Friday, October 31, 2008

ika's engagement

ika from the office dah engage last holiday, 27th.


majlis secara kecil2an diadakan di umah makpaknye di mersing, johor. ye ke kecil2an? tp aku mandai2 je kan. tah2 besar2an kot. maklum laaa anak bongsu dia nih. lupa laa nak tanya dia beso ke kecik ke.

aku tak dpt attend sb pegi ke seremban ngan omak aku laa kan. takpelah..sok kawin insyaAllah kena pegi hehe. so gambar2 yg kt sini separuh daripadanye courtesy of ika's hp camera. professional photog nyer pics lom ada lg.

antara hantaran dari ika untuk kudin.


ika yg dimekap oleh mak andam yg baya2 mak dia katanye. pandai makcik tu mekap kan. kalo mak andam yg veteran2 ni selalu agak over dia nyer mekap aku tgk. tp makcik ni very the up-to-date. ika yg tak penah mekap ni pun naik je seri dan berubah wajah setelah dicalit2 oleh makcik tu.
since aku tak dpt tgk lagi gambo prof. fotographer, aku paksa ika pose2 tulis untuk amik gambo cincin tunangnye. motif tulis2 di atas kaca? dah siap amik gambo baru aku perasan bleyyy???


dan tak lupa 1 full bag of favour from the family.


and some cakes yg sooooo yummylicious!


selamat bertunang!!!


fatin nur atiqah

yes...

that is my new anak sedara's name.

today (masa aku jenguk dia aritu laa) she's 10 days old.


haii....nama saya fatin nur atiqah

panggil saya atiqah yea sb kakak saya dah guna nama fatin tu dulu

saya nak mandi ni..jgn laaa kaco

kan..kan saya dah nanges...sapa suh kaco2 ah

opsss...gambar pasni terpaksa dicensored. nnt jadik gambo vogel saya pula...

haa..sekarang saya dah siap mandi. rasa nantuk laaa pulak..huahhhh....

saya nak tido dulu tawww

alaaa....abang saya ni nak main2 laa pulak

ni kakak saya yg over tp lom mandi



Thursday, October 30, 2008

jln2 kel sban dan kl

aku ke seremban hari ahad petang aritu.

iye2 je balik cecepat, sekali mak aku kata tunggu abah abis marhaban esok tengahari. ari ahad tu kira masih raya lg kan?

tghari ahad dah siap2 sekali "Assalamualaikum......." plak. ada org datang lerr. abis tu dah org datang takkan nak terus beredar je kan. tetamu kena laa dihormati, dilayan dgn sebaiknye, baru rezeki datang yea tak? ceyyyy....itu bahasa bukunye, cuba tgk dlm ati aku apa cite? of koz aku ckp alaa sapa lak dtg ni. kaco sungguh! kalo aku sorang mmg dah tinggal je dah ni! gitu....


pas tetamu balik aku pun ajak mak bergegas ke somban. jlnraya sangat laa cantik. yelah...mana ada org nak keluar ari ahad petang2 gitu. semua org dah sampai ke destinasi masing2. aku je ngan mak aku yg baru nak jln2.


smpai seremban kol 8 mlm. aku dah kompius jln dia, siap tanya org kt tol tu cemana nak ke seremban. then bila dia suh u-turn tu ikut gak tp cam kompius. apsal yea kena u-turn? padahal patut bukan masuk je ker? dah lama pikio2 baru laa sedar yg aku ni masuk dari selatan mmg laa cmtu. selalu kan masuk dari utara (kl). ciss ciss cisss....


esoknye aku ke kl jumpa sept11 juga sorang blogger nih. dia bersama2 ngan her sis and kazen. seawal jam 10 aku dah kuar dari somban menuju ke kl. tau tak aku sampai kol 11.30 pg. sbnye ada laa nnt aku cite. gilo sgt. mcm semut ke aku drive?

lalu subang. i miss u subang! hiksss.


had lunch kt ikea, sb diorg dah membeli dan belah. aku takat makan2 jer. gambo makanan pun tak amik. gambo pas makan je yg ada.


pas makan kitorang pegi ke sunway pyramid. oowhhh....lama gile tak ke sana. semua lama gila. apa yg tak gila tah.


sebelum pegi kl tu dah bgtau ngan my mom nak balik kampung pas zuhur. then dah jln2 tak hengat tu baru teringat dan ckp ngan mak balik pas asar lah kan sb dah alang2 jln tu biar sampai abis kata orang. (ada ke org ckp cmtu? takpe wat sendirik jer :p).

tp last2 my sis text kata balik pas magrib jelah weh. gituh! aku mana leh kan td dah kata pas asar, pas asar lerrr. padahal sampai semban kol 6.30 jer nih hikss. then mak ckp balik laa pas magrib, dah bgtau abah dah. so kena laa balik pas magrib. ikut ckp wooo.

sebenarnye ada rahsia dan sebab2 aku takmo balik mlm2 sgtt tuh. sb balik kang kena lalu jln kt pagoh yg sangat seram dan gelap. masa aku keje subang dulu aku cuma pernah sekali je balik drive malam2. bulan posa lak tu pun dah seram, inikan pula kalo bulan tak posa. so sejak tu aku dah serik takkan balik kampung mlm2. aku seram kang kot2 terjumpa makhluk halus dan makhluk kasar disepanjang jln yg gelap tu. bahaya wooo.

dan disebabkan itu aku sanggup lalu jln jauh utk keluar ke kampung aku. lalu kt tol yong peng yg jarak dia lebih 50kmj kot utk smpai ke kampung. takde hal jauh2 sb takut punye pasal. lgpun jln tu tempat aku lalu hari2 kalo balik kampung dari jb. jln terang dan sangat ramai org.

owhh...panjangnye entry aku. dah2 laa tu dulu. karang sambung lg.


* ni gara2 malas nak update sgt laa ni hikss

Wednesday, October 29, 2008

fullamakkk....

td aku sgt2 maleh bebeno utk menghapdet blog. padahal ada entry masa gi somban, gi k, cite kt opis dll lg yg aku lom wat coverage. ceh..coverage tuh.

tp disebabkan oleh dia sorang ni aku dgn mata selebet telah gigih menaip entry utk kali ini.

dia yg dimaksudkan ialah....

JOHN SCHNEIDER!!!!!!

he's the guest star in CSI Miami mlm nih.

adoiiii...buntang mata aku tgk dia jap td. he's drop that sexy wa ckp lu :p.

tp dia jadik jahat laaa plak. jadik pembunuh cisss. takpelah....at least jadik pembunuh sb nak save family dan business. ok laa tu kan (nak gak cover hikss). kiranye ada gak muka dia ni kt tv. rejeki aku nak tgk dia. lama woo tak tgk dia belakon.


utk yg tak tau, dia ni yg belakon cite smallville jadik bapak clerk kent.

hikss.

hmmm....entry lain nnt arr yea tunggu aku rajin sket.

Monday, October 27, 2008

supplier?

aritu masa aku pegi jusco tu...

dok jln2 sambil mata melilau2 laa kan nak carik barang. aku dok stop kt 3rd floor kot time tu. tetiba aku nampak satu pempuan ni jln ke arah yg bertentangan dgn aku. kita kan kalo org lalu ke selisih mesti laa kadang tu tertengok dia kan.

tp yg lebih membuatkan aku tertengok lelebih kt dia ialah sebab penampilan dia. age maybe dlm 30s kot, badan agak plum tp takde laa gemuk. dia punya boobs very the sangat. baju lak pakai t-top dgn leher yg agak luas. nampak laa lurah2 gelinciran dia. dan yg paling aku terkesima ialah tag yg dia pakai.

dia bubuh betul2 kt tgh2 boobs yg da bomb tu dan tulisan kt tag tu ialah supplier.

supplier apa kah?

hiksss.



opssss...ada disclaimer :

disebabkan entry ini ada unsur2 18sx dan terpaksa diratedkan pulak kang, so tiada gambar disertakan. sila gunakan kebijaksanaan anda untuk membayangkan apa yg distorikan disini. time kasih.... :p

menjwp tag

aku telah ditag oleh sept11 2,3 ari aritu.

tagnye ialah aku disuruh masak kuey teow kerang dan tunjuk resipi sambil tunjuk2 gambo gituh.

abis tu tak nama blogger laa kan kalo tak jwb tag kang.

alahhh....setakat kueyteow tu apa laa susah sgt. on your fingertips je bak kata org kampung.

so ari jemahat aritu aku dgn gigih nyer menyengseng lengan, untuk menyediakan kuey teow goreng ni.

hasilnye taraaa....kueyteow yg bleh nak tinggal makan jer.


bahan2 nye :

kuey teow ( ikut sukati tgk pada berapa org nak makan)
lada kering jadikan cili boh
bawang merah
bawang putih
kerang (of koz laa, katanye KT kerang)
optional : udang, sotong, ayam, daging (kalo mkn sendiri ok laa, kalo jual rugi woo)
sayur2 - sawi, togeh, kucai
telur
sos tiram
kicap pekat
kicap cair
garam
gula sikit (bukan org kelantan je, org johor pun masak apa2 buh gula occay!)
minyak untuk menggoreng
keinginan untuk masak - kalo takde keinginan nak masak selalu tak jadik woo. itu salah satu resipinye yea!


Cara2 :

1. lada kering, bawang merah dan bawang putih diblender.
2. panaskan minyak di dalam kuali.
3. tumiskan bahan2 yg diblender tu td sehingga kuning.
4. masukkan kicap, sos tiram, air sedikit kalo kering sgt dan gaul rata.
5. buh garam dan gula secukup rasa.
6. masukkan kerang (dan binatang2 lain kalo ada) sehingga masak. oh.. kalo seafood toksah lama2 sgt nnt tak sedap.
7. kalo nak buh telur masukkan telur. aku suka telur mata kebau makan ngan kuey teow ni. tu yg dok asingkan.
8. masukkan togeh dan sayur2 yg lain kecuali kucai. aku suka bubuh time ni sb suka sayur tu layu betul.
7. masukkan kuey teow yg dah dibasuh td.
8. buh laa kucai gaul sehingga rata dah tutup api kalo dah masak.


sedia untuk dihidang dan ngap!!!


haaa....sgt kacang goreng kan resipi aku. alaaa...bih kurang je pun ngan cik sept11 atau pun mana2 yg lain cuma org kata lain tangan lain rasanye.

aku nyer ni pun sangat sodap occay! hikksss ferasan oooo.

bahan2 pun senang je nak dpt.

alaa kt pasar tu berlambak je laa kan.

tp mcm yg aku ckp kt dia aritu laaa, aku jarang gile nak masak kuey teow ni. since aku dok sini baru sekali aku beli pastu pun kena buang sb gilo ko nak makan dia je ari2.

lagipun salah satu resipi utk masak sedap ialah keinginan. diulangi... KEINGINAN.

hmm tp dlm usaha utk jadi blogger tegar ni aku usahakan gak apa yg boleh.

btollll. usahakan apa je yg boleh.

walaupun......

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
v

tpaksa beli di pasar malam sajork dan dihias2 feel2 sendiri masak!


gitu!

kuang kuang kuang....

eh...tp resipi tu sama laa ngan apa yg aku masak taw. cuma aku tak sempat nak masak sajo. telo goreng tu kompem aku goreng sendirik.

kira ok laa kan?

:D

Sunday, October 26, 2008

highway jam

ramai gile kereta kt jlnraya semalam.

ni keadaan kt toll booth kt skudai ni. bersimpang siur kenderaan sampai tak tau baris mana tah yg aku nak ikut.



padahal aku balik kol 3+ kan semlm. agaknye ramai org tunggu lepas abis keje untuk pegi bercuti kot. even kt kelas pun ada 3 hindus masih gigih belajar dan diorg kata belajar 1st baru raya. cuba kalo org melayu. ehh..takyah ckp org laaa, aku sendiri. nak raya mesti dah mengelupor nak balik kan hikss.

petang ni baru aku gi semban. ni berblog from kampung laa of koz. maxis ni dia nyer selow lagi melampir2 kt kampung laaa.

harap2 ptg kang tak banyak keta laa kan. org semua dah balik semalam.


open house lagi dan lagi

ari jumaat aritu ciklan dan cikza wat open house.

since umah dibukak dari jam 12.00 tghari, kami pun serbu laa masa lunch time. lagipun jumaat kan masa break panjang dari biasa.

mari kita tgk entry bergambar.

antara menu yg ada ialah bolognese malaysian style. resipi kak shida ni kata tuan umah.


huiii....mcm magik je aku makan sikit? mmg pun ok!


tp tgk menu yg lain....

sambal udang, rendang, telur. means......nasik lemak arrrr....


dan pinggan aku :


:p

antara tetamu yg aku sempat nak snap.


oh...oh... apa nih? sesi tunjuk nasi dlm pinggan ke?


tudung cekelat tua, kak ida yg dah bersandar kekenyangan, tudung pepel anne pun dah kenyang sambil mkn kuih lite2, tudung cekelat dan yg muncung tu june yg dok makan. bayangkan june dok makan sebelum aku smpai lagi, sampai laaa kitorg2 dah nak balik dia masih mengunyah.


tp takpe, dia makan cmne pun badan tetap menten. menten kerr?????

hiksss. menten laa korang. aku jer saja mengspeku. tak caya tnya org lain.

oh...lupa lak. ni laa tuan umah cikza (mandai aku tukar nama) atau azza, husbeng nye nggak sempat disnap sb pegi solat jumaat.


terima kasih tuan umah for the lovely foods.


P/S : sorry to azam and ayied cuz takleh nak gi open house korang on sat and sunday. soh...lu kena bungkus lauk utk gua arrrr. kang selasa wa claim balik tau!!!!

Saturday, October 25, 2008

kelas kensel lagi

yea tuan2 kelasku kensel lagi.

terdengket2 aku jln pg td disebabkan ibu jariku yg dah mcm jari shrek dah. pegi kelas pun pakai sandal dan nak pakainye masyaAllah, nak pensan sakitnye. tp tetiba kelas ditangguhkan!! ciss sungguh.

tp takpelah..at least leh jumpa kwn2 dan dptkan salinan buku. ingat tak buku yg aku dok warwarkan aritu? apparently kami semua takleh nak dptkan buku ni. tp sib baik one of the guys manage to get it from kwn dia dan kami pun copycat.


cantik gak kan kedai ni buat binding? mcm buku real (ke aku yg kampung tak penah tgk bind cmni?). barulah semangat sket kita nak belajar.

buku satu lg lom dpt lg sb lom siap copy.

heh....pg td dok buat auto publish untuk 3 hari kan. sekalinye kol 1 ada entry lak hehe. aku dok blog dari stabak nih.


asal kelas kensel gi stabak, asal abis kelas awal gi stabak.

ingat nnt dah abis study bukak franchaise stabak laa kan bagus. untung leh dpt kt diri sendiri.

hmm...kol 2 nak gerak balik kampung. tp before tu nak window shopping kt jusco tebrau ni. nak carik buku citer kt harris and few things.

untuk semua yg beragama Hindu, diucapkan Selamat Hari Deepavali.

selamat bercuti uols!

:D

jariku bengkak

seperti yang dijangka, jari aku bengkak arini.


isk isk...dah laa ada kelas plak. hmm mmg laa aku leh jln tp jln aku of koz laa tak sama mcm biasa. aku terpaksa naikkan ibu jari aku so that dia tak sakit sb pijak lantai laa kan. cisss....cmne aku nak pakai heels cmni?

aku try amik gambo pun asik tak jadik jer. blur2.

harap2 esok dah surut laa kan.


p/s 1 : entry aku arini, esok dan senin adalah autopublish. so aku tak sempat nak singgah kt blog2 yg lain. nnt ari selasa aku qada yea!

p/s 2 : aku nak ke somban tgk anak buah ni. kwn2 kt kl kang kalo free calling2 eh. leh lepak2. ada ati lg tuh tak padan jari dah jadik gajah :p


Friday, October 24, 2008

tragedi di siang hari

cerita ni masih hot lg tawww. baru je beberapa jam td berlaku.

kisahnye gini.

td ptg aku pegi public bank kt masai tu sb nak bank in duit. gila pegi jejauh kan padahal leh je transfer dr maybank2u tu. tp takpelah...benda dah lepas. barang yg lepas jgn dikenang, kata org tua2.

sampai sana, aku park dpn maybank je sb nak withdraw duit sekali. lgpun PB tu cuma beberapa tapak je dari situ. so pas abis urusan kt maybank, ke PB dan abis laa aku pun gerak la balik ke ke keta.

dlm pala ni dok pikir macam2 benda laa, tp still aku leh tgk keta ada ke tak. sedang aku dok catwalk ke arah keta tu sambil berpikiran tu, tetiba......

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
kedebekkkkkkk

oh..or should i say..

KEBOOMMMMMM
(melampo gile effect cenggini hikhik)


takde angin, takde ribut, takde org tolak bleh plak sekor anak gajah nak terjatuh kt tpt parking keta. jatuh lak bebetul kt belakang sebijik keta yg baru nak reverse. mesti tuan keta tu diserang panic attack sb tetiba aku jatuh kt situ. mesti gak dia heran cmne aku lom reverse minah ni dah jatuh.



apa pun lantak dia laa. yg penting aku ni dah nak terduduk kt situ. dan agak lawak sb aku leh pura2 tak nampak semua org dan sambung menten catwalk semula. tp masalahnye ibu jari kiri aku ni terkehel laa plak. maybe sb dia nak menahan badan daripada jatuh mcm nangka busuk td.

sib baik gak laa kan jari jer. kalo kena ankle kompem aku takleh jln mcm aritu kena masa main futsal. at least kaki kanan leh laa tekan minyak lg.

tp...adooiii....

berdenyut2 ooooo ibu jari aku.

kompem sok bengkak.


majlis raya Hosp Penawar

hospital penawar johor ada buat majlis hari raya aritu.


diorg jemput 2 org rep from the company, and since aku kan takde boss dan kebanyakan hal2 hospital, medical dan sebagainye di bawah jagaan HR, so aku feel2 jadik boss membubuh nama sendiri dan mek IT ke majlis tu. sangat sesuai kan hehe.


majlis kt hotel selesa pasir gudang. lama woo tak gi ke hotel tu. dulu selalu gaduh2 ngan guard dia hikss.


depa dpt sponsor dr mana tah katanye bg baju kt kump koir diorg ni. baju songket bunga tabur kaler ijau pucuk pisang tuh dan satu lg blouse kaler pink bunga2 yg sgt santek. aku tak dpt nak ambik gambo yg baju pink sb malu nak ke dpn stage.


makanan yg dihidangkan ialah nasi minyak, ayam masak merah, dalca, ketupat, lemang, rendang, laksa dan kuih2. ohh...ada favour tupperware kecik dlm dia isi dodol (kot).


food dia so so and nothing to shout out. aku rasa hotel2 kt pasir gudang ni sejak dua menjak ni food depa semakin very the low quality laaa. apsal ek? (johor maa...mesti laa ada ek ek ek) chef yg bagus2 dah takde dah kt sini kot. pupus!


pinggan aku pun tak penuh mana. selalu tu berulang2.


opsss...tak syukur lak org dah jemput :D. ehh..aku kutuk hotel laa bukan hospital. hospital penawar masih lg still tip top servicenye sepadan dgn harganye. tp sesuai laaa kan. mana nak dpt kt spital lain kt sini.


thanks to hospital penawar for the invitation.

next year jgn lupa jemput lagi taww!!

hiks..

Thursday, October 23, 2008

buat assignment

alahai..assignment aku.

td mcm berkobar2 nak buat.

dok google carik bahan.

ni dah siap 2 soklan out of 5 dah.


tp sekarang, tepat kol 10.20 ni, 2T dah start calling2 lak.

2T = tv dan tilam.

hmmmm...

Wednesday, October 22, 2008

cerita semalam part 2

korang penah tgk tak cite supernatural ni tak?

memula dulu aku sangat ingin nonton cite ni sb hero2 dia the 2 bros tu kan hensem2. tp disebabkan cite ni ada unsur2 yg tak diingini (read : hantu dan alam2 roh), so aku lupakan je hasrat murni aku nak tgk. ko hensem cmne pun tp kalo belakon cite antu tadak feel laa aku nak tgk. gitu!


tp disebabkan cite ini laa semalam, pas tgk csi tu, aku masuk tido. boleh plak dlm tido terbwk2 cite supernatural ni. kalo dlm mimpi tu jumpa hero2 hensem dia takpe laa gak. tp jumpa antu2 nyer. wah..wah... melampo sungguh. padahal aku tak tgk nih.

tp sib baik laa aku bleh tido dan tak terjaga. kalo aku terjaga, confirm aku takleh tido balik semalaman. yea..yea muka aku nampak brutal, samseng gitu kan tp cite2 gini ni mmg aku sangat pantang ler. pantang dgr dan pantang tgk. sekarang ni kira dah ok gak laa aku leh duduk sorang. dulu2 jgn harap aku nak tinggal sorang2 dlm umah. feelnye mcm supernatural ada disekeliling aku jer.

iskk...

kenapa aku salahkan cite ni?

alaa...mmg sb cite ni punye pasal laaa aku termimpi2 taww!!!


cerita semalam

semalam aku berniat untuk siapkan satu assignment law.

tp cerita2 kt tv betul2 tak boleh belah.

kol 9.00 smpai 10 mlm :


latest season kt tv msia. cite ni aku lom tgk lagi so kena laa tengok. mana leh miss.


kol 10.00 smpai 11.00 mlm:

iye2 je aku tunggu ingatkan betul latest season sb yg kt ntv7 aku takleh follow sgt. sekali season 2 daa yg kuar. cittt. tp tetap tgk gak.


kol 11.00 mlm smpai 12.00 mlm :


season 3 ke 4 ek, dah tgk dah tp tgk gak lg. suka tgk the hotties dlm cite ni hikss.


kol 12.00 mlm sampai kol 1.00 pagi :


cycle 2 punye. pun tgk gak. patutnye cite ni kol 8, tp sb aku tertido dah miss. so kol 12.00 ada rerun.


kol 1.00 a.m. sampai kol 2.00 a.m :


latest season kt axn. ni patutnye siar kol 10, tp sb kol 1o aku tgk greys, so tpaksa tunggu kol 1 punye.


kan sgt penuh kan?

abis tu camne aku nak wat assignment?

tp...niat tu dah ada. dah kira baik laa tu kan.

;)