Friday, October 8, 2010

kegilaan terhadap shopping online

ye...aku tau laa shopping online ni dah lama. aku pun ada gak dulu beli secara online kt ebay especially nya. tapi takde laa kerap.

sekarang ni ada facebook, makin banyak orang membuat bisnes secara online dan bagus jugak laa kan untuk ekonomi masing-masing. tapi jangan lupa declare income setiap tahun yea. jangan sorok-sorok dari income tax. not nice! not nice!

sekarang kegilaan aku adalah kepada tudung dan shawl. dan syoknya ramai je yang menjual tudung online sekarang yang sangat menarik2. eh..ke dah lama cuma aku je yang tak tau ni hikhikk...

model-model tudung aritu (dkt2 ariani), tudung periuk, tudung botol dan tudung saji

oh yea...kalau korang nak cari tudung online dan harga rendah setanding dengan kualiti tudung, aku cadangkan korang pegi ke blog ni --> mama's homebiz. opsss ni bukan entry berbayar ok. saja je nak bagi info.

dan sekarang dengarnye blogger popular viruspadu pun nak buka online butik jual tudung. wahhhh...syoknya. sapa kata pakai tudung takleh berfesyen?

cuma....aku terkilan gak pada diorang yang nak meniaga di fb tapi dok private kan dia punya page. macamnya... kita punya laa syok nampak ada iklan menarik sekali nak click pada gambar, takleh nak view produk tersebut. rugi ok!

tapi takpelah...mungkin diorang nye business tu exclusive kot kan.


akhir kata dengan satu dialog semasa makan di penang :
kak ina, napa kak ina pakai tudung sekarang ?

takpe laa, kan pakai tudung bagus.

kak ina memang pakai tudung yang macam ni ke?

yang biasa ada, yang gini pun ada. tak cantik ke dik?

cantik, lagi cantik pakai tudung yang ni.

ahak...ahakss.... malewww ai.

sekian :p


Thursday, October 7, 2010

CD/VCD/DVD cetak rompak..

pagi tadi dapat forwarded email tentang perkara ni :



kalu takleh baca meh aku copy paste :

Pirated CDs / VCDs / DVDs - Road Blocks in Malaysia

Already started since last month.

To all those CDs lover pls beware!

Please do not keep any pirated or burned CDs, DVDs, or VCDs in your car.

Police and Domestic Trade & Consumer Affairs Ministry's enforcement division in Malaysia have started the operation to search and fine anyone who keep pirated disc inside their car especially through road block at all main road and expressways.

If any pirated or burned disc found inside your car will be charged RM400 per disc. Example 30 discs found means the fine will be RM12,000.

This is real. Another friend of mine from Seagate, today during lunch time, 5 CD x RM400 = RM2,000

One of the Plexus colleague brother-in-law caught by Police due to pirated CD in the car on the way to town for lunch with his friend in the afternoon. One CD fined RM400.

Please disseminate this to all your friends who are driving in Malaysia .

sebenarnya dah lama dengar tentang benda ni dari in-law sb dia kan keje dengan gomen dan kementerian ni. tapi dok laa kata nanti2 dulu.

tapi bila dah baca pengalaman orang ni macam seram laa pulak. yelah...sapa2 yang pernah naik keta aku mesti tau betapa sukarnya untuk mencari cd original di dalam kereta tu. semuanya burn hikhik. yang ada pun cuma cd2 yang aku beli di indon je (sebab murah -___-).

aduhhh....kena laa lempar keluar cd2 yang ada tuh. yelah...kalau nak dikira dalam tu aja ada lebih 20 cd kot. ko bayangkan kalu dikali dengan rm400. rm8000 nokkk!!! tambah sikit lagi aku dah boleh buat down payment keluarkan kereta idaman okeh.

tapi kalu nak dgr sangat pun dengar je. kot-kot ada road block kang sorok kat dalam baju aci tak? hikhikk..

so...korang2 yang suka burn-burn cd tu (macam aku), sila laa berhati-hati. dari sekarang beli laa yang original yea :p

fly to seoul....

ehemmm...bukan aku yang nak fly to seoul tu yea.

ni nak cite pasal lagu nih. korang mesti biasa dengar kt tv kan. lagu dari band 2PM. sapa yg kpop punya kaki mesti kenal punya.



rasa nak menari2 je bila dengar.

tp sedar diri takut umah ni runtuh kalu aku menari kang.