yang pertamanya yang paling paling penting! misi utama adalah mencari KETAM KARI.
dulu ada seorang apek (yang dipanggil uncle laa kan :p) jual kt tepi pantai feringhi tu. halal yea, insyaallah. tetiba katanya dia dah berhenti berniaga dah. dan beberapa hari aritu salah sorang kawan ada bagitau yang pekerja apek tu dah keje kt tempat lain, tapi ketam kari dia masih still sama.
so bila kami ke kedai tu, adik apek tu pun keje situ juga. jadinya memang mensahihkan lagi laa cerita kawan tersebut. dan bila rasa, masih power seperti dulu. dan kami pun jadi gendang gendut tali kecapi, kenyang perut sukalah hati.
TAPI AWASSS!!!! katanya kenyang, tapi dari feringhi terus ke gurney drive pekena rojak mamak, sate, laksa dan kuey teow goreng pulak. sapa nak jawab tu? hahaha...
misi yang lain adalah bergambar di hard rock penang. nak pergi malam tapi macam terlampau pack, so pegi siangnya (walaupun baju yang sama). gambar, gambar, gambar dan chowww.
setel misi kedua.
dalam mengejar misi tu, kereta plak telah tertusuk sembilu hahaha. bukan sembilu laa. tah apa benda tah. walaupun sebelum pegi dah di servis tip top, tapi kat highway tu sapa laa yang tau kan. lebih-lebih lagi kapasiti penumpang yang boombastik ni (kecuali dikna) sangat laa menolong kepada ke-flat-tan tayar.
nasib baik ada kedai apek ni yang bukak di pagi ahad. we lef u apek. u are our saviour lah!!!
owhhh...dan apalah maknanya ke penang tanpa pekena nasi kandaq. pakat mai jauh ke belah sana penang nun semata-mata nak pekena nasik ni. hang jangan men-men.
hat ni restoren KAYU NASI KANDAR dkt dengan vistana nun. dasat tak dasat!
dan sesungguhnya sekejap lagi kita terpaksa besarkan peta pulau pinang di dalam atlas dan pelajaran geografi sekolah yea adik-adik.
semuanya kerana terdapat banyaknya projek-projek perumahan dan bangunan pencakar langit di atas tanah yang ditambak dipesisir lautan. hebat!
makan-makan bukan setakat itu saja. breakfast tu malas nak buh lah, nanti korang kata kami makan banyak (walaupun....hahaha). pasar chowrasta adalah penting juga untuk membeli jeruk dan jajan-jajan. dan juga menapau nasi kandaq hameediah untuk dibawa pulang. so bayang-bayangkan jelah yea.
dah selesai pi balik laa plak. balik kena naik feri pulak... baru feel.
dan antara misi tak kesampaian : makan nasi kandaq beratur serta ketam kari (basah). yang dok makan tu hat kering. so kena pi lagi laa hai.
hishhh...kot marka tengok malu nihhh. makan sesaja :p
1 comment:
Wah, rindunya kari ketam ituuuuuuuu.........
Post a Comment