Tuesday, August 31, 2010

Selamat Hari Kemerdekaan!

hari ini 31 ogos, jadi marilah kita sama2 kibarkan jalur gemilang walaupun hanya di blog masing2..

jalur gemilang ikhsan google


SELAMAT HARI MERDEKA
kepada semua rakyat malaysia!!!

pd yg muslim tu jgn buat alasan nak tuang puasa pulak yea..

Monday, August 30, 2010

haluuuu

kalu masuk sini asik laa entry batuk..batuk..batuk smpai aku sendiri pun naik muak.

so itu pasal arini aku wat entry baru nih hikhik.

batuk dah baik dah, smpai dah nak mari satu lagi team batuk dah pun (sb ubat semput dah abis). cuma tahap kemalasan aku je yg tak baik2 dari aritu lagi. mujur laa busan dgn entry sendiri kan. kalu tak mmg tak berhapdet laa blog aku nih.

nasib..nasib.


Monday, August 16, 2010

batuk...batuk...batuk...

aku kena batuk2 sejak dari bulan jun aritu. since then dia mcm tak berapa elok sgt, kalu mlm2 mesti aku terkongkong2 batuk mcm org tua, tp siangnya aku ok je. bln ni rasa mcm dah elok je, tp bila dtg bulan puasa aritu dia mai makin teruk lagi.


semua org keliling dok kata kt aku :

ko nih..cuba laa renti minum ais..

aku blum sentuh ais lg pun sejak bulan posa nih taw. sedih sgt di speku camtu. dan sekarang ni aku terbatuk2 smpai mustle kt perut dah cramp dah nih. nak batuk kena tekan perut. resdung aku pun menyumbang rasanya pada batuk kali ini. dan juga... i should say "welcome back" to dearest asthma.

hadoiii.

ada petua tak uols?



Sunday, August 15, 2010

ka-ro-ke

ini pun kisah before puasa yea uols. plan asalnye nak ber slumber party ke rumah baru cikdib di langat tp terpaksa di kensel sb aku kena babysit anak2 buah aku tuh (entry semlm).

tp plan utk meng karok still on pada ahadnya. so here we go...


bertempat di wangsa walk, dan superstar karaoke namanya. so sesapa yg sora tak sedap tu jgn coba2 nak karok kt sini. kena tanya diri tu dulu. superstar kah kau? gituuu.


ehh...takkan laa yg ni superstar kot? tidak uols. ini adalah DIVA. sila lihat pada muncungnya yg ala2 kak nita itu. lagi mau menafikan.


mereka2 inilah yg namanye menuju ke arah tahap superstar yea uols. yg nak turun tu tak jadik superstar laa tu.

so ptg tu ahli2 majlis terdiri daripada julie, mamilong (masam tu napanye?) dan childfish yg malew2 tersorok di tepian.



juga diketuai oleh cik kiah mami dib. sila fokus pada bahagian bwh badan beliau. mana pegi perut? owhhhh...dah kempis dan korus uols. sentap nehhh!!!


mcm beriya2 nyanyi lagu apakah tuh? kalu korang nak tau lagu KRU okehhh. very the nostalgic. AWAS plak tuh. siap nari2 step kru lagik. sila laa percaya!


dikna pun ada juger.


dan makcik neh. ehhh...berhijab? yes...uolss. sempena nak posa ni marilah kita cuba berjinak2 utk berubah. putih melampau2 tu puler adalah nur yg memancar2 dari wajahku yea ihikkk.


si aizat. ehhh...bukan2! afiq. nak nyanyi pun kena paksa okeh. siap kena pilihkan lagu lagik. sekali bg lagu lady gaga terus takmo. rupanye dia nak lagu peterporn - 21, opsss salah. peterpan - ada apa denganmu. ooo ckp laa siang2.


dan beliau juger ada menyumbangkan lagu2 dari nuar jeng, letto, aizat, aizat, aizat, aizat, aizat, aizat, aizat, aizat, aizat dan lain lain lagi.


julie yg rajin pilihkan lagu utk beliau. gambar ini buleh dibwk ke zubir utk digusip ni kan. ehh... ehh... tp zubir watpe. NADIAH!!!! sila tgk abang afiq ko nih haa.

ahak ahakkkkk.

larikkkkkk!!!!!!!!!!!!



p/s : sib baik video tak di publish. sila laa berjaga2...

Saturday, August 14, 2010

anak buah aku masuk spital

ni cite wiken lepas tau uols, masa blum posa lagik. takde menu berbuka hari ke 3 sb aku balik kampung. kt kg tenet adalah selow. so auto publish jelah.

hari jemahat lepas tiba2 anak buah aku, alia call. katanye dia tak skolah sb adik baby masuk spital yg dkt dgn opis aku.


ptg tu pas keje aku singgah laa ke sdmc tu nak tgk danish. danish jangkit batuk dari kakak dia dan sb dia baby lg so kena laa sedut kahak dan diberi nebulizer. ni pun sb klinik yg suruh refer ke sana.



so bila sampai kt spital tgk diorg semua dah berkampung kt situ. sib laa dpt personal room kan, bleh laa bwk toto ke apa yg patut. nenek depa kt kg pun siap turun sekali nak jaga cucu lelaki dia sorang nih.

tp bila dah reramai nih, kakak dia plak dok mengaco. kejap dok dokong adik laa...


kejap nak kaco adik tido laa..


so adik mmg takle rehat dan tido pas kena masuk gas.

danish muka stress -__-

sib baik diorg ajak aku kuar. so bwk laa diorg tu pegi jln ke area dkt2 subang. mlm tu kakak alia tido umah aku sb nak ajak tgk wayang. siang tu plak bwk dua2 kakak pegi tgk wayang sekali lagi.


sibuk nak tgk 3D. aritu ada shrek dgn toy story 3 diorg tgh exam plak. sib baik ada cite katun despicable me yg dah lama tu. gasak laa kan, janji 3D haha..


danish kena tahan sehari lagi sb doctor kata ada viral infection kt paru2. tp alhamdulillah ahad pagi tu dah leh discharge. tp wat sementara ni takle bwk dia kuar ke tpt org2 ramai. kira danish takle laa shopping raya.

siann danish...

Friday, August 13, 2010

second day of puasa...

semlm tghari tup2 aku ada benda urgent kena pegi ke putrajaya. adoiii...dah laa jauh dan panas2 lg, tp dek kerana tugas aku pegi laa jugak. so dlm kol 1 lebih tu aku gerak laa ke sana.


setelkan apa yg patut, kuar2 dari gomen ofis tu tup2 nampak laa khemah2 yg berasap2. mmg before puasa ada nampak depa dirikan khemah, tp aku ingat nak jual mcm baju2 atau persediaan raya kan. so bila dah nampak asap dah dpt agak laa apa yg diorg jual. satu lagi sb kt kawasan umah aku takdak bazar ramadhan uols. sedeh kan.


so inilah dia bazar ramadhan di presint 2 putrajaya. beso gila laa. penat gak aku nak memusing dlm panas2 tu. dan secara otometik juga mata menjadi terlalu rambang dan tak tau nak makan apa.

1st sekali aku nampak air katira. sapa org johor mesti tau air ni kan. tp fizikal dia yg nampak kurang menarik menjadikan aku tak jadi nak membeli ayo tuh. last2 aku beli strawberry juice yg smpai sekarang masih ada dlm fridge sb tetiba batuk aku makin menjadi2. iskkk baru nak sebat air sejuk dah jadik cenggini.


then amik bubur lambuk kg baru, kalu ikut pada yg ditulis tu laa. aku tak tau laa sama ke idak dgn masjid kg baru tu, tp bubur ni mmg cukup laa perasa dan perisa di dalamnya. kira yg jual tu tak kedekut la dgn bahan2 dlm bubur tu. harga dia cuma rm2 seplastik.


kendian aku pilih plak murtabak daging. kedai dia tak ramai sgt org dan aku selalu assume kedai tak ramai ni tak sedap. tp salah perkiraanku uols. murtabak ni pun adalah sedap. mesti pakcik tu mmg dah pro dlm buat benda ni kan. murtabak ni harga dia pun rm2 jugak.

overall harga makanan dan kuih2 kt putrajaya ni aku tgk masih ok lagi. takde laa harga naik melampau2 sangat. so pasni kalu ada urusan kt putrajaya aku pegi petang laa. bleh singgah kt sini dan tak perlu nak masak2 kt umah.

hikhikk....


p/s : pg td tgk berita dato ismail sabri yaakob pun ada melawat tapak bazar yg sama. iskk tok, awat tak ckp awal2, kalu tak bleh jumpa...

Thursday, August 12, 2010

1st ramadhan - setelah 171 hari.....

salam uols. puasa tak arini? mesti puasa taww kecuali mereka2 yg diberikan pas istimewa je bleh tuang puasa.

semlm 1st day puasa aku masak okeh. masak tunjuk2 je laa haha. ehhh...tp nasi masak sendiri okeh. lauk2 yg aku beli adalah :


kentang berlado nih. walaupun simple tp reganya adalah mahal. owhh semua brg dah mahal kan sekarang nih. pitam laa kalu camni selalu. kang masak sendiri kang baru tau.

satu lagi :


siput sedut uolssss!!!! wuhuuuuu!!! idaman ku. yea... setelah 171 hari pindah dari jb ke kl nih, baru semlm aku jumpa siput sedut. kesian kan.

siput ni masak lemak dgn nenas. rasa dia kureng sket sb nenas tu dah potong rasa original siput tuh. aku rasa dia mcm overcook sgt laa. masak siput ni better dia sorang2 atau dgn keladi kan. tp apa pun tetap best sb dah lepas gian aku menyedut2 hahaha.


dan satu lg menu semlm adalah cuq udang cinonet2 dan agak2 kehangusan nih. haaa...yg ni buat sendiri yea. alaa hangus pun takpe, makan sendirik. jgn mak mentua baca blog ni sudah laa kan.

(ada ke mak mentua???)

dah...itu saja...


Wednesday, August 11, 2010

selamat berpuasa semua...

sempena ramadhan al mubarak ni, aku nak mintak mahap laa kt korang semua sapa2 yg baca blog aku ni kot ada salah silap terkasar bahasa yg memang selalunya kasar ni kan. motip baru nak publish sekarang. tp bak kata org kampung aku, better late than never kan.



so berbuka puasa kt mana arini? masak? elok laa. tp ingat!!! jangan membazir.

aku posa kali ni takle laa nak balik kampung sb selangor tak cuti 1st ramadhan sob sob. tp takpe...jemahat ni wajib balik kampung :)

Friday, August 6, 2010

kegilaan terhadap farmville

korang tau farmville kan? alaa games yg tanam2 pokok, buah2an, bela binatang dkt fb tuh.


games ni kiranya yg terawal gak laa muncul masa fb ni muncul. aku pun sama laa harus try test tgk sama ada suka atau tak. sb games2 yg tanam2 pokok ni mmg selalu aku suka jer. tup2 bila dah smpai satu tahap tu kemalasan aku menjadi maksima. stop laa kejap mainnye.


then ada plak geng yg dok main. aku pun sambung lagi. seronok main menda ni sebenarnye kalu ada item2 baru di market dan ada geng yg follow. sb kalu ko dok tanam, harvest, plow etc busan wokkk!!! mcm farmville ni dia kalu diam tu pun tak lama. harus pastu ada menda baru.



level aku takde laa tinggi mana sb aku suka main2 tup2 malas, pastu main semula dan seterusnya. tu terjadik kalu takde benda baru laa kan. so kalu ada benda2 yg kena kumpul2 tu aku suka laa sgt2. aku sekarang level 56 je noks. dan sekarang ni plak depa dok offer utk petani2 ni buat sama ada bakery, vineyard atau pun spa.

so aku pilih spa.


challenging sket nak siapkan building ni. kena tanam mcm2 ikut pada depa nye keperluan sb nak buat dia nye ingredients then baru spa tu naik step yg step. sama gak laa dgn yg lain.


contoh ko nak wat fresh sachet mcm kt atas tu laa. so ko kena laa ada pumpkin, cranberry ngan sunflowers yg mencukupi ikut pada keperluan kita. so kalu tanam satu kebun tu maybe leh dpt laa 3,4 bushels kot.


tp satu je tak best, tak ramai yg dok main menda nih (buat building utk spa/wine/bakery ni laa maksud aku). kalu nak kata neighbour, mmg ramai. tp neighbour aku yg main cuma 6 org je kot. yg lain tu sama ada depa tak paham atau pun terlalu eager nak naikkan XP (level) memasing.

yelah...mana idaknye, level dkt 90 tp cuma tanam pokok2 je, tanpa nak join whats new in the market. iskk kamon laa kengkwn weh (yg main farmville je laa). ikut laa perkembangan semasa sket! mmg laa building ni complicated sket tp fun apa.


ni lah contohnye. depa dok tanam pod peas, carrot, grapes tu mmg akan dpt XP yg dasat laa kot. tp mmg tak membantu laa dlm nak buat spa aku nih. tak sepakat btol laa jiran2 aku tuh hahaha.

so...aku carik alternatif lain dgn meng add mat saleh2 yg main fv ni sb fren dan secara tak lansung jadik neighbour. diorg ni very commited. sonok jiran dgn depa nih. nak harap yg ada memang nan adoo laa jwbnya kan.

hahaha...gilaan. bleh cite pasal game kt sini.

ehhh...dah..dah. nak menuai hasil labu aku jap. nak wat relaxation oil :p

Thursday, August 5, 2010

airasia dah pegi seoul!!

yahooooo.........

yea uols!!! aku adalah salah sorang yg gumbira sb AA dah wat penerbangan ke seoul nih. waduhhh...destinasi idaman nih.


napa tak naik penerbangan lain? alaaa dintis laa uols, kena laa cari tambang murah je. apa pown, sgt hepi wohhh!!!!

so kwn2, marilah kita kumpul duit utk ke sana.