Tuesday, January 17, 2012

sup yang simple?

selalu baca status fb kawan2 kalau cerita pasal masak je mesti kata 'masak simple2 je', 'sup ayam' atau 'sup daging jerrr' katanya.

masak sup tu simple ke?

hari apa tah aritu, aku cuti. since stok daging yang dah berapa kurun dok banyak lagi dalam fridge, so decide untuk masak sup daging makan dengan bihun sup.

konon nak ikut mak punya style laa.

rebus daging dengan sup bunjut sup tulang sampai lembut je dah dekat sejam kot.


kupas bawang merah, nak buat bawang goreng lagi. bawang goreng home made baru laa best.


celur bihun bubuh kunyit sket. nak buat utara style.


pastu sup tu buh serbuk sup je, buh garam etc semua.

then baru laa siap. nasib sambal kicap memang sentiasa ada dlm fridge.



waaaa....lama tuh nak buat bihun sup. beberapa jam jugak laa. mana ada simple.

tabik laa pada mak2 semua yg rajin memasak sup!

pada aku yang simple tu macam goreng sayur atau masak western kot. campak2 gitu gini atau masuk oven dan bakar, siap.

atau pun kalo nak makan sup yg betul2 simple, pegi pasar malam, cakap 'kak bihun sup satu bungkus!. balik umah terus ngappp!!!

haaa....gitu....





3 comments:

ummifirzanah said...

uits lama nyer rebus daging... aku klu msk sop dlm 1/2jam gerenti dh leh mkn... ko letak sudu besi kt dlm periuk ms rebus daging tu & aku pun x tau ler naper org wt cmtu... tp confirm daging cpt lembut..x yah pressure cooker...

linn said...

aku buh dah sudu tu... mmg empuk giler daging. mmg terlalu lama kot aku masak hahaha...

kak ina kl said...

wah dah pandai masak bihun sup stail utara..sedap ni