Tuesday, February 8, 2011

banjir hi hi bye bye

raya cina aritu balik kampung.

before tu mak aku cite kt umah air cuma naik kt laman dpn je sampai tempat parking kereta. ok laa tu tak banjir sangat

disebabkan aku ada hal, instead of turun ke tol pagoh aku drive dpn sket ke tol air hitam. balik tu dari air hitam lalu di yong peng ikut jalan dalam. tgk2 mcm ada pesta laa pulak kt situ. air sungai depa naik, so penduduk situ ramai2 hang out, main air semua. boleh plak gitu yea.


masuk ke batu pahat, kebun kelapa sawit org dah tenggelam dgn air. takde laa banyak mana tp still macam scarry gak.


air di merata2 kawasan. arghhhh...

ke depan sikit jalanraya plak dipenuhi air. kereta dok rebut nak jln kt satu lorong tu je sb yg tu tinggi sket. isk iskkk...


gambar atas ni kt kampung sebelum sampai ke umah aku. kawasan sini memang rendah sket sb tu kt jalanraya pun air naik. nasib baik laa ada lagi lorong yg bleh diikut walaupun ada air. kalau idak masak laa aku nak kena pusing. umah aku ada lagi 2km je tu. kalau kena pusing merasa laa lagi 60km baru leh sampai.

bila masuk lorong nak ke umah, di kiri kanan org dok park tepi jalan. air memang dah naik ke laman umah semua orang.


dan bila sampai umah memang air penuh kt laman. tpt kereta dah penuh so disebabkan takut kereta kena hanyut (ye ye je kan) aku pun park kt tepi jalan je. nasib laa rumah tinggi. air tu tak masuk rumah laaa.


air ni malamnya surut, tp esoknya dia naik semula. tapi takde laa setinggi masa memula balik tu. kira macam banjir hi hi bye bye je laa ni.

ok laa kan harap2 takde laa naik lagi. dah laa penghuni umah ni disabled semuanya.

owhhh... citenya kenapa jadi disable nih. mak aku memang laa sah2 kaki sakit takleh nak gerak sangat. buleh plak bapak aku pun sakit kaki juger. before balik tu mak aku call :

"abah kena langgar budak naik motor, luka2 je"

tup2 bila balik tgk dia mata lebam, pipi lebam, kening berjahit, kaki bengkak sampai takleh jalan tak campur dengan luka2 tu semua. tp budak yg langgar tu sikit pun tak luka dan tak jatuh. dan yg best dia tgk ada ramai org tolong, dia main blah je.

bagusss!!!

inilah sifat yg kita nak. sok ko kena dabel triple laa yea fuhhh.

$%$^&(&*()*& punya budak!!!<---sumpah seranah laa ni.

makanya tu yg semua jadi disabled sekarang nih...


cite banjir tetiba masuk disabled plak :p

Wednesday, February 2, 2011

happy chinese new year

yuhuuuu......

hahaha muncul kembali aku ni kan. ok laa tu tak sampai sebulan lg tinggal blog :p.

nak wish kat semua blogger, rakan2 yg celebrate CNY :


so see y'all after raya la, tu pun kalau rajin nak update :p

Wednesday, January 12, 2011

tak suka dengar iklan melalut dalam radio

haaa...tu dia tajuk panjang2.

tapi memang benda tu laa yg aku nak kisahkan ni.

korang pasan tak lately radio suka beno buat iklan keselamatan jalan raya laa, eksiden laa dan produk pun ada gak. ok laa...bagus laa nak suh orang berwaspada semasa driving.

tapi yg distracted ni, setiap iklan ada laa bunyi honk2 kereta laa, bunyi kenderaan bergeser laa, bunyi eksiden laa. tak suka ok!


mungkin bagi korang yg biasa tak kisah laa kot. tapi bagi aku sangat2 menganggu laa. hoihhh...tak suka laa dengan bunyi2 camtu. kita nak laa dgr radio sb nak tau info trafik dan sebagainya kan.

bunyi2 ni menyebabkan kesukaran kalo drive sensorang especially malam2. yelah kot nak balik kg ke, ingat ada eksiden. rupanya dari radio. eeeee....tak suka!

mungkin gak laa efek bunyi kt kereta aku best giler sgt (nak jugakkkk jobo). tapi apakesejadahnya (bak kata seseorang :p). keta dah cabuk je nok oiii..takde maknanya.

apa best sgt ke iklan2 camtu?

menyampah tau!