Friday, August 13, 2010

second day of puasa...

semlm tghari tup2 aku ada benda urgent kena pegi ke putrajaya. adoiii...dah laa jauh dan panas2 lg, tp dek kerana tugas aku pegi laa jugak. so dlm kol 1 lebih tu aku gerak laa ke sana.


setelkan apa yg patut, kuar2 dari gomen ofis tu tup2 nampak laa khemah2 yg berasap2. mmg before puasa ada nampak depa dirikan khemah, tp aku ingat nak jual mcm baju2 atau persediaan raya kan. so bila dah nampak asap dah dpt agak laa apa yg diorg jual. satu lagi sb kt kawasan umah aku takdak bazar ramadhan uols. sedeh kan.


so inilah dia bazar ramadhan di presint 2 putrajaya. beso gila laa. penat gak aku nak memusing dlm panas2 tu. dan secara otometik juga mata menjadi terlalu rambang dan tak tau nak makan apa.

1st sekali aku nampak air katira. sapa org johor mesti tau air ni kan. tp fizikal dia yg nampak kurang menarik menjadikan aku tak jadi nak membeli ayo tuh. last2 aku beli strawberry juice yg smpai sekarang masih ada dlm fridge sb tetiba batuk aku makin menjadi2. iskkk baru nak sebat air sejuk dah jadik cenggini.


then amik bubur lambuk kg baru, kalu ikut pada yg ditulis tu laa. aku tak tau laa sama ke idak dgn masjid kg baru tu, tp bubur ni mmg cukup laa perasa dan perisa di dalamnya. kira yg jual tu tak kedekut la dgn bahan2 dlm bubur tu. harga dia cuma rm2 seplastik.


kendian aku pilih plak murtabak daging. kedai dia tak ramai sgt org dan aku selalu assume kedai tak ramai ni tak sedap. tp salah perkiraanku uols. murtabak ni pun adalah sedap. mesti pakcik tu mmg dah pro dlm buat benda ni kan. murtabak ni harga dia pun rm2 jugak.

overall harga makanan dan kuih2 kt putrajaya ni aku tgk masih ok lagi. takde laa harga naik melampau2 sangat. so pasni kalu ada urusan kt putrajaya aku pegi petang laa. bleh singgah kt sini dan tak perlu nak masak2 kt umah.

hikhikk....


p/s : pg td tgk berita dato ismail sabri yaakob pun ada melawat tapak bazar yg sama. iskk tok, awat tak ckp awal2, kalu tak bleh jumpa...

2 comments:

lily lotus said...

besar gila bazar kat situkan..puasss berjalan

linn said...

lily,

tulah. mata jadik rambang tatau nak beli apa.