Wednesday, October 27, 2010

besday syasyakila dan tiqah

mak aiihh...dkt 10 hari tak hapdet blog. hahaha... macam laa ada yang kisah ye dak?

back to topik, syasyakila tu adalah anak buah aku. nama betul dia aisya syakila tapi dulu kekecik dia dok sambungkan nama penuh dia dgn nama panggilan kt umah. so jadik laa gitu.


majlis dibuat minggu lepas lagi. food adalah dimasak sendiri. so...datang laa awal sebab nak rewang. takde sapa yg masak cuma mak mentua adik aku dah bibiknye saja yang menolong, disamping bibik diimport dari ss13 subang jaya.


menu adalah nasi sebab jemputan selepas isya'. tapi ada gak spegheti yg dimasak oleh mak tiqah. aku baru 1st time nengok ni. memang style kt sini makpak hantar anak join the party pastu depa amik semula few hours kendian? kalu aku join makan je terus dgn anak hahaha. mungkin gak sebab budak2 ni pun dah beso, dlm 8 tahun kot kan.


aku plak yg jadik org dapur, baru je macam dpt fresh air tup2 aku dgr diorg nyanyi hepi besday kt luar. aiyoooo.... owhhh...utk decoration kt luar tu dikendalikan oleh makcik2 belah bapak depa.


nampak tu ada lemon dlm dulang? ayam rosemary yg di request oleh beday girl last2 minute pas mak dia bli 6 ekor ayam yg dah dipotong2. tup2 dia call aku cakap - nak ayam yang macam maklong masak masa kt kampung aritu. so merasa laa sekor ayam duduk kt tgh2 meja tu. sib laa ayam tu kan nampak tak cantik, so budak2 takde laa nak berebut sangat hahaha.


majlis ni gak dishare dgn atiqah, anak buah aku sorang lagi yg besday dia pun dekat2 jugak. tapi minah ni kan takleh dok diam, org suh potong kek dia lari sana lari sini sampai siap ada yg takut bila dia dtg dkt hahaha.


elok je aku dok diam, tup2 depa suruh aku handle games utk budak2 ni plak. main kotak beracun je hehe. terpaksa laa jadik cikgu tadika jap handle budak2 ni main. sib baik diorg sporting.

tgh2 tu si tiqah dok mengaco orang main games

takde gambo aku diambil kerana keadaan diri yg dah macam hampeh. punya laa bwk baju nak salin tapi nan ado nye nok. mandi pun tak sempat.

gituu..



Monday, October 18, 2010

idea dalam jamban

semalam sorang kawan bagi statement :

kau ni dari dulu mesti dapat idea dari jamban. lawak betul laa...

lawak ke?

aku rasa ramai kot orang macam aku. yelah...daripada termenung memikir benda tak berpekdah baik fikir hal semasa atau idea2 yang boleh digunakan. kecuali kalau korang mengalami masalah sembelit laa kan. dok pikir camne nak keluarkan hampas dari bawah itteww yang amatlah siksanya.

yea...aku tau itu sangat gross. tapi betul laa kan hahaha.

image from google

kalau bagi aku, sebenarnya kat mana-mana pun boleh je nak berfikir, terpulanglah pada individu. tapi yang paling best memang laa kat jamban dan semasa memandu. kalau tak, takde laa istilah sesat walaupun jalan tu aku memang dah sedia familiar.

cuma berfikir masa memandu adalah amat berbahaya ok. jangan diamalkan!

oleh itu marilah kita sama-sama berfikir dan memerah otak semasa 'melabur'.

sekian :p

Friday, October 15, 2010

suka makan seafood? meh baca ni...

sekarang ni idea utk memblog aktiviti adalah suam2 kuku so biar aku cerita pasal isu semasa jelah yea :p

pagi tadi ada tengok MHI, diorang memperkatakan tentang seafood di malaysia yang mungkin boleh pupus. according to SOS (save our seafood) website :

In 2010, Malaysia's per capita consumption (seafood laa ni) is expected to increase to 56kg and with a total population of 28.3million, we would have consumed more than 1.58 billion kg of seafood in 2010 alone.

dasat tak dasat?

korang baca laa website diorang tu untuk maklumat lanjut. kata depa, antara yang menyebabkan kepupusan haiwan lautan ni adalah cara penangkapan oleh nelayan yang boleh membahayakan hidupan-hidupan di dasar laut tu.

dan mereka juga mengadakan kempen dan mengeluarkan pamphlet untuk semua pengguna yang gemarkan seafood (macam aku). tak sure laa bleh dapat kat mana, tapi korang boleh jugak download dari --> sini.

makanan yang digalakkan untuk kita makan adalah spesis yang ditangkap dengan cara selamat. ianya kt column yang kaler hijau macam ni :


yang kaler merah pulak yang patut kita elakkan.


korang tengok betul-betul yang dalam kaler merah tu. sedap woo masak 3 rasa, sweet sour semua. nanges....sob sob sob.

tapi sesekali tu ok laa kot kan :p



p/s : ini bukan entry berbayar...

Wednesday, October 13, 2010

bukan kau sorang bayar road tax

since orang dok sibuk cita pasal highway, eksiden dan sebagainya ni, aku pun nak mencelah laa jugak. sebagai pengguna tegar lebuhraya utara selatan PLUS, aku pun sering gunakan jalan tersebut untuk balik kampung. tegar laa sangat, padahal itu laa jalan yang aku tau :p

ok...itu bukan ceritanya. masalahnya di sini adalah pengguna yang gunakan lebuhraya ni laa. kalau jalan dari selatan, selepas air keroh jalan akan menjadi 3 lorong hingga laa ke kl kan. so korang sedar tak lorong tengah selalu digunakan untuk pemandu bersantai-santai.

paham maksud aku?

diorang tu drive dengan erti kata lain macam jalan tu ada chop nama mereka. santai dan slow je. ada tu yang bawak dalam 70, 80 kmj. dan yang lagi best tu bukan sorang yang buat macam tu, tapi ramai ok!



serius aku tak paham laa apa yang depa dok fikirkan. aku tak jumpa plak pengguna yang camni masa drive dari kampung ke jb dulu. mungkin juga laa sebab jalan tu cuma ada 2 lorong je.

kalau keta kodok macam keta aku yang tak pikap tu mungkin laa bleh paham duduk kt lorong tengah tu. tapi masalahnye kereta yang high cc, mahai nak mamp tapi slow gilak.



bagi pemandu2 lain yang drive mengikut hadlaju yang ditetapkan di highway iaitu 110kmj, terpaksa laa memotong ikut mana2 yang kosong sama ada dari kiri atau kanan. terpaksa ok ikut kiri. nak wat cemana.

agaknya apa masalah kalau bawak slow ni duduk kt kiri sekali yea? adakah kerana kereta kau hebat, maka adalah malu untuk stay di lorong kiri?

kalau aku, lagi malu kalau ada kenderaan kodok yang pintas dari arah kiri. loser gila!

Tuesday, October 12, 2010

mood swing

aku tak suka menulis di dalam keadaan mood yang tak menentu.

aku seboleh-bolehnya malas nak jumpa ramai orang kalau mood yang macam ni tiba.

juga malas nak nengok fb (kecuali games).

sebab nanti semua perkara tersebut akan menyebabkan aku naik angin tak tentu pasal. siapa yang kenal mesti tau mulut aku pun boleh tahan puaka juga kalau menembak (kata-kata).


so better diam...



Monday, October 11, 2010

tragedi oktober...tapi bukan lagu awie

korang dah tengok berita atau baca paper tak pasal kemalangan ngeri semalam. meh aku kopipes dari utusan :

SEREMBAN 10 Okt. – Seramai 12 orang maut, manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang ini.


gambar utusan

nak berita lanjut leh terjah utusan online kat sini. antara petikan yang ada lagi :

Tragedi Oktober itu mengakibatkan puluhan ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga lewat malam ini apabila pihak berkuasa terpaksa menutup laluan di kedua-dua arah untuk kerja-kerja menyelamat.

yang puluhan ribu kenderaan ni termasuk lah aku yea. aku masuk ke lebuhraya dalam kol 7 camtu, kemudian bila sampai ke kawasan air keroh, kereta dah banyak.

tak lama lepas tu ada laa bomba lalu, JPA lalu, ambulans jangan kata laa. lebih 5 buah kereta ambulans kot yang ada. dalam hati dah rasa mesti teruk keadaan kat depan sebab banyak betul ambulans.

dan satu lagi yang menyumbang keadaan sesak adalah pemandu yang tak sabar sibuk nak lalu kat emergency lane dan menyebabkan ambulans2 tersebut lambat sampai ke tempat kejadian. bodoh punya orang! tak reti sabar!

kerana kemalangan itu juga tak dapat aku nak tengok siaran lansung DR SMS sebab sampai rumah dekat kol 12 malam. tsk...tskkk...tskkk...

apa pun, takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.

Saturday, October 9, 2010

entry penang lagi...

sebenarnya malas nak buat entry penang tu. dah berkurun jua adanya. tapi sebab dah ada gambaq, biar aku cite yang penting-penting je laa yea. hikss penting kerr???


yang pertamanya yang paling paling penting! misi utama adalah mencari KETAM KARI.

dulu ada seorang apek (yang dipanggil uncle laa kan :p) jual kt tepi pantai feringhi tu. halal yea, insyaallah. tetiba katanya dia dah berhenti berniaga dah. dan beberapa hari aritu salah sorang kawan ada bagitau yang pekerja apek tu dah keje kt tempat lain, tapi ketam kari dia masih still sama.


so bila kami ke kedai tu, adik apek tu pun keje situ juga. jadinya memang mensahihkan lagi laa cerita kawan tersebut. dan bila rasa, masih power seperti dulu. dan kami pun jadi gendang gendut tali kecapi, kenyang perut sukalah hati.

haaa...ni suka laa ni sebab kenyang

TAPI AWASSS!!!! katanya kenyang, tapi dari feringhi terus ke gurney drive pekena rojak mamak, sate, laksa dan kuey teow goreng pulak. sapa nak jawab tu? hahaha...

misi yang lain adalah bergambar di hard rock penang. nak pergi malam tapi macam terlampau pack, so pegi siangnya (walaupun baju yang sama). gambar, gambar, gambar dan chowww.


setel misi kedua.

dalam mengejar misi tu, kereta plak telah tertusuk sembilu hahaha. bukan sembilu laa. tah apa benda tah. walaupun sebelum pegi dah di servis tip top, tapi kat highway tu sapa laa yang tau kan. lebih-lebih lagi kapasiti penumpang yang boombastik ni (kecuali dikna) sangat laa menolong kepada ke-flat-tan tayar.


nasib baik ada kedai apek ni yang bukak di pagi ahad. we lef u apek. u are our saviour lah!!!

owhhh...dan apalah maknanya ke penang tanpa pekena nasi kandaq. pakat mai jauh ke belah sana penang nun semata-mata nak pekena nasik ni. hang jangan men-men.


hat ni restoren KAYU NASI KANDAR dkt dengan vistana nun. dasat tak dasat!

dan sesungguhnya sekejap lagi kita terpaksa besarkan peta pulau pinang di dalam atlas dan pelajaran geografi sekolah yea adik-adik.


semuanya kerana terdapat banyaknya projek-projek perumahan dan bangunan pencakar langit di atas tanah yang ditambak dipesisir lautan. hebat!

makan-makan bukan setakat itu saja. breakfast tu malas nak buh lah, nanti korang kata kami makan banyak (walaupun....hahaha). pasar chowrasta adalah penting juga untuk membeli jeruk dan jajan-jajan. dan juga menapau nasi kandaq hameediah untuk dibawa pulang. so bayang-bayangkan jelah yea.

dah selesai pi balik laa plak. balik kena naik feri pulak... baru feel.


dan antara misi tak kesampaian : makan nasi kandaq beratur serta ketam kari (basah). yang dok makan tu hat kering. so kena pi lagi laa hai.

hishhh...kot marka tengok malu nihhh. makan sesaja :p

Friday, October 8, 2010

kegilaan terhadap shopping online

ye...aku tau laa shopping online ni dah lama. aku pun ada gak dulu beli secara online kt ebay especially nya. tapi takde laa kerap.

sekarang ni ada facebook, makin banyak orang membuat bisnes secara online dan bagus jugak laa kan untuk ekonomi masing-masing. tapi jangan lupa declare income setiap tahun yea. jangan sorok-sorok dari income tax. not nice! not nice!

sekarang kegilaan aku adalah kepada tudung dan shawl. dan syoknya ramai je yang menjual tudung online sekarang yang sangat menarik2. eh..ke dah lama cuma aku je yang tak tau ni hikhikk...

model-model tudung aritu (dkt2 ariani), tudung periuk, tudung botol dan tudung saji

oh yea...kalau korang nak cari tudung online dan harga rendah setanding dengan kualiti tudung, aku cadangkan korang pegi ke blog ni --> mama's homebiz. opsss ni bukan entry berbayar ok. saja je nak bagi info.

dan sekarang dengarnye blogger popular viruspadu pun nak buka online butik jual tudung. wahhhh...syoknya. sapa kata pakai tudung takleh berfesyen?

cuma....aku terkilan gak pada diorang yang nak meniaga di fb tapi dok private kan dia punya page. macamnya... kita punya laa syok nampak ada iklan menarik sekali nak click pada gambar, takleh nak view produk tersebut. rugi ok!

tapi takpelah...mungkin diorang nye business tu exclusive kot kan.


akhir kata dengan satu dialog semasa makan di penang :
kak ina, napa kak ina pakai tudung sekarang ?

takpe laa, kan pakai tudung bagus.

kak ina memang pakai tudung yang macam ni ke?

yang biasa ada, yang gini pun ada. tak cantik ke dik?

cantik, lagi cantik pakai tudung yang ni.

ahak...ahakss.... malewww ai.

sekian :p


Thursday, October 7, 2010

CD/VCD/DVD cetak rompak..

pagi tadi dapat forwarded email tentang perkara ni :



kalu takleh baca meh aku copy paste :

Pirated CDs / VCDs / DVDs - Road Blocks in Malaysia

Already started since last month.

To all those CDs lover pls beware!

Please do not keep any pirated or burned CDs, DVDs, or VCDs in your car.

Police and Domestic Trade & Consumer Affairs Ministry's enforcement division in Malaysia have started the operation to search and fine anyone who keep pirated disc inside their car especially through road block at all main road and expressways.

If any pirated or burned disc found inside your car will be charged RM400 per disc. Example 30 discs found means the fine will be RM12,000.

This is real. Another friend of mine from Seagate, today during lunch time, 5 CD x RM400 = RM2,000

One of the Plexus colleague brother-in-law caught by Police due to pirated CD in the car on the way to town for lunch with his friend in the afternoon. One CD fined RM400.

Please disseminate this to all your friends who are driving in Malaysia .

sebenarnya dah lama dengar tentang benda ni dari in-law sb dia kan keje dengan gomen dan kementerian ni. tapi dok laa kata nanti2 dulu.

tapi bila dah baca pengalaman orang ni macam seram laa pulak. yelah...sapa2 yang pernah naik keta aku mesti tau betapa sukarnya untuk mencari cd original di dalam kereta tu. semuanya burn hikhik. yang ada pun cuma cd2 yang aku beli di indon je (sebab murah -___-).

aduhhh....kena laa lempar keluar cd2 yang ada tuh. yelah...kalau nak dikira dalam tu aja ada lebih 20 cd kot. ko bayangkan kalu dikali dengan rm400. rm8000 nokkk!!! tambah sikit lagi aku dah boleh buat down payment keluarkan kereta idaman okeh.

tapi kalu nak dgr sangat pun dengar je. kot-kot ada road block kang sorok kat dalam baju aci tak? hikhikk..

so...korang2 yang suka burn-burn cd tu (macam aku), sila laa berhati-hati. dari sekarang beli laa yang original yea :p

fly to seoul....

ehemmm...bukan aku yang nak fly to seoul tu yea.

ni nak cite pasal lagu nih. korang mesti biasa dengar kt tv kan. lagu dari band 2PM. sapa yg kpop punya kaki mesti kenal punya.



rasa nak menari2 je bila dengar.

tp sedar diri takut umah ni runtuh kalu aku menari kang.

Wednesday, October 6, 2010

kak ina kru

semalam aku dapat friend invitation dan private message kt fb dari salah sorang member2 study group yang memang dah lama lost contact.

message dia :


dia tanya
: harlina kru ke ni


gelak besar aku baca hikhik.

kalu korang nak tau dulu aku adalah fanatik gila kru. dimana2 ada kru (show laa maksudnya) kt situ juga ada aku. haaa...camtu sekali gilanya.

aku kan ajk asrama time tu. so semua org baik senior atau junior panggil aku mesti ada kru kt belakang nama. tau laa berapa ramai orang nama ina ni kan. sampai ada sorang junior ni bila ditanya mana bilik harlina dia tak kenal. tapi bila ditanya balik bilik KAK INA KRU terus dia bleh tunjuk. betapa hebat penangan kru kt aku dolu2 yea hehe.

tapi laa ni takde laa nak folo2 kru nih. dah tua beb!

cuma still minat dan sokong dengan hasil kerja diorang. ramai jugak orang tak suka depa kan tapi ada aku kesah. tengok laa diorang sekarang yang dah berjaya membina empayar sendiri.

syabas KRU!

ehhh...tetiba cite kru plak. cite nama aku dah hilang hahaha...


Monday, October 4, 2010

kenapa masih solo?

korang dengar tak topik kt sinar pagi hari ni? topik dia tajuknya serupa laa dengan tajuk entry aku tu hehehe.

takde apa yg aku nak tulis sebenarnya. malas nak kupas isu2 kawin ni. takde jawapan :p.

tapi nak cite ni, pernah anak buah aku yang umur 5 tahun tanya soalan :

napa maklong takde anak? maklong tak kawin eee?

bleh? hahaha

aku jawab kt dia :

kawin tu apa?

alaa kawin tu macam mak dengan abah, duduk sama-sama

abis tu anak tu nak dapat dari mana?

dari dalam perut laa...


senang je jawapan budak2 ni, dia tengok apa yang berlaku kt mak bapak dia je. tp yang best last2 dia kalah laa sb aku kata kalau aku kawin no more bawak jalan2, beli jajan dan toys. hahaha keji!

tapi apa2 pun aku tetap :


kan? kan? kan? ahaksss... pangggg!!! sekali...

cuma wiken ni sekali lagi aku kena bersedia mental dan fizikal sebab nak attend wedding kazen ku kt jb.

adussss......


Friday, October 1, 2010

open house di penang

open house tu saja je aku yg reka sb bila ramai tanya aku kemana hujung minggu tu, aku ckp nak pegi "open house dgn kak rozi". tapi tak ckp laa destinasinya ke mana sb malas nak dgr 1001 macam kiriman hikhik. amppunnn kak rozi gunakan nama utk larikan diri :p

so...minggu lepas kami ke penang dengan satu tujuan.

MAKAN!!!

ahli rombongan terdiri daripada :



hahaha bagaimanakah muka yg paling besar menjadi bujur siweh dengan tiba-tiba? abaikan!!!!

kol 9 pagi dah bertolak dari umah adik bewadik yg berbaju merah2 ketiga2 nya (janji ke apa) untuk makan dan singgah ke sekolah cikdib kononnya untuk mengambil robe konvo. melihatkan keadaan yang agak tak boleh blah ramainya, hasrat itu dipospon. terus ke setapak mengambil cailfish.


dalam kol 10 camtu kot gerak ke penang. benti kejap di stesen minyak apa tah sb ada ahli rombongan yg nak terkemeh. sapa tah tatau. pastu bleh lak tempat tu tak ada air. benti lagi kt sungai buluh utk melepaskan hajat itu. dah benti tu beli laa jajan2 utk dikunyah2.

then benti kejap kt stesen tapah untuk kencing dan beli2 jajan lagi.

tengahari kitorang benti kt R&R sungai perak untuk makan tengahari laa apa lagi. semua ngidam nak makan patin tempoyak kecuali afiq dan dikna. gambar tak amik laa plak.


dah makan leh plak meng-aiskerim kan diri.



sila jangan tengok muka afiq ye... aku kata JANGAN!!!

afiq - bukan salah aku kalu diorg tengok. dah pesan jangan tengok pun masih ada yang tengok cemana? lagipun gambar ni je yg macam decent sket masa sesi eskrim ni. sila jangan buat entry berbalas ok!

dah kenyang perjalanan pun diteruskan. hinggalah sampai kt mana tah ada plak emergency call yang menyebabkan kena benti.


tak lama pastu sampai laa kami ke penang. yeayyy....


kiranya konsep perjalanan kali ni memang bertepatan dengan objektif asal ke sana laa kan. makan, makan dan makan. aku ngan dikna menjadi juara sebab kami memang tak benti2 makan masa on the way tu. mereka yang lain tu tidak. diet memanjang kejenya. percaya lah!


meh aku senaraikan sessi makanan yang ada :

  • pagi makan kt pelita ampang
  • masa benti kt stesen minyak, beli jajan2 untuk dikunyah2
  • benti kt stesen tapah, beli buah2 dan kacang rebus
  • makan tengahari kt sungai perak
  • pas makan, aiskerim plak
  • masa otw makan jajan lite-lite

ok macam sikit. ni lom makan kt penang lagi yea.....