Wednesday, October 27, 2010

besday syasyakila dan tiqah

mak aiihh...dkt 10 hari tak hapdet blog. hahaha... macam laa ada yang kisah ye dak?

back to topik, syasyakila tu adalah anak buah aku. nama betul dia aisya syakila tapi dulu kekecik dia dok sambungkan nama penuh dia dgn nama panggilan kt umah. so jadik laa gitu.


majlis dibuat minggu lepas lagi. food adalah dimasak sendiri. so...datang laa awal sebab nak rewang. takde sapa yg masak cuma mak mentua adik aku dah bibiknye saja yang menolong, disamping bibik diimport dari ss13 subang jaya.


menu adalah nasi sebab jemputan selepas isya'. tapi ada gak spegheti yg dimasak oleh mak tiqah. aku baru 1st time nengok ni. memang style kt sini makpak hantar anak join the party pastu depa amik semula few hours kendian? kalu aku join makan je terus dgn anak hahaha. mungkin gak sebab budak2 ni pun dah beso, dlm 8 tahun kot kan.


aku plak yg jadik org dapur, baru je macam dpt fresh air tup2 aku dgr diorg nyanyi hepi besday kt luar. aiyoooo.... owhhh...utk decoration kt luar tu dikendalikan oleh makcik2 belah bapak depa.


nampak tu ada lemon dlm dulang? ayam rosemary yg di request oleh beday girl last2 minute pas mak dia bli 6 ekor ayam yg dah dipotong2. tup2 dia call aku cakap - nak ayam yang macam maklong masak masa kt kampung aritu. so merasa laa sekor ayam duduk kt tgh2 meja tu. sib laa ayam tu kan nampak tak cantik, so budak2 takde laa nak berebut sangat hahaha.


majlis ni gak dishare dgn atiqah, anak buah aku sorang lagi yg besday dia pun dekat2 jugak. tapi minah ni kan takleh dok diam, org suh potong kek dia lari sana lari sini sampai siap ada yg takut bila dia dtg dkt hahaha.


elok je aku dok diam, tup2 depa suruh aku handle games utk budak2 ni plak. main kotak beracun je hehe. terpaksa laa jadik cikgu tadika jap handle budak2 ni main. sib baik diorg sporting.

tgh2 tu si tiqah dok mengaco orang main games

takde gambo aku diambil kerana keadaan diri yg dah macam hampeh. punya laa bwk baju nak salin tapi nan ado nye nok. mandi pun tak sempat.

gituu..



Monday, October 18, 2010

idea dalam jamban

semalam sorang kawan bagi statement :

kau ni dari dulu mesti dapat idea dari jamban. lawak betul laa...

lawak ke?

aku rasa ramai kot orang macam aku. yelah...daripada termenung memikir benda tak berpekdah baik fikir hal semasa atau idea2 yang boleh digunakan. kecuali kalau korang mengalami masalah sembelit laa kan. dok pikir camne nak keluarkan hampas dari bawah itteww yang amatlah siksanya.

yea...aku tau itu sangat gross. tapi betul laa kan hahaha.

image from google

kalau bagi aku, sebenarnya kat mana-mana pun boleh je nak berfikir, terpulanglah pada individu. tapi yang paling best memang laa kat jamban dan semasa memandu. kalau tak, takde laa istilah sesat walaupun jalan tu aku memang dah sedia familiar.

cuma berfikir masa memandu adalah amat berbahaya ok. jangan diamalkan!

oleh itu marilah kita sama-sama berfikir dan memerah otak semasa 'melabur'.

sekian :p

Friday, October 15, 2010

suka makan seafood? meh baca ni...

sekarang ni idea utk memblog aktiviti adalah suam2 kuku so biar aku cerita pasal isu semasa jelah yea :p

pagi tadi ada tengok MHI, diorang memperkatakan tentang seafood di malaysia yang mungkin boleh pupus. according to SOS (save our seafood) website :

In 2010, Malaysia's per capita consumption (seafood laa ni) is expected to increase to 56kg and with a total population of 28.3million, we would have consumed more than 1.58 billion kg of seafood in 2010 alone.

dasat tak dasat?

korang baca laa website diorang tu untuk maklumat lanjut. kata depa, antara yang menyebabkan kepupusan haiwan lautan ni adalah cara penangkapan oleh nelayan yang boleh membahayakan hidupan-hidupan di dasar laut tu.

dan mereka juga mengadakan kempen dan mengeluarkan pamphlet untuk semua pengguna yang gemarkan seafood (macam aku). tak sure laa bleh dapat kat mana, tapi korang boleh jugak download dari --> sini.

makanan yang digalakkan untuk kita makan adalah spesis yang ditangkap dengan cara selamat. ianya kt column yang kaler hijau macam ni :


yang kaler merah pulak yang patut kita elakkan.


korang tengok betul-betul yang dalam kaler merah tu. sedap woo masak 3 rasa, sweet sour semua. nanges....sob sob sob.

tapi sesekali tu ok laa kot kan :p



p/s : ini bukan entry berbayar...