Wednesday, June 30, 2010

tinggal tunggu nak meletup je nih

aku ni malas nak marah2 tp bila dah marah org mmg tak suka.

sekarang ni mode aku adalah :



sapa yg berani sgt tu hah!!!

Tuesday, June 29, 2010

dia dah mari dah....

apa yg dah mari?

KEMALASAN la uols!!


adehhhhh...




Friday, June 25, 2010

wah kau...dah balik dari afrika baru nak jenguk aku yea..


aku dpt ni dari feedjit live traffic tadi.



betul kan? dia dah balik dari afrika, dah tak dpt masuk next round dan naik flight kelas ekonomi baru laa nak jenguk ke sini.

ai kecik ati tawww!!!!

hikhikk.....


kpd yg empunya diri tu, jgn mare yea, aku memain je.


Thursday, June 24, 2010

kata takmo dah tapi tetap keluar entry makan jua

ahad lepas, cikdib dan cikroz amik aku kt umah, awalnye utk tgk wayang. depa nak tgk budak setan tp aku kata dah tgk dan separuh cite tido.

so...lepas dah diskas dan keta pun dah nak masuk jln ke highway, tetiba terus membelok masuk semula ke subang. sb kitorg nak ke empire shopping gallery, latest shopping complex dan residence area yg katanya menggunakan SOHO concept di subang jaya.

cuma jalan2 tgk2 a few kedai then kitorang pi makan kt teh tarik place nih. kata cikdib tpt ni dah ada few branches dan salah satu tpt dating discussion dia. mmg konsep dia camtu. meh tgk gambo.


ada simen yg mcm tak siap ni di tepi2 dan di pintu.


kerusi meja kayu serta dinding yg agak pelik laa jugak.


tapi tetap order makan, tak boleh blah!

nasi goreng kampung utk cikroz atau mamilong panggilan gemernya.

aku dgn cikdib makan roti canai jer.


JERR????

helooo...kalori lebih tinggi dari nasik. ok...tetiba jadik calorie freak ni napa. macam selama ni kesah pun kan.

owhhh satu lagi menu adalah pelik yea. siap ada masa2 yg boleh diorder dan tak boleh. tp yg meluat tu awat tak buat asing2 je. agak menyusahkan juga disini.


dan akhir sekali pose ala2 memandang ke atas sambel tahan perut dari model kita hari ni.


ahakkk....cabotttttt!!!!!!!!!!!



Wednesday, June 23, 2010

berkenalan dengan ulam-ulaman

mari berkenalan dengan sayur dan ulam-ulaman bleh?

first is daun tenggek burung.


penah jumpa tak ulam ni? tak penah? kalu nak tgk kt pasar2 ada jual rasanya. daun ni dulu kt kebun arwah nenek aku bnyk gila. evertytime abah aku pegi jenguk2 sana dia akan amik bwk balik. tp sekarang ni dah jarang pegi so tak dpt laa nak merasa ulam ni. entah2 dah takde dah kot.

then pucuk ubi.


ni semua kenal laa kan. sapa yg tak kenal tu tak tau laa aku. mungkin mereka berasal dari paris atau pun baru balik dari uganda selatan. dulu dpt umah aku kt kampung bnyk pucuk ubi nih. tp bila dah pembangunan ambil alih, gomen bagi longkang simen instead of longkang asli, dan juga jalan dibesarkan, dah takde apa yg tinggal.

ahaaa....ulam pegaga.


dulu pun bnyk gak kt tepi2 rumah kt kg. siap dia menjalar sampai ke bawah rumah lagi. dulu kecik2 aku apa heran dgn ulam2 camtu kan. bila tgk mak makan pun kata mak makan rumput cam kambing. wehhh...dulu wehh. budak2 apa tau kan. sekarang ni takde laa sb aku pun makan jugak. siap carik kt pasar lagik. yg dkt umah aku pun dah takde sb tepi2 umah dah diganti dgn simen. pegaga jenis apa leh idup atas simen? takde ye adik2.

daun cekur.


org jawa dan org johor panggil dia kencur. org lain tak tau laa panggil apa. ehh...panggil apa lagi, panggil cekur laa kan. haaa...yg ni kt umah aku sekarang masih ada gak sket2 dalam pasu. buah cekur gak bleh diguna sbg penambah perisa di dalam masakan.


aritu balik kg mak aku dok kumpul semua ulam2an ni sebab ada kenduri. ingatkan nak buat apa laa banyak2 ni kan rupanya untuk dibuat urap. wowwww.......sedapp!!! korang tau apa itu urap?

orang johor mesti tau kan. nama panggilan lain nye adalah kerabu laa uols. atau org kampung panggil salad. tak tau gak? tgk gambar kt bawah.


ni adalah dari gugel yea. aku lupa nak amik gambar yg depa buat aritu. nak suh aku buat urap? alaa...aku tak salin resipi lagi laa dari mak aku.

lenkali jelah yea.

menipu itu best ke?

setengah org menipu utk kepuasan diri sendiri.
setengah org menipu utk merasa yg diri mereka best
setengah org menipu utk cover line

betul ke statement tu?

mungkin juga. dan banyak lagi rasanya kenapa org menipu. kenapa yea nak kena menipu? maybe juga diorg bukan nak tipu sebenarnya, tp takmo org lain tau what is actually happen.

tetiba plak nak cite pasal tipu menipu ni kan. hikhik...


btol org kata semua org pun menipu. tp ntah lerr. aku tgk ramai org suka buat cerita atau dgn kata lainnya menipu aku lately. suka cakap benda yg tak betul, suka beri alasan, arini cakap lain, tup2 sok dia lupa dia dah cite then bg cite lain plak dan sebagainya.

aku ni plak jenis org yg "belakon kuat". mcm iye2 percaya apa yg mereka kata padahal dalam hati Allah je yg tau betapa sakitnye hati. mungkin depa rasa aku ni bodoh. senang nak percaya segala alasan yg diberikan.

tapi no way jose!!!!


sekilas ikan dilaut aku dah tau jantan betinanya. aku bleh rasa kalu org tu menipu. bukan setahun dua kenal diorg nih. takkan laa diorg tak paham2 lagi kan. so sapa yg bodoh?

lantak laa heh.


moral of the stori.....

semalam aku dah siap2 dengan :

dan :


kt keta juga dah tersedia :


ptg tu bila aku tgk keluar tingkap nampak :


alamak...kensel lagi aku nak ber-brisk walk kt tasik.

so bila keluar ofis,

tetiba tgk langit :


duhhh....lupa cermin ofis aku ni tinted.

moral of the story : mendung tak bererti hujan. lagi2 kalau campur tinted.

sekian.

Tuesday, June 22, 2010

My Water Moments

dlm blog nuffnang ada menyebut antaranya berbunyi :

We know most of you are shutterbugs at heart, as bloggers tend to be. If you’ve been meaning to upgrade your 5-year-old dinosaur of a camera lately, here’s your chance to win yourself a brand new, state-of-the-art one instead.

iskkk mana tau nih?

hahaha...introducing my not-5-years-old-but-almost-7-years-old-dinosaur!


4 megapixel nok. tok kadok gila kan. hp aku pun kamera dia 5.0 mp daa. tp dia nilah yg dok berjasa kepada aku selama ni.

tgk screen pun yg 1.2 inch je. sekarang nak carik pun mana ada dah

being me yg suka sgt berjalan2 dan bnyk duit kata setgh org (yolah sgt), kamera adalah satu agen yg penting bagi merakamkan detik2 kegembiraan yg dikecapi semasa menyertai sesuatu rombongan percutian dan menyimpan seribu memori utk dikenang.

ok...sgt geli!

my water moments yea. few years back aku attend majlis rumah terbuka oleh makcik cikdib di kem herba sungai congkak. selepas majlis acara apa lagi kalu tak berendam uols. air congkak yg deras dan sejuk adalah sgt heaven. antara ramai2 yg mandi tu aku sorang je budak tua yg join adik dan kazen2 cikdib mandi. mereka yg lain tak ikut serta.


detik2 ni pun aku rakam guna my-7-years-old dinosour tuh laa. kalo laa aku ada kamera yg canggih dan cantik mesti air2 yg mengalir tu nampak lagi cantik dan menarik kan?



aku juga pernah ke waterfall kota tinggi johor. korang tau laa air terjun kan sgt cantik kalu kita dpt rakamkan menggunakan kamera yg bagus2 kan.


satu masalahnye guna kamera biasa kt waterfall ni ialah percikan air kt situ menyebabkan kamera kita cepat basah. dan ko tau jelah kamera yg tak kalis air camtu dan mmg tunggu masa je nak let go, tambah lagi kalau kena air. sedih nok!!


so kitorg nak amik gambar pun terpaksa limitkan dan sgt cover2 sb takut basah. kang rosak satu hal lak. mana aci blogger takde kamera kan.

ehhh...satu lagi ni masa trip ke pulau perhentian. lama gila dah wooo. tp perhentian kan adalah sgt best. cuma salah satu daripada biggest fear yg aku ada ialah water. aku takot kalu ada water yg besar2 mcm masuk tgh laut tu semua.

mereka adalah org2 popular dan separa popular so kena tapis. toksah fokus kt org. fokus kt air laut sudah...

so keje aku adalah pegang kamera btol2 sb takut kena air. masa mereka2 semua buat snorkling, aku cuma turun kejap sambil memegang boat kitorg naik tu dan melihat keindahan ciptaan Allah yg ada di bawah laut.


memang cantik sgt2. walaupun cuma kejap tp aku dpt laa juga tgk coral2 dan ikan2 serta jaws binatang yg ada. kalau laa ada kamera yg bleh merakamkan keindahan tersebut alangkah syoknye.


akan tetapi.....

sony telah memperkenalkan a new cyber-shot TX5, sebuah kamera yg telah dianugerahkan dengan gelaran ‘World’s Slimmest Water-proof Camera’, atau dalam bahasa melayunya kamera kalis air yg ternipis didunia. dasat tuh. nipis tp waterproof. ai loikeee!!!


dan selain dari water-proof, kamera ini juga adalah :

- shock-proof
- temperature-proof
- dust-proof
keupayaan kamera sony cyber-shot TX5 ni juga seperti di bawah ni yg aku kopipes dari website sony.

Effortless panoramic photos

Enjoy beautiful panoramic shots by sweeping your camera horizontally to create stunning landscape shots, or vertically to capture tall objects. Intelligent Sweep Panorama also recognises faces or subject movement automatically and cleverly stitches the photos together to create a natural-looking panoramic shot.

Clear and sharp images in low-light environmen
t

Anti-motion Blur mode uses six superimposed frames to create one single optimised image with 50% less noise. This means you are able to shoot with high ISO settings in low-light environments, reducing noise and subject blur, giving you clear and sharp images.

Takes 10 photos in 1 second

Capture fast actions or a moving subject in a sequence of 10 continuous frames per second. This sequence of continuous shots are also grouped to simplify playback as the camera analyses each group in order to locate and display the best shot automatically.


wuiiii....mesti best kalu kamera ni bleh rakam semula segala water moments spt yg aku dok cite kt atas tu kan. nak maklumat lanjut sila terjah ke sana yea.


cantik kan kamera ni? dpt apa2 kaler pun mesti aku suka punye. ehh..ehh...ada tak peluang aku nak dpt kamera baru nih?

kalu laa dpt.......

perhentian!!! wait for me ;)

malas yea!

last week time balik dari keje aku tgk kt letter box umah aku. tup2 ada bnyk bil2 elektrik kt dlm tu. bila aku tgk semua nama lain2.



rupanye org yg hantar bil tu buh semua bil letrik blok kami dlm letter box umah aku je. yelah...kan aku dok kt flat yg letter box dia sgt laa old skul ciri2nya. so org leh letak semua surat ke atau apa je yg depa nak letak dgn mudahnya.

so in this situation, instead of agih2 kan ke setiap umah, dia amik jalan mudah. wah...wahhh... ingat aku keje dgn TNB ke? dasar pemalas!

tp aku pun ada hal lain so tak sempat laa nak agih2kan dan lagipun bnyk. so aku letak di tempat org mudah nampak utk masing2 amik umah masing2 nye bil.

sapa staff TNB yg keje belah ss13 nih? nak kena show cause letter laa ni.

wahai TNB....ada jawatan kosong kt HR tak? aku nak apply ni!


Monday, June 21, 2010

nonton sex and the city 2

serius laa...dlm bulan ni aku dah melampau2 tgk wayang. ada laa dkt 10 kali kot yg dah dan akan di tgk. yg tu termasuk laa tiket2 free daru nuffnang.

sabtu lepas aku tgk sex & the city 2 plak. kononnye nak tgk show awal sb tak ramai org. pegi laa ke sunway pyramid tu sb mls nak gi jauh2 n ptg tu pun ada program makan2.


tup2 sampai sana beratur panjang tak hengat. tp gigih laa jugak kan sb nak tgk carrie, samantha, charlotte dan miranda yg happening tuh. dan lucky sgt2 sb tiket masih bnyk. tak ramai yg tgk cite ni kot sb ramai yg dtg tu nak tgk toy story 3.


cite kali ni pada aku better kot dari yg part 1 even dgn sedikit isu yg melanda berkenaan cerita tu. yg pasal tu aku takmo komen lelebih tp mmg ada laa benda yg tak btolnye pasal sesuatu perkara tu. cite mat saleh kan. mana de yg diorg tak menang.


tp overall mmg lawak laa depa berempat ni. kecoh sesangat!

dah tgk? gi laa serbu panggung.



makan-makan dan jalan-jalan

ni entry pasal makan dan jalan. takde keje lain laa kau kecuali makan je. aku pun tatau apsal time makan je aku ske amik gambo. ke mmg dah hobi ko makan je weh? hahaha sila speku yea.

first masa aku pegi putrajaya. bnyk urusan kt sana so kena pi pagi2 & breakfast kt sana. ni brunch aku. sedap tak?


kari ayam + sayur kacang dan telo masin. perghhhh...sungguh best kombination dia kan.

then kt teppanyaki sg wang. time ni kuar dgn wani. ni mmg tempat peberet dia laa kalu kt sg wang nih.


dia suka chicken teppanyaki tp aku suka beef. makan plak dgn fuji snow ini. sgt sesuai utk mereka2 yg tinggi kolestrol ni yea. bleh menaikkan kadar ketinggian di dalam darah anda. apa aku merepek ni labu....


owhhh...i lep teppanyaki!

then ke restoran thurkah kt melawati. info diperoleh dari blog peejburhan. aku, dibah & cikroz ke sana utk mengadap nasi daun pisang.


disamping vegetarian, musti kena tambah ayam. baru masyuk!!!


ehh...ehh...apsal makan ada sesi karok lak nih?


ni adalah acara sampingan aritu. kejap je sb nak tgk wayang petang tuh. karok kt wangsa walk dan tpt tu adalah cantik.


sesi melalak plak.

ewahhh malu2 plek cikdibah yea...

kendian makan lagi. kali ni kt keramat area2 AU dkt kilang2 tuh. apekenama restoren tu aku lupa daaa.


starter mushroom soup. tak agak2 ada starter kan.


then main couse adalah ikan. sb kami semua feel2 jaga makan. padahal makan tak hengat jua adanya.

tapi opssss stop!!!!!


sudah2 laa dgn makan, makan dan makan je.

sapa nak join aku brisk walk kt tasik subang (sebelah holiday villa)?

jom jom!!