Wednesday, October 13, 2010

bukan kau sorang bayar road tax

since orang dok sibuk cita pasal highway, eksiden dan sebagainya ni, aku pun nak mencelah laa jugak. sebagai pengguna tegar lebuhraya utara selatan PLUS, aku pun sering gunakan jalan tersebut untuk balik kampung. tegar laa sangat, padahal itu laa jalan yang aku tau :p

ok...itu bukan ceritanya. masalahnya di sini adalah pengguna yang gunakan lebuhraya ni laa. kalau jalan dari selatan, selepas air keroh jalan akan menjadi 3 lorong hingga laa ke kl kan. so korang sedar tak lorong tengah selalu digunakan untuk pemandu bersantai-santai.

paham maksud aku?

diorang tu drive dengan erti kata lain macam jalan tu ada chop nama mereka. santai dan slow je. ada tu yang bawak dalam 70, 80 kmj. dan yang lagi best tu bukan sorang yang buat macam tu, tapi ramai ok!



serius aku tak paham laa apa yang depa dok fikirkan. aku tak jumpa plak pengguna yang camni masa drive dari kampung ke jb dulu. mungkin juga laa sebab jalan tu cuma ada 2 lorong je.

kalau keta kodok macam keta aku yang tak pikap tu mungkin laa bleh paham duduk kt lorong tengah tu. tapi masalahnye kereta yang high cc, mahai nak mamp tapi slow gilak.



bagi pemandu2 lain yang drive mengikut hadlaju yang ditetapkan di highway iaitu 110kmj, terpaksa laa memotong ikut mana2 yang kosong sama ada dari kiri atau kanan. terpaksa ok ikut kiri. nak wat cemana.

agaknya apa masalah kalau bawak slow ni duduk kt kiri sekali yea? adakah kerana kereta kau hebat, maka adalah malu untuk stay di lorong kiri?

kalau aku, lagi malu kalau ada kenderaan kodok yang pintas dari arah kiri. loser gila!

No comments: