Thursday, November 4, 2010

pergi williams

ini adalah entry terperam katanya hehe.

mek IT dari pasir gudang ada kursus kt PJ aritu. dia dah pesan siap2 kat aku kena bwk dia makan kt william pj sebab asik dgr je cerita dari mereka2 pasal kedai ni.

so malam tu dia, aku, cikjib dan meipeng dari penang branch pegi laa ke sana.

menu malam itu adalah nasi goreng ketam yang dah separuh makan baru teringat nak amik gambar. kira halal laa tu.


dan juga seafood spaghetti (olive oil). yang ni sedap dan tak muak. cuma kitorang muak dengan seafood yang terlampau2 kt dlm nasi dan spaghetti tu. boleh tak siap tak abis udang kat dalam makanan tu. caya tak?


takleh order banyak sebab portion dia kan melambak2. mek IT makan macam iye2. tapi macam biasa dia bukan makan banyak pun.


meiping malam sebelumnya nak pergi ke murni ss2. dah bukan rejeki mereka. so aku explain laa yg dua kedai ni adalah adik beradik.


cikjib yang tak makan apa2. dlm plastik tu dia beli jajan dari kedai serbaneka kt dpn william. dia masih waswas pasal status kedai tu sebab owner dia nama william. ayat dia "kalau kedai tu tukar nama jadik WAK LEMAN baru aku nak makan". gitu.


mulanya aku tak tau nak explain apa kt meiping sb cikjib tak makan kt kedai tu masa dia keluar beli jajan. bukan apa, kadang2 isu halal haram ni agak sensitif. tapi nasib baik meiping paham sebab dia pun dah lama bergaul dengan orang2 melayu.

setelah perut kenyang kami pun belah laa dari situ...


Wednesday, November 3, 2010

tq nuffnang

cheque yang ke berapa tah telah diterima.


thanks to nuffnang.

jangan laa ada yg speku sb aku kata cek kali ke berapa. aku ni pantang nampak dah bleh cash out, trus tanpa segan silu aku click disitu, walaupun kadang amaun cuma rm50 sajork. abes tu mana tak banyak kali terima kan :p


nuffnang pun very generous to me, blogger yg pemalas tapi masih ada juga iklan2 yang menempel disini.

tak banyak mana, tapi bleh laa aku beli kasut konvo dgn duit kali ni hiks....

lempeng..lempeng

ni aktiviti aku ngan cikjib masa wiken bila tah.

melempeng di tengah hari. cikjib kata dia dah lama tak makan lempeng ni since mak dia meninggal almost 10 years back. tak makan bukan sebab tak lalu nak makan orang lain masak, tapi sebab takde siapa nak buatkan. bleh?


since aku pun dah lama tak buat, aku pun mengofferkan diri untuk masak. aku bwk sardin dan tepung dan bahan-bahan lain semua amik kt umah dia.


inilah hasilnya lempeng sambal sardin. too oily sb tak guna non stick pan. sambal pun macam tertumpah minyak kekdahnya.

hikhik.