalah lambang keremajaan. so aku percaya kata2 itu. tijah...ko dah tau kan nok betapa remajanye aku?

hikhikhik...



Wednesday, April 14, 2010

pokok betik dah takde!!!!!!

ingat tak aku dok komplen pasal astro dan siaran kt umah aku yg dok ilang2. elok je aku post entry to semua cenel trus ilang uols. mula tu mls laa nak call astro bgtau, tp takle jadik byr mahal2 tgk blank tv watpe.

last saturday baru installer tu dtg. bila dia check, katanye signal terlindung sb ada pokok betik dpn belakang umah aku tu yg semakin besar. cuma yg ni bagus sket, dia kata ada warranty. dia suh aku ckp baik2 dgn jiran bwh tu utk tebang pokok dan kalo dah tebang dan siaran still tak dpt bleh call diorg.

gambar hiasan dr gugel. pokok umah aku tu daun dia kurang lg

adoiii...takkan laa baru2 pindah dah memandai suh org tebang pokok. aku tak kabo kt depa pun takut laa kot2 depa nak guna pokok utk something berbentuk keagamaan ke kan. isu sensitif tuh.

so hari2 selepas tu aku cuma tgk pokok betik tu smpai laa smlm petang. bila aku tgk pokok tu daun2 dia yg bwh tu dah kekuningan. aku pun ala2 happy laa sambil berharap within 3 months mampuih terus laa hendaknye dia hehe.

tup2 pg td bila aku nak jemur kain tgk2 pokok adalah dissapear!!! aku siap jenguk lg kt bwh. SAH!!! mmg dah ilang. bila diorg tebang pun tatau.

trus berdesup pi bilik dan bukak decorder astro. semua cenel dah dpt.

yahuuuuu!!!!

Tuesday, April 13, 2010

sila laa guna formal words utk bercakap dgn bos korang

haha tu adalah moral of the story yea. blum2 dah cite moral of the story.

kisah berlaku masa aku nak amik half day utk jumpa geng2 dari pasir gudang aritu. kan aku dah tukar dept dan at the same time tukar bos laa. selalu tu mmg bgtau kt ofis atau pesan ke secretary dia kalo aku nak kuar and all.


tp time tu dia plak o/s. lama plak tu. so aku pun text laa dia utk mintak permission.

boss, saya nak apply half day arini. ada kwn dtg ke kl nak minta tunjuk jln.

poyo ayat kan? haha dulikkk!!!

so bos aku ni plak tak simpan no aku. maklum laa org baru. aku pun satu lupa nak mention nama. tetiba dia call :

ni sapa ni?
saya laa bos...harlina.
owhh ko nak cuti laa. arini tu sapa?
huh?
td ko sebut arini. sapa tu?

laa bos arini saya nak cuti. hari ini.

oooo hari ni. ptg laa yea. ko pun lenkali bg laa ayat betul2. aku ingat arini tu sapa laa. dah mcm nama org. aku ni org tua, bukan reti pun ayat shortform2 ni.

haa yelah bos. bleh cuti bos?

ok..

(bos aku mmg samseng. bahasa diri ko, aku je. tp takkan aku pun nak ikut kan haha).

senak perut nak gelak sebenarnye tp tunggu hang up dulu baru bantai gelak.

hahaha...

Monday, April 12, 2010

No Strings Attached

baby you're not the only one
you don't have to be afraid to fall in love
and i know that you've hurt in the past
but id you want it, here's my heart
no strings attached

yesss...itu adalah antara lirik lagu no strings attached daripada kumpulan NSYNC yg pernah dianggotai oleh JT dolu2. korang kenal tak nih? tak kenal lantak kome laa yea haha. pada aku album ni adalah the best ever yg nsync penah ada.


ehhh..tp bukan tu yg aku nak cite. cuba korang tgk gambo bwh nih :


keadaan meja dan pc table yg penuh dgn wayar berselirat. tak penin ke camtu? harus laa kan. dgn wayar nak ke plug point, wayar printer, network dan sebagainya.

dan benda ni pun sebenarnya bahaya ok. aku penah tersangkut wayar time kt ofis dolu2 sampai nak tergolek. bayangkan laa baju lawa2 dgn mekap bagai (dulu tak pakai uniform yea), sekali dok catwalk tersangkut plak wayar. ilang vogue nok!!!


so solution yg paling chantek sekali adalah dgn menggunakan broadband tanpa wayar atau org kampung aku panggil wireless broadband. kt opis senang, kt umah lagi laa best. sambil online bleh baring guling2 bagai. tak caya cer tgk ahkak bwh ni, syok je chatting ngan gewe sb tadak wayar2.


dan mana lagi korang leh dapat kan. cari lah p1 wimax wiggy nih.



sekarang tgk promo tau uols. senang guna benda ni dan bak kata depa :

introducing the new W1GGY plans that give you affordable speed and higher usage quota, with no contracts and no restrictions. now you can have more internet fun anywhere, with no strings attached.

khannn??? gi laa kt website depa utk keterangan lanjut.

yelah kalo nak ikutkan, provider broadband yg lain ittew. semua ada kontrak2 uols. rimas tawww!

akhir sekali : Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

jadi tourist guide

ari jumaat yg lepas geng2 HR dari Pasir Gudang dok mai ke port klang sb ada kursus. dah alang2 dkt dgn subang ni aku pun pegi laa jumpa depa semua tu kt sana.

so plannye depa nak jln2 kt kl. aku amik half day utk bwk tuh. dok apply half day dgn bos tp ada adegan lawak laa plak. yg tu nnt aku cite.

diorg sampai awal kol 2 tp disebabkan aku ada appointment dgn astro installer yg cekik darah tu terpaksa ditunda ke kol 3+. dah laa tk jadik dtg, tak ke ko hangin rasanye. kalo elok tu takpe laa gak, ni tidak. ehhh...dah mai cite astro laa plak.


so 1st tempat kitorg pegi adalah petaling street. seblm jln2 tu singgah dulu kt mcd utk sapedek. depa mkn kol 10 pg tuh dan tak mkn2 smpai ptg. kol 5+ baru mkn isi perut. dah laa 2 org makyong.

nilah makyong2 tu

pas dah abis memborong, dlm kol 8 lebih kitorg pegi ke sungei wang plak. owhh ingat entry aku dgn gambo nuar jeng tu? haa kt lot 10 laa tu. tp kira terel giler laa makyong 2 org tu berjln sb dari kol 5, kol 9+ kaki baru rasa krem. tu dok lepak sat kt tepi bb walk. ehh...awat tpt tu dah tak sehappening dulu yea? sejak planet hollywood tu takdak kot aku rasa.

anum (tgh) tgh krem kaki

then masa kt sungai wang tu ada cite lawak seram sket (matik laaa. sbnya masa kt petaling street tu cuma aku dgn eika je yg mcm beriya2 belek2 dan telek2 barang. tapi....tetiba kt sg wang ada plak org tu dok cari kasut bata. BATA uols. aiyoo kt jb takde kedai bata kah? heheh ampownnnn... nama tak disebut yea...hanya kita2 je yg tau hahaha.


dah puas kt sungei wang kitorg berjln ke pavi plak. saja je jln2 tgk kt situ je yg agak happening. tp bila masuk harus pening tgk harga kan? dan kt pavi tu dah mcm rasa bukan kt msia sb ramai btol warga asing.


dkt kol 11 baru kitorg bertolak balik. ehhh..tak balik lagi laa, kitorg singgah di william. aritu pegi ke sana aku tak drive, so being me mmg akan ingat2 lupa laa jlnnye. aku kompiden jln tu pernah lalu, tp rupanye yg tu lalu masa kami sesat daaa. so terpaksa meminta bantuan pernafasan dari mulut ke mulut (telefon daa) daripada cikdib yg terel bab2 jln ni. (eh ke aku yg lembs hikhik).


bila smpai sana depa ala2 terkujat sb depa dok ingat william tu mcm restoren besar dan mewah tp rupanye kedai tepi jln je katanya. walaupun camtu depa setuju yg food yg di serve adalah tahap 5 bintang!


kt sana kitorg sapedek nasi goreng ketam, ayam apa tah dan mash potato. aku yg rasa mcm tamak2 tu nak order lagi tp sib baik depa tahan. tu pun tak abis kitorang makan tuh.

eika menunjukkan aksi mkn yg betul katanye hehe

makyong2 yg rasa nak terkucil masa sampai kt sana terus tak rasa bila dok mkn tuh hahha.


dlm kol 1 lebih kot baru hantar depa ke hotel di port klang. aku pun puas ati sb balik dpt bwk LV dan dior. tapi cop petaling street laaa, bukan dari pavilion hahah.


p/s : mahap laa kt dak2 dept lain yg dtg sekali aritu tp aku tak ajak. aku bwk keta je laa. lenkali dtg aku bwk jln yea!