Monday, October 11, 2010

tragedi oktober...tapi bukan lagu awie

korang dah tengok berita atau baca paper tak pasal kemalangan ngeri semalam. meh aku kopipes dari utusan :

SEREMBAN 10 Okt. – Seramai 12 orang maut, manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang ini.


gambar utusan

nak berita lanjut leh terjah utusan online kat sini. antara petikan yang ada lagi :

Tragedi Oktober itu mengakibatkan puluhan ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga lewat malam ini apabila pihak berkuasa terpaksa menutup laluan di kedua-dua arah untuk kerja-kerja menyelamat.

yang puluhan ribu kenderaan ni termasuk lah aku yea. aku masuk ke lebuhraya dalam kol 7 camtu, kemudian bila sampai ke kawasan air keroh, kereta dah banyak.

tak lama lepas tu ada laa bomba lalu, JPA lalu, ambulans jangan kata laa. lebih 5 buah kereta ambulans kot yang ada. dalam hati dah rasa mesti teruk keadaan kat depan sebab banyak betul ambulans.

dan satu lagi yang menyumbang keadaan sesak adalah pemandu yang tak sabar sibuk nak lalu kat emergency lane dan menyebabkan ambulans2 tersebut lambat sampai ke tempat kejadian. bodoh punya orang! tak reti sabar!

kerana kemalangan itu juga tak dapat aku nak tengok siaran lansung DR SMS sebab sampai rumah dekat kol 12 malam. tsk...tskkk...tskkk...

apa pun, takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.

No comments: