Monday, October 18, 2010

idea dalam jamban

semalam sorang kawan bagi statement :

kau ni dari dulu mesti dapat idea dari jamban. lawak betul laa...

lawak ke?

aku rasa ramai kot orang macam aku. yelah...daripada termenung memikir benda tak berpekdah baik fikir hal semasa atau idea2 yang boleh digunakan. kecuali kalau korang mengalami masalah sembelit laa kan. dok pikir camne nak keluarkan hampas dari bawah itteww yang amatlah siksanya.

yea...aku tau itu sangat gross. tapi betul laa kan hahaha.

image from google

kalau bagi aku, sebenarnya kat mana-mana pun boleh je nak berfikir, terpulanglah pada individu. tapi yang paling best memang laa kat jamban dan semasa memandu. kalau tak, takde laa istilah sesat walaupun jalan tu aku memang dah sedia familiar.

cuma berfikir masa memandu adalah amat berbahaya ok. jangan diamalkan!

oleh itu marilah kita sama-sama berfikir dan memerah otak semasa 'melabur'.

sekian :p

No comments: