Thursday, December 30, 2010

kurang hajerrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!!!!!

iskkk...rasa nak carut2 jelah aku nih.

arini bleh plak aku terima email dpd email address aku sendiri. i mean, org tu bleh guna email aku utk anto laa. iskk...cemana nak terang ek. korang tgk laa pic bawah ni :



haaa kan?

logik tak aku nak anto kt aku sendiri. keje bangang btol.

tp lagi bangang si spam yg bleh buat tu siap bg link affiliate dia lagi. cilanat sungguh!

kot laa dia bg kt kwn2 aku ke harus kena maki dalam hati tak pasal2 kan. sebabnya tajuk email tu dia buh 'assalamualaikum'. padahal bukan aku yg buat tuh.

choyy!!! choyyy!!!!

camne yea nak protect email dpd diguna2 kan camni?

Friday, December 24, 2010

makan dan makan lagi

last friday aku keluar dengan cikrozi, cikdib dan cikabangnya untuk makan2.

kali ni ke william. dah lama gila tak ke sana.

1st time ni keluar dengan kapel ni. aritu jumpa pun sekadar hi hi, bye bye je masa aku konvo.

so menu malam itu adalah seafood carbonara, kuey teow kungfu dan butter chicken mee (kot). gambar makanan lupa nak amik sebab bila food sampai keterujaan untuk makan melebihi segalanya hahaha.

dan inilah hasil daripada santapan kami :p


cikrozi yang bizi menatap henpon barunya. yelah...baru seminggu kot kalo tak salah aku hikhik. ampownnnnn...


pstt...pstt.... eskelusippp di blog ni je. sila tgk di bawah...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


taraaaaaa.......... cincin risik2 orang ittew.


utk cincin2 seterusnya kita tunggu harinya nanti yea ;)

masalah yang dicari sendiri

aku lately selalu je pergi keje dlm keadaan mengantuk disebabkan kekurangan tido. kali ni bukan masalah tak boleh tido, tapi masalah yang dicari sendiri.


semua tu sebab tengah ralit sangat membaca novel.

memang laa tiap bulan aku akan beli, tapi biasanya buku tu akan terperap macam tu je disebabkan kemalasan utk membaca. tapi bila roh rajin membaca tu mai, haaa...ni laa jadiknya.

tak boleh nak tinggal selagi tak abis.

sekarang ni aku sorokkan dulu novel2 tu dpd pandangan mata dan akan dikeluarkan pada weekend je sebab time tu boleh laa pulun. kalo hari2 waktu kerja tido kol 4,5 pagi apa barang kan. kalau ada kerja luar takde laa rasa sangat. ni kalo seharian dok di ofis memang sangat2 menyiksa jiwa raga.

from google

koleksi novel melayu dan english aku dah semakin banyak. kalo jual untung tak? heheh.

tapi biasa aku memang tak pernah jual. simpan untuk koleksi sendiri. kalau hilang pun sebab ada org pinjam tak pulang. aku malas laa nak cakap kan sebab dah pinjam pandai2 laa.

ehh...tetiba teringat aku ada pinjam novel cik rozi tapi tak pulang2 lagi hikhik. tu bukan takmo pulang, tapi blum abis baca lagi arrrr...





Thursday, December 23, 2010

kisah tipah, roomate dan aircond

ini adalah kisah seorang tipah yang menghadapi masalah dengan roomatenya.

dari dulu start kerja, tipah dok dlm ofis yg berhawa dingin atau aircond bak kata orang kampung. keadaan opis yg tertutup, orang tak mungkin akan off kan air cond sebab tak mau rasa terperap. dan satu lagi proses meng on dan off kan aircond akan menyebabkan bil letrik tinggi.

pandai cik gugel bagi gambar. ini adalah gambaran roomate tipah ngehngehhh

so dulu tipah start keje di HR dept, then pindah ke johor dan dapat bilik sorang2. memang tak pernah laa ada masalah kepanasan tahap melampau cenggini kecuali kalau hari panas yg tinggi.

tapi bila pindah ke tempat lain, lain plak masalah. tipah sekarang ni dok di ofis berkongsi bilik dengan sorang lagi.

roomate dia ni bukan laa tak baik. bagus orangnya, suka menolong dan memberi salam setiap kali menjwb call, suara pun slow je tak macam tipah. tipah kalo ada org salah extension, menjerit dari bilik ke luar utk pass line. roomate dia tu nehi! nehi! siap bangun keluar bagitahu org yg berkenaan kalau ada call utk depa.

masalahnya roomate dia ni tak tau laa sakit asma melampau2 kot, asik laa sejuk memanjang. tipah ni plak tengok lemak pun dah tau laa cemana kadar metabolisma dia.

sikit2 kang roomate dia akan kesejukan (agaknya laa). si tipah ni plak bukan keje dok kt satu tempat. kadang keluar, kadang pi dept itu ini, so memang lemak terbakar dan kerimasan akan melampau laa. bila dia balik bilik dgn harapan nak bertenang dari kepanasan, harapan hanya tinggal harapan. jadinya dia memang tak syok laa sangat kalau jadi begitu. kadang hati juger bisa jadi panas katanya.


kot laa kalau tipah bukak aircond tu, dalam few mins nnt roomate dia kata nak tutup kejap. kadang tu terus tak bukak2. kadang2 tipah cuma ke belakang je nak amik air dari pantry, balik2 tgk bilik dah panas. dan rasanya ini bukan masalah tipah, tp masalah roomate tu sb orang yg masuk bilik depa mesti komen "apsal panas sangat bilik ni, aircond rosak ke?' gituuuu.

korang tau ke cemana nak handle roomate yg camni? si tipah tu dah tala dah aircond tu arah dia je, tapi roomate dia tetap sejookkkkkkk manjang. owhh satu lg roomate tu mungkin tak rasa sgt rimas sebab duduk dkt dgn ventilation fan. so dpt laa gak angin kan. ini tidak adil...kan? kan? kan?

nak slow talk tak boleh sebab tipah tu memang tak dianugerah dgn kebolehan berdiplomasi kalau dalam keadaan yg panas2 hati ni. kadang tipah buat muka cipan je bukak aircond, pastu siap laa roomate dia dok guna inhailer dan sebagainya. tapi tipah wat dekkkk. samseng kan tipah?


jangan satu hari nanti tipah naik angin dan mengeluarkan kata2 pedih yg selalunya tak pernah orang yg kena sound tu tak sakit hati sudah laa. tipah tu nampak je diam dgn org2 yg dia tak biasa, tp kalo sesekali dia bersuara, orang boleh makan hati. bawak bersabar jelah tipah oiii...

tipah juger siap berdoa agak satu hari nnt roomate dia itu mendapat kerja di ofis yg mempunyai central aircond dan masa tu tau laa kau langit tu tinggi rendah katanya.

hahaha sangat keji kan...

Tuesday, December 21, 2010

ulcer mulut

kalau korang ada ulcer mulut, sila guna bonjela cream yea.

kot ada sapa yg tak tau bonjela tu macam gambar bawah ni.

source : google

jangan pulak korang carik bonjovi.


bonjovi tu rock group dan takleh ubat pun ulcer tu.

adoiiii...sakit perut aku hahaha...





Saturday, December 4, 2010

adusssss.......sekali lagi?

semalam keluar melawat ofismate yang kehilangan anak sulong (Alfatihah), balik2 umah dah ngantuk tapi sempat tgk fb orang dok cerita pasal berita hangat. apa lagi pasal harga minyak laa.

so pagi ni bukak berita harian online :

Harga RON95, LPG, gula pasir diselaras hari ini

PUTRAJAYA: Kerajaan semalam mengumumkan penyelarasan harga petrol RON95, diesel dan petroleum gas cecair (LPG) sebanyak lima sen manakala gula diselaras pada harga 20 sen berkuat kuasa hari ini sebagai langkah kedua Program Rasionalisasi Subsidi.

Berikutan itu, harga RON95 yang diselaraskan menjadi RM1.90 seliter, diesel kepada RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram manakala gula RM2.10 sekilogram.


berita lanjut terjah berita harian online.


dalam utusan pula :

Subsidi bahan api, gula diselaras

KUALA LUMPUR 3 Dis. - Kerajaan hari ini mengumumkan pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen setiap kilogram (kg) bagi Gas Asli Cecair (LPG) dan 20 sen sekilogram bagi gula berkuat kuasa esok.

Berikutan pengurangan subsidi itu, harga petrol RON95 adalah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg.

sekali lagi rujuk utusan untuk berita lanjut.

terbaekkk wokkkk!!! DISELARAS.

iskkk....kata jelah dinaikkan. senang acik nak paham.

berapa harga sekor unta yea? ingat nak beli sekor, nak jalan2 senang. yelahh...minyak asik naik naik je. unta pun tak semahal kereta sebijik kan?


amacam? cara jugak kan?

Friday, December 3, 2010

siapa ada petua?

help....help....



itu bukan keadaan mata aku bila pakai eye shadow meletop okeh, tapi adalah penyakit yang datang sebaik saja aku balik dari pasir gudang senin lepas.

doktor kata ini adalah "bisul di kelopak mata". adoiiii...bisul laa pulak.

dah 2 hari mata tak selesa nak wat keje especially bila ngadap pc.

ubat dah makan tapi mcm tak surut je. so nak tanya siapa ada petua nak buang BISUL ni wehhh...

sedehhh....

Thursday, November 25, 2010

kisah filem kita...

masa tengok preview The Social Network aritu ada satu poster tu sedikit menarik perhatian.

inilah poster yang dimaksudkan.


aku masih dara...jangan sampai ternoda katanya

rupanya ianya adalah filem dari metrowealth, arahan ahmad idham.

gambar setelah di google :


tapi kan.....

ada ke orang nak nengok cerita ni?

Wednesday, November 24, 2010

Nuffnang Premiere Screening - The Social Network

yuhuu....ada org tak yg nak jenguk disini? hikhikkk...

hari isnin baru ni aku dapat invitation dari nuffnang utk menonton premier screening of The Social Network yg bakal ditayang di pawagam pada 2 december 2010 nnt. kali ni dkt gsc midvalley plak.

dan seperti biasa aku angkut cikjib utk tgk wayang ni. kitorg gerak dari subang kol 6.30. smpai kt sana dah magrib, selesaikan apa yg wajib pastu terus ke gsc utk collect tiket.


sampai kt sana punya laa ramai org dok Q utk amik tiket. kitorg pun masuk laa barisan yg sama. selalu tu takde laa sepanjang ni, tp kali ni mcm terasa ramai lak. macam je...tp jumlah yg nonton sama gak kot hikhik.


so dah dpt 2 tiket, lama lagi masa, kitorg pegi soru sapedek dulu kt food court. lama gila tak makan kt food court sini laa. try test makan kuey teow penang sb dolu2 mmg peberet makan sini.


selesai makan marilah kita menuju ke panggung. dapat hall 3 dan seat 13 dan 14. sekalik kitorg rupanya dok terpisah. cisss btol.



The Social Network ni mengisahkan kisah bagaimana seorang genius, Mark Zuckerberg, seorang student dari Harvard yang menemui laman sosial facebook dan menjadi jutawan paling muda di dunia.



sinopsis dia :

On a fall night in 2003, Harvard undergrad and computer programming genius Mark Zuckerberg sits down at his computer and heatedly begins working on a new idea. In a fury of blogging and programming, what begins in his dorm room soon becomes a global social network and a revolution in communication. A mere six years and 500 million friends later, Mark Zuckerberg is the youngest billionaire in history… but for this entrepreneur, success leads to both personal and legal complications.

pelakon2 terdiri dari Jesse Eisenberg (Mark Zuckerberg), Andrew Garfield, Justin Timberlake, Brenda Song, Armie Hammer, Max Minghella dan Rooney Mara. kalau ikut aku yg tak berapa terel pasal movie ni mmg tak berapa kenal laa diorg ni kecuali justin timberlake dan brenda song.


dan rupanya watak kembar Cameron Winklevoss dan Tyler Winklevoss yang merupakan atlit universiti dan mempunyai suara yg macho adalah dimainkan oleh seorang pelakon iaitu Armie Hammer. terel gila sb tak perasan lansung dia nye efek...ehh efek apa haaa? ntah laa hahaha. tp kira tak nampak laa mcm tipu2 letak 2 image mcm filem low budget.


banyak review yg bagus pasal filem ni (source dari oversea laa sb sini kan tak main lagi). dan pada aku pun filem ni menarik dari pelbagai aspek sebab aku tak tidur macam filem2 yg sebelum ni aku tgk selepas balik kerja hehehe.


so korang apa lagi. 2 disember ni sila laa serbu panggung terutamanya mereka yang selalu dok tekun di facebook tu yea :p

ehh...cop cop. sapa nak tengok trailer dulu tu leh pegi ke official website movie ni kat ---> sini.


Thursday, November 11, 2010

habit lama yang kembali....

hi uols...lama tak bersiaran.

aku adalah agak bizi dengan projek ad-hoc yang terpaksa disiapkan dalam masa 2 minggu. tapi sempat gak laa jenguk2 sini untuk tau perkembangan blogger lain (bloghop laa).

mungkin jugak disebabkan bizi ni habit lama aku masa bergelar student aritu kembali menyapa. habit tu adalah masak di tengah2 malam buta. ntah kenapa perut aku mcm tak sekolah bila memlm buta berbunyi lagu meminta diisi.



mee goreng bujang sebujang2 nya ni dimasak malam semalam. aku balik rumah dah dkt kol 9, mandi manda solat semua, dalam 9.30 start buat projek tu. tup2 kol 10 lebih perut bunyi2. dlm peti ais memang takde apa2. so itu lah jadinya. mana yg ada semua aku belasah masuk. lada kering tu pun style pemalas, main gunting2 je.

nasib baik rasa dia bleh tahan laa jugak (tak sedap pun bukan korang tau, sb aku kata sedap kan :p).

iskk..harap2 aku dapat menahan godaan nafsu (makan laa...bukan yg lelain) ni lain kali. dah beberapa malam ni susah plak nak halang.

help...help....


Thursday, November 4, 2010

pergi williams

ini adalah entry terperam katanya hehe.

mek IT dari pasir gudang ada kursus kt PJ aritu. dia dah pesan siap2 kat aku kena bwk dia makan kt william pj sebab asik dgr je cerita dari mereka2 pasal kedai ni.

so malam tu dia, aku, cikjib dan meipeng dari penang branch pegi laa ke sana.

menu malam itu adalah nasi goreng ketam yang dah separuh makan baru teringat nak amik gambar. kira halal laa tu.


dan juga seafood spaghetti (olive oil). yang ni sedap dan tak muak. cuma kitorang muak dengan seafood yang terlampau2 kt dlm nasi dan spaghetti tu. boleh tak siap tak abis udang kat dalam makanan tu. caya tak?


takleh order banyak sebab portion dia kan melambak2. mek IT makan macam iye2. tapi macam biasa dia bukan makan banyak pun.


meiping malam sebelumnya nak pergi ke murni ss2. dah bukan rejeki mereka. so aku explain laa yg dua kedai ni adalah adik beradik.


cikjib yang tak makan apa2. dlm plastik tu dia beli jajan dari kedai serbaneka kt dpn william. dia masih waswas pasal status kedai tu sebab owner dia nama william. ayat dia "kalau kedai tu tukar nama jadik WAK LEMAN baru aku nak makan". gitu.


mulanya aku tak tau nak explain apa kt meiping sb cikjib tak makan kt kedai tu masa dia keluar beli jajan. bukan apa, kadang2 isu halal haram ni agak sensitif. tapi nasib baik meiping paham sebab dia pun dah lama bergaul dengan orang2 melayu.

setelah perut kenyang kami pun belah laa dari situ...


Wednesday, November 3, 2010

tq nuffnang

cheque yang ke berapa tah telah diterima.


thanks to nuffnang.

jangan laa ada yg speku sb aku kata cek kali ke berapa. aku ni pantang nampak dah bleh cash out, trus tanpa segan silu aku click disitu, walaupun kadang amaun cuma rm50 sajork. abes tu mana tak banyak kali terima kan :p


nuffnang pun very generous to me, blogger yg pemalas tapi masih ada juga iklan2 yang menempel disini.

tak banyak mana, tapi bleh laa aku beli kasut konvo dgn duit kali ni hiks....

lempeng..lempeng

ni aktiviti aku ngan cikjib masa wiken bila tah.

melempeng di tengah hari. cikjib kata dia dah lama tak makan lempeng ni since mak dia meninggal almost 10 years back. tak makan bukan sebab tak lalu nak makan orang lain masak, tapi sebab takde siapa nak buatkan. bleh?


since aku pun dah lama tak buat, aku pun mengofferkan diri untuk masak. aku bwk sardin dan tepung dan bahan-bahan lain semua amik kt umah dia.


inilah hasilnya lempeng sambal sardin. too oily sb tak guna non stick pan. sambal pun macam tertumpah minyak kekdahnya.

hikhik.

Wednesday, October 27, 2010

besday syasyakila dan tiqah

mak aiihh...dkt 10 hari tak hapdet blog. hahaha... macam laa ada yang kisah ye dak?

back to topik, syasyakila tu adalah anak buah aku. nama betul dia aisya syakila tapi dulu kekecik dia dok sambungkan nama penuh dia dgn nama panggilan kt umah. so jadik laa gitu.


majlis dibuat minggu lepas lagi. food adalah dimasak sendiri. so...datang laa awal sebab nak rewang. takde sapa yg masak cuma mak mentua adik aku dah bibiknye saja yang menolong, disamping bibik diimport dari ss13 subang jaya.


menu adalah nasi sebab jemputan selepas isya'. tapi ada gak spegheti yg dimasak oleh mak tiqah. aku baru 1st time nengok ni. memang style kt sini makpak hantar anak join the party pastu depa amik semula few hours kendian? kalu aku join makan je terus dgn anak hahaha. mungkin gak sebab budak2 ni pun dah beso, dlm 8 tahun kot kan.


aku plak yg jadik org dapur, baru je macam dpt fresh air tup2 aku dgr diorg nyanyi hepi besday kt luar. aiyoooo.... owhhh...utk decoration kt luar tu dikendalikan oleh makcik2 belah bapak depa.


nampak tu ada lemon dlm dulang? ayam rosemary yg di request oleh beday girl last2 minute pas mak dia bli 6 ekor ayam yg dah dipotong2. tup2 dia call aku cakap - nak ayam yang macam maklong masak masa kt kampung aritu. so merasa laa sekor ayam duduk kt tgh2 meja tu. sib laa ayam tu kan nampak tak cantik, so budak2 takde laa nak berebut sangat hahaha.


majlis ni gak dishare dgn atiqah, anak buah aku sorang lagi yg besday dia pun dekat2 jugak. tapi minah ni kan takleh dok diam, org suh potong kek dia lari sana lari sini sampai siap ada yg takut bila dia dtg dkt hahaha.


elok je aku dok diam, tup2 depa suruh aku handle games utk budak2 ni plak. main kotak beracun je hehe. terpaksa laa jadik cikgu tadika jap handle budak2 ni main. sib baik diorg sporting.

tgh2 tu si tiqah dok mengaco orang main games

takde gambo aku diambil kerana keadaan diri yg dah macam hampeh. punya laa bwk baju nak salin tapi nan ado nye nok. mandi pun tak sempat.

gituu..



Monday, October 18, 2010

idea dalam jamban

semalam sorang kawan bagi statement :

kau ni dari dulu mesti dapat idea dari jamban. lawak betul laa...

lawak ke?

aku rasa ramai kot orang macam aku. yelah...daripada termenung memikir benda tak berpekdah baik fikir hal semasa atau idea2 yang boleh digunakan. kecuali kalau korang mengalami masalah sembelit laa kan. dok pikir camne nak keluarkan hampas dari bawah itteww yang amatlah siksanya.

yea...aku tau itu sangat gross. tapi betul laa kan hahaha.

image from google

kalau bagi aku, sebenarnya kat mana-mana pun boleh je nak berfikir, terpulanglah pada individu. tapi yang paling best memang laa kat jamban dan semasa memandu. kalau tak, takde laa istilah sesat walaupun jalan tu aku memang dah sedia familiar.

cuma berfikir masa memandu adalah amat berbahaya ok. jangan diamalkan!

oleh itu marilah kita sama-sama berfikir dan memerah otak semasa 'melabur'.

sekian :p

Friday, October 15, 2010

suka makan seafood? meh baca ni...

sekarang ni idea utk memblog aktiviti adalah suam2 kuku so biar aku cerita pasal isu semasa jelah yea :p

pagi tadi ada tengok MHI, diorang memperkatakan tentang seafood di malaysia yang mungkin boleh pupus. according to SOS (save our seafood) website :

In 2010, Malaysia's per capita consumption (seafood laa ni) is expected to increase to 56kg and with a total population of 28.3million, we would have consumed more than 1.58 billion kg of seafood in 2010 alone.

dasat tak dasat?

korang baca laa website diorang tu untuk maklumat lanjut. kata depa, antara yang menyebabkan kepupusan haiwan lautan ni adalah cara penangkapan oleh nelayan yang boleh membahayakan hidupan-hidupan di dasar laut tu.

dan mereka juga mengadakan kempen dan mengeluarkan pamphlet untuk semua pengguna yang gemarkan seafood (macam aku). tak sure laa bleh dapat kat mana, tapi korang boleh jugak download dari --> sini.

makanan yang digalakkan untuk kita makan adalah spesis yang ditangkap dengan cara selamat. ianya kt column yang kaler hijau macam ni :


yang kaler merah pulak yang patut kita elakkan.


korang tengok betul-betul yang dalam kaler merah tu. sedap woo masak 3 rasa, sweet sour semua. nanges....sob sob sob.

tapi sesekali tu ok laa kot kan :p



p/s : ini bukan entry berbayar...

Wednesday, October 13, 2010

bukan kau sorang bayar road tax

since orang dok sibuk cita pasal highway, eksiden dan sebagainya ni, aku pun nak mencelah laa jugak. sebagai pengguna tegar lebuhraya utara selatan PLUS, aku pun sering gunakan jalan tersebut untuk balik kampung. tegar laa sangat, padahal itu laa jalan yang aku tau :p

ok...itu bukan ceritanya. masalahnya di sini adalah pengguna yang gunakan lebuhraya ni laa. kalau jalan dari selatan, selepas air keroh jalan akan menjadi 3 lorong hingga laa ke kl kan. so korang sedar tak lorong tengah selalu digunakan untuk pemandu bersantai-santai.

paham maksud aku?

diorang tu drive dengan erti kata lain macam jalan tu ada chop nama mereka. santai dan slow je. ada tu yang bawak dalam 70, 80 kmj. dan yang lagi best tu bukan sorang yang buat macam tu, tapi ramai ok!



serius aku tak paham laa apa yang depa dok fikirkan. aku tak jumpa plak pengguna yang camni masa drive dari kampung ke jb dulu. mungkin juga laa sebab jalan tu cuma ada 2 lorong je.

kalau keta kodok macam keta aku yang tak pikap tu mungkin laa bleh paham duduk kt lorong tengah tu. tapi masalahnye kereta yang high cc, mahai nak mamp tapi slow gilak.



bagi pemandu2 lain yang drive mengikut hadlaju yang ditetapkan di highway iaitu 110kmj, terpaksa laa memotong ikut mana2 yang kosong sama ada dari kiri atau kanan. terpaksa ok ikut kiri. nak wat cemana.

agaknya apa masalah kalau bawak slow ni duduk kt kiri sekali yea? adakah kerana kereta kau hebat, maka adalah malu untuk stay di lorong kiri?

kalau aku, lagi malu kalau ada kenderaan kodok yang pintas dari arah kiri. loser gila!

Tuesday, October 12, 2010

mood swing

aku tak suka menulis di dalam keadaan mood yang tak menentu.

aku seboleh-bolehnya malas nak jumpa ramai orang kalau mood yang macam ni tiba.

juga malas nak nengok fb (kecuali games).

sebab nanti semua perkara tersebut akan menyebabkan aku naik angin tak tentu pasal. siapa yang kenal mesti tau mulut aku pun boleh tahan puaka juga kalau menembak (kata-kata).


so better diam...



Monday, October 11, 2010

tragedi oktober...tapi bukan lagu awie

korang dah tengok berita atau baca paper tak pasal kemalangan ngeri semalam. meh aku kopipes dari utusan :

SEREMBAN 10 Okt. – Seramai 12 orang maut, manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang ini.


gambar utusan

nak berita lanjut leh terjah utusan online kat sini. antara petikan yang ada lagi :

Tragedi Oktober itu mengakibatkan puluhan ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga lewat malam ini apabila pihak berkuasa terpaksa menutup laluan di kedua-dua arah untuk kerja-kerja menyelamat.

yang puluhan ribu kenderaan ni termasuk lah aku yea. aku masuk ke lebuhraya dalam kol 7 camtu, kemudian bila sampai ke kawasan air keroh, kereta dah banyak.

tak lama lepas tu ada laa bomba lalu, JPA lalu, ambulans jangan kata laa. lebih 5 buah kereta ambulans kot yang ada. dalam hati dah rasa mesti teruk keadaan kat depan sebab banyak betul ambulans.

dan satu lagi yang menyumbang keadaan sesak adalah pemandu yang tak sabar sibuk nak lalu kat emergency lane dan menyebabkan ambulans2 tersebut lambat sampai ke tempat kejadian. bodoh punya orang! tak reti sabar!

kerana kemalangan itu juga tak dapat aku nak tengok siaran lansung DR SMS sebab sampai rumah dekat kol 12 malam. tsk...tskkk...tskkk...

apa pun, takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.

Saturday, October 9, 2010

entry penang lagi...

sebenarnya malas nak buat entry penang tu. dah berkurun jua adanya. tapi sebab dah ada gambaq, biar aku cite yang penting-penting je laa yea. hikss penting kerr???


yang pertamanya yang paling paling penting! misi utama adalah mencari KETAM KARI.

dulu ada seorang apek (yang dipanggil uncle laa kan :p) jual kt tepi pantai feringhi tu. halal yea, insyaallah. tetiba katanya dia dah berhenti berniaga dah. dan beberapa hari aritu salah sorang kawan ada bagitau yang pekerja apek tu dah keje kt tempat lain, tapi ketam kari dia masih still sama.


so bila kami ke kedai tu, adik apek tu pun keje situ juga. jadinya memang mensahihkan lagi laa cerita kawan tersebut. dan bila rasa, masih power seperti dulu. dan kami pun jadi gendang gendut tali kecapi, kenyang perut sukalah hati.

haaa...ni suka laa ni sebab kenyang

TAPI AWASSS!!!! katanya kenyang, tapi dari feringhi terus ke gurney drive pekena rojak mamak, sate, laksa dan kuey teow goreng pulak. sapa nak jawab tu? hahaha...

misi yang lain adalah bergambar di hard rock penang. nak pergi malam tapi macam terlampau pack, so pegi siangnya (walaupun baju yang sama). gambar, gambar, gambar dan chowww.


setel misi kedua.

dalam mengejar misi tu, kereta plak telah tertusuk sembilu hahaha. bukan sembilu laa. tah apa benda tah. walaupun sebelum pegi dah di servis tip top, tapi kat highway tu sapa laa yang tau kan. lebih-lebih lagi kapasiti penumpang yang boombastik ni (kecuali dikna) sangat laa menolong kepada ke-flat-tan tayar.


nasib baik ada kedai apek ni yang bukak di pagi ahad. we lef u apek. u are our saviour lah!!!

owhhh...dan apalah maknanya ke penang tanpa pekena nasi kandaq. pakat mai jauh ke belah sana penang nun semata-mata nak pekena nasik ni. hang jangan men-men.


hat ni restoren KAYU NASI KANDAR dkt dengan vistana nun. dasat tak dasat!

dan sesungguhnya sekejap lagi kita terpaksa besarkan peta pulau pinang di dalam atlas dan pelajaran geografi sekolah yea adik-adik.


semuanya kerana terdapat banyaknya projek-projek perumahan dan bangunan pencakar langit di atas tanah yang ditambak dipesisir lautan. hebat!

makan-makan bukan setakat itu saja. breakfast tu malas nak buh lah, nanti korang kata kami makan banyak (walaupun....hahaha). pasar chowrasta adalah penting juga untuk membeli jeruk dan jajan-jajan. dan juga menapau nasi kandaq hameediah untuk dibawa pulang. so bayang-bayangkan jelah yea.

dah selesai pi balik laa plak. balik kena naik feri pulak... baru feel.


dan antara misi tak kesampaian : makan nasi kandaq beratur serta ketam kari (basah). yang dok makan tu hat kering. so kena pi lagi laa hai.

hishhh...kot marka tengok malu nihhh. makan sesaja :p