kalau nak diikutkan cerita yg tengah hot kt pasir gudang ni ialah kes kebakaran tangki minyak di pelabuhan Tanjung Langsat, Pasir Gudang. mana tak hotnye...terbakar beb!!!! berita terakhir arini yg aku dgr td dah bertambah baik dah. syukur lah. sekarang ni pun tgh ujan dgn lebatnya di pasir gudang. harap2 keadaan boleh bertambah lg baik hasil daripada curahan air yang banyak pada hari ini.
ofis aku dgn tanjung langsat ni jarak dia lebih kurang 10km gak laa. jauh tak jauh, dkt pun tak dekat gak. kalau terbakar dan merebak harus laa sampai dulu kt ofis ku disini yea sebab kt sini kawasan industri. kilang bnyk kiri kanan, dpn belakang dan kilang kt dpn aku ni ada skid tank yg maha besar bih kurang mcm kt port tu gak sebanyak 3 bijik. even kilang tu dah stop beroperasi lagi tp minyak dia mesti laa ada lagi saki baki kan. hmmm...bayangkan kalo kt dpn ni terbakar??? wahh...aku berimaginasi di siang hari nih.
ohh..balik pada kebakaran tadi, aku rasa kena gak lerr tulis kenangan masa kebakaran pada tangki petronas di pelabuhan johor. (johor ada 3 pelabuhan utama - pelabuhan johor, pelabuhan tanjung langsat dan pelabuhan tanjung pelepas yea semua). tahun 2006 kan.
hari kejadian tu aku dok di rumah lama di bukit dahlia. aku tertidur lepas magrib dan missed lerr buletin utama hari tu. tetiba dlm kol 10 ke 11, ada member text tnya perkembangan aku. semua conversation bih kurang jelah yea...aku lupe ok the exact one ...dah 2 taun oi.
member : tangki minyak petronas terbakar. ko ok ke weh.
aku : (dlm ati... tangki minyak tbakar pun kena mengena ke ngan aku) ok jer. napanya?
noks....jahat ok... dolu aku tak cite kt ko apa yg ada dlm hatiku....ampunnn!!!!!
member : td dlm berita tv3 ada kata tangki petronas kt pasir gudang terbakar. bebaik2 arr
aku : ooh ye ke. takde pape laa. aku ok
memang memula tu aku dgr mcm bising2 kt bwh. tp pastu sunyi sepi. selang beberapa minit miss I lak text aku :
miss I : kak linn...buat apa tu? ada dgr berita tak tangki petronas terbakar tu. abang I ckp polis
kt port dah sedia tunggu apa2 kemungkinan yg bakal berlaku (miss I ni ckp sms pun
ala2 ikut buku yea dedulu..sekarang ok dah..so sila maklum).
aku : weh..ye ke. apa aja yg dah jadik? td kwn saya pun bgtau kuar berita. abis tu selamat ke
kita kt sini ni?
miss I : abg ckp api dah masuk ke laluan bawah tanah. diorang takut kena kt pipe utk kilang
titan mmg abis lerr pasir gudang. jln jem tau kak linn. adik I yg baru balik pun dok
tersangkut kt jln tu. jln tgh jam sgt sebab semua orang dah keluar pasir gudang ni. kak
linn kalo nak bergerak cepat laa kuar. umah I jauh sket dari johor port. kitorg pun ada jln
short cut je kt sini.
(wahh...aku pun dah cuak sangat time nih. nak meletup??? aiyooo... sangat serem)
aku : isk takutnye. nak kena kuar gak lerr cmni.
miss I : haaa..keluar lerrr. pegi laa tnya misha tu. dia pun sorang2 gak rasanye mlm ni.
aku : alrite...
masa dok text miss I tu aku turun bawah tgk keadaan kt luar yg dah senyap sepi tu. ada jiran sebelah umah aku tgh packing2. aku pun tnya diorg nak ke mana. dia kata nak balik kg semua. org2 kt situ dah kosong dah...semua dah keluar. aiyooo....terus cmni sekali ke? mmg aku kena keluar nih. tu yg bgtau miss I aku mau blah dr umah mlm tu gak tuh..
tp b4 tu aku call boss aku. time tu dah kol 1+ gak laa. dia kata toksah laa risau. takde apa2 tu. tp iskk...mana buleh. miss I dpt info dr org port ok. takleh jadik...aku pun call misha tnya dia cemana. dia kta takut gak sb semua kwn dia takde. aku pun dok sorg housemate aku pi mana tah. so kitorang decide nak keluar...lari dari pasir gudang. tau tak apa yg aku bawak dlm beg masa nak keluar tu?
1. laptop (wajib ni...nyawa!!!!)
2. tshirt sehelai (beserta undies laa )
3. uniform keje sepasang
tang yg uniform tu yg paling tak boleh belah aku rasa. boleh tak aku dok fikir time tu..kalo laa pasir gudang terbakar, at least ngan uniform aku bleh stay kt branch lain. hoh...sangat tak boleh belah kann??? lawak lawak.
so...aku ngan misha pun keluar lerr dari pasir gudang. masa otw keluar tu, berselisih ngan pasukan hazmat from spore ngan bomba2 lain semua berkejaran ke port. sangat laa berkabus keadaan masa tu dgn asap dia yg fuhh... aku akhirnya stop kt stesen minyak shell kt area...apa yea tu. tmn jaya kot tpt tu. kitorang park sb mmg ramai org dok kt situ. semua lari dr pasir gudang. kitorang boleh siap tido jap kt situ tp asik terjaga lerr. bih kurang kol 5, org beransur balik. aku pun nak balik gak laaa. smpai umah dah azan subuh. nak kena keje lg nih.
esoknya aku dgr cite dr miss I dia tak kuar pun sb org port kata takde apa2. boleh gitu? masa memula ckp mcm teruk sgt je kan. sekali dgr dah elok dia lupa nak msg hehehe. aku takde laa marah ngan dia. aku cuak sgt sb jiran semua dah keluar..tu yg buat aku pun nak kena lari laaa.. kang terbakar pulak aku ni kang.
tp bila diingat2 memang lawak sgt laaa kan. aku masih takleh lupa pasal aku bwk uniform tu. lawak antarabangsa ok!
so...masa tanjung langsat ni terbakar, aku rilex je lerr.. terkonang2 kisah dulu. dan since aku dah ada blog ni aku pun coretkan lerr disini. busan gak sb takleh buh gambar nih. kan dahh...aku dok buat entry panjang2.
cepat lerrr elok blogger wehhhh....
No comments:
Post a Comment