Saturday, August 30, 2008

aktiviti mem-baking

mlm kelmarin kan aku tak jadi buat kuih/kek utk majlis tu. so semlm aku merajinkan diri utk buat kek tu. pastutnya ada futsal mlm tu tp takpelah....kang posa takleh nak makan kek pulak.

start buat dari jam 9.00 sebab aku nak menunggu buttercup tu sejuk mencapai suhu bilik dulu. lama seh nak menunggu tu. kang main rembat je tak cantik lak kek aku tuh.



masuk itu, campur ini, pukul itu, belasah ini, dlm kol 9.30 batter dah siap utk dibakar.



aku bakar dalam sejam je.


dah...taraaaaa....jadik lah kek aku nih.


nak resipi? sila rujuk dapur maklong dan klik disini ni.

Friday, August 29, 2008

menu

ni lerr menu utk arini :

kek bulan julai...siap ada mickey, mcm kanak2. padahal semua bapak kanak-kanak tuh


kek utk ogos..decent laa sket

ayam masak merah. kaler dlm gambar tak berapa merah laa pulak kan

pajeri/paceri nenas. aku lupa snap gambar dalca laaa

kuih wajib ada - karipap

kuih putu ayu / puteri ayu /alah mcm2 laa nama dia

tembikai merah

tembikai kuning

puding buah2an. kuah dia aku lupa ambil. gitu lahhh...

makan makan lagi

hari ni kt ofis ada makan2 sempena sambutan bday kakitangan yg lahir pada bulan julai ngan ogos. this is our 1st time sambut majlis ni tanpa ada boss. our temporary boss pun dah pulang ke sarang dia, so kitorang pun pandai2 je meng-arrange majlis ni.

ready utk tiup lilin

majlis start jam 12.00 tengahari. sangat sesuai lerr untuk makan tengahari kan before the guys semua gi semayang jumaat. ada few staff yg lahir in july & august including ika yg aku cite aritu. tp mcm biasa laa tak semua yg hadir, so ada 4 org je. ni lerr mereka2 tu :

ika, ruzi, lihin, adnan

abis majlis reramai laaa yg menapau bawak lauk yg tak habis. tak baik dibazirkan kan. tp before tu mmg dah bungkus siap2 utk mereka2 yg tak dtg lerr.

piranha2 yg menapau....hikhikhiksssss

sib baik lerr aku tak berapa sedap perut arini. so aku takde laa menapau. makan pun tak berapa banyak (kot). kalo tak aku pun sama jek hehe.

this is what i had..bnyk lauk jek

menu utama nasi minyak dgn ayam masak merah, dalca daging, pajeri nenas (org sini sebut paceri....sama jelah tu), kek of coz, kuih muih dan buah2. nanti aku post gambar menu dia tu yea.

mereka2 yg makan tak abis2. isk isk isk..

:D

apakah?

tengok ni....


aku nyer seat belakang keta kena tumpahan paceri/pajeri nenas laa. siap dengan serdak nenas pun ikut tumpah ni kt kusyen. tu belum lagi kuah2 dia. dah alas pun still tembus lerr.


aku dah tenyeh ngan daia fabric softener, air freshner, sabun dan yang sewaktu dengannya. tp masih tak puas ati laa. rasanye mesti kena kusyen dlm lg nih.

uwaaaa....esok sure busuk keta aku.


ni sebab dok merempit bwk food coz ada makan2 kt ofis arini. ehh...tp mana ada aku bwk keta laju? aku bwk keta selow gile ok! :D

gambar2 tu semua sebelum cuci lerr.

:(

Selamat Berpuasa!

Got this from an email :

Surah Al-Baqarah Ayat 183 yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa .

So... to all my blog readers (if any) wishing u SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN YANG MUBARAK, minta maaf di atas segala yang tak berkenan di hati baik sengaja atau tidak disengajakan.

To my 'dear friend', puasa2 ni tak elok tau marah2 tau ;).

To all my frens, takde acara berbuka beramai2 bersama kah tahun ni? uols please...no komen ok hiksss.

DAN semoga kita dapat menjalani ibadah dengan kusyuk dan berkat, Insya Allah.


project failure

semlm kan aku ckp nak buat projek ni :





tapi turns out jadik :




hikhikhikssss.....

tulah....selalu org kata apa2 tu biar jadi dulu baru diwar-warkan. kan dah tak jadi. nantilah yea...kalo aku dah buat baru aku tunjukkan kt blog ni ngan resipi sekali. tp resipi tu kena lerr carik kt my other blog gituh.

Thursday, August 28, 2008

patah kaki

arini aku hantar kereta gi service. lepas beberapa tahun dok hantar ke service centre, starting from now aku nak anto ke bengkel biasa jer laaa. jauh lebih murah dpd centre tu bg. cuma maybe spare parts tak original jelah. tp cmne pun aku tetap akan hantar ke service centre once a year. kang kesian keta aku tuh kang.




so sangat laaa patah kaki aku arini. kebetulan pulak mek IT pun sama hari nak nganto keta ke servis. so...duduk laaa kt ofis jek arini. takleh nak keluar mana2.

sib baik keta siap petang ni. kena tumpang miss I nak balik kang.

mlm ni aku ada projek nak buat kek. esok ada makan2 kt ofis. kang kalo jadik kek tu aku post. tak jadik, simpan jelah gambo tu heheh.

beriadah

aku petang tadi gatal lak nak minum nescafe. padahnye jam dah menunjukkan jam 2.30 pagi ni pun aku masih buntang mata ngadap komputer. takpelah...leh aku update apa yg tertinggal kan.

cuba teka apakah ini?


meh tgk bawah meh



lagi



dan lagi



dan lagi



dan lagi lagi



dan lagi lagi lagi



lagi dan lagi dan lagiii




taraaaaaaaaaaaaa...................





hikhiksss....


kasut bowling yg dah maha uzur dah boleh di-tong-sampah-kan gituh.

ni kami meniru aksi blogger terkenal tu. ready utk melontar. sorg lg tgh lontar lerr tu

lane dia....biasa jer kan

aku main bowling lerr mlm ni. anjuran kelab sukan. main kt Dynamic Bowling. mana lagi, kompleks pusat bandar lerrr.

reception kt dynamic bowl

cepat2 daftar nama

selalu main futsal je busan gak. sesekali kita main indoor games lak. rasanye since tahun ni kitorang lom main bowling lg nih. so inilah nak gi main ni.


ramai gak yg dtg. kitorang main 4 team. aku mesti laa pilih org yg tak berapa reti ngan org2 yg tak penah pegang bola. hehehe...taktik laa ni sb aku pun cuma reti baling je. nak score tu tak pandai sgt.


tp finally aku menang gak lerr. aku dpt 4 kali strikes. cewahhhh.


gambar ni blum lg tau. ni awal2 saje tunjuk kalah :p

hik hiksss...

unlucky 3?

aku dok buat entry pasal heavy vehicles kunun, sekali rupenye aku pun keje kt company yg sama bisnes gitu. heheh.

tp tulah, driver lori ni tak tau laa cmne nak buat mereka ni sedar akan bahayanye memandu dgn keadaan yg cmtu kan. hantar kursus sekejap je sedarnya pun. bila dpt komplen, lak pegi jpj, ke mana2 bodies, balik pun lagu gitu gak. tp kebanyakan mereka ni dpt insentif berdasarkan trip yg mereka buat. so this is one of the reasons why laa kan.

driver2 kt company tempat aku kerja ni pun tak kurang hebatnya. sama aja 2x5 ngan driver other companies. cuba tnya lori biru milik M********* siapa yg tak kenal dgn kehandalan driver membawa lori yg lebih kurang schumacher tu?

tp..malang tu tak berbau kan. kang nanti sebab2 cmtulah terjadinya gini :


kes ni berlaku last monday. since aku dpt pics ni aku teringat2 kata erra fazira masa dia divorced ngan yusry dulu. dia pilih tarikh yg bnyk 3, hantaran pun 3, sebab tu dia tak kekal. cuba tgk code no lori ni :

kan? bnyk 3 kan? betul ke org kata nombor 3 ni bad luck? masa memula dulu rasanya ramai driver berebut nak lori ni sb nombor 3 yg berderet. tp dlm beberapa biji lori yg kami ada, ini yg paling teruk sekali keadaannya.

lori ni baru ok. setahun lebih je umurnya. sangat sayang kan? inilah salah satu akibat kelajuan mungkin menjadi puncanya. aku kata MUNGKIN yea. sb aku pun belum dpt laporan penuh dan sahih lagi. tp dlm musim2 hujan ni, kena lerr berhati2 dlm memandu. kos yg terlibat lak melebihi RM150k which is equal to 3 hari revenue from our branch. kitorang ni branch kecik je yea. mmg bih kurang gitu je revenue. (haihhhhhh...tak dpt bonus lg laaa aku tahun nih).

tp sebenarnya tajuk ngan kepercayaan no 3 tu bad luck sebenarnya hanyalah kebetulan saja. jgn lah percaya benda2 kurafat gini kan. cuma kena ingat malang tu tak berbau. beringat sebelum terkena.

wahh..aku membuat pesanan khidmat masyarakat disini.

eh..nak tau tak lori ni langgar apa?

bas sekolah aku dulu woo..


kesian diorang yg terlibat. harap2 cepat sembuh.

heavy vehicles yang merbahaya

kalo dulu aku dok jln kt kl, kt subang, kt jalan2 raya dipenuhi dgn kereta2 jer kan. cuba duduk di bandar industri mcm kt port klang ke psir gudang ni ke, jln dia penuh dgn lori2 besar membawa muatan, bawak kontena dan sebagainya kan.

aku ni dah laa bawak keta kecik, pastu masa memula transfer ke sini dulu nak nangis gak sebab kiri kanan lori beso. dah lerr aku ni penakut kt atas jlnraya (dulu ok....duluuuuuuuuuuu!!!!), pastu dpt lak peluang jadik kancil di tengah2 gajah cmtu. perghhh...seram tak seram.

siang td aku gi jb sb nak gi sekolah ambik buku laa kononnye, sekali boleh lak dia kata "mba nyer program kena ambik 6 sept laa kak". adoi..hangin tol laa haku rasa mcm nak mencarut jek td. aritu call kata dah leh amik. ni yg aku nak komen uni ni kt blog ni. sb dia masih baru buat (i mean in jb), so dia agak kelam kabut. tp nnt dulu lah... tak baik carut2.


balik sekolah aku kena singgah spital ni sbb nak hantar claim form utk insurance. HSI ni dulunya terkenal disebabkan kes "lumut" dia kan. tau tak?? kalo tak tau korang mmg tak baca paper laa. hiksss. tp sekarang hospital ni lah yg paling cantik kt jb ni (hosp kerajaan laa). dia fully computerised. doctor nak check patient pun bwk laptop okey. bilik pun selesa. compare ngan hospital satu lg tu (takyah laa sebut), yg dah agak sesak, hospital ni lg better. tak sia2 dia ada lumut dulu kan.


ehh...apsal dah lari tajuk dah nih.


masa nak gi spital tu aku terpaksa mengharungi jem. ada ke kol 3+ jem. sangat laa melampau. rupanya ada bas yg dok naik atas pavement kt area kampung melayu. cmne laa driver tu bawak bus kan. gilo ke hapa. kalo ko tak sayang nyawa ko tu pun, nyawa 40 org yg ko bwk tu pikir laaa woi. tak pasal2 jem pulak. kol 3 plak tu. akai ada kaaa....


tp pas lepas je bas tu jln dah clear semula.


tapi lagi....balik ke pasir gudang aku kena laa harung jem sikit. sikit jelah. disebabkan hujan kan, so aku bwk keta dgn agak perlahan lerr. lori kiri kanan berdesup2 dok jalan. gilo kot diorang ni. aku kt lane kiri bwk 80kmj, agak2 diorg ni bwk berapa yea?


lori oren ni dok geram jek nak laju sb keta dpn agak slow. pas keta tu ke kiri, hambek ko lajunya. berapa kmj yg diorg ni leh bawa sebenarnya yea? setau aku kt highway pasir gudang tu 80kmj pun dah lepas hadlaju. sb apa aku ingat? sb aku penah kena saman laaaa huhuhu. (tp still bwk laju gitu gak).


ni satu lg lori kuning belakang aku ni nampak tak? dia asik nak mencucuk2 jek. dia tak tau aku ni lg dia cucuk lg laa aku slow. padan muka kau. sekali aku amik hp nak snap gambar dia trus dia bg jarak ok. sure nampak aku dok ngambik gambo tu. padan muka! tau lak takut yea.


ni lori company apa yea? yg oren tu tau laa aku. dia siap tulis "awas kenderaan berat dan panjang" kt dpn lori tu. kecik lak tu tulisan dia. maksudnya sgt laa dkt kan. apa motif company tu tulis gitu pun aku tak tau.

tp tulah..bila gaknye mereka yg terlibat nak menguatkuasakan pergerakan lori2 ni semua. seram gak laa bila tgk lori2 ni berleluasa laju jer kt jlnraya.

isk isk iskk.

Wednesday, August 27, 2008

kolam ikan

kolam ni diilhamkan oleh my ex-boss dulu masa baru pindah sini awal tahun ni gak. quite cheap laa cost dia sebab dibuat oleh few staff and contractor gak. cuba kalo suh pro. nanges nak bayar kan. tp sebab dia sanggup nak jaga katanya, so ok lah kan. janji tak suruh aku.


tp since dia dah nak ala2 benti dulu kolam ni terbiar smpai air jadik kaler ijau, berlumut dan ikan semua m****ssss gitu. tak sesuai kot dgn tgn org nak membela. yg tahan sampai arini ialah ikan lumut atau ikan DBKL yang dok sorang2 dlm kolam tu.

tp lately dah ada org2 yg sanggup nak menghias semula dan rajin membersihkan kolam ni. tq kpd 2F yg dok bersihkan dan mencantikkannya. takdelah benda yg dah dilaburkan tu dibazirkan terbiar camtu saja kan.


diorg dah buang semua air2 yg kotor dlm kolam dan digantikan dgn yang baru. ikan DBKL pun akan dpt teman baru yeayyy!!! semalam diorg dah masukkan 4 ekor ikan dan khabarnya td petang pun dah bertambah. aku tak sempat lak nak tgk sb balik awal.


dah cantik dah kolam ni mereka bela. tanaman2 di sekeliling pun dah bersiram. aku ni bukan taknak tolong tp masa tak mengizinkan gitu (alasankah?). lgpun tangan aku nih tak tau laa sejuk ke panas ke kan. kadang tu aku tanam pokok idup, kadang tu kiok gak. tangan aku panas dingin kot kan. wahhh...mcm lagu dangdut pulak.



sok aku nak tgk kolam ni lg nak tanya kabar ikan2 dlm tu. hahaha mcm org gilokah? tp sometimes kalo penat ke lotih sgt keje, keluar tgk taman ngan kolam ni rasa relif gak tau. yelah hijau kan. musim2 ujan ni daun2 dia pun ok laaa dpt air yg cukup.

jom kita menghijaukan bumi.

pejabat kedua saya

semlm aku pegi ofis satu lg sebab nak jumpa staff utk beberapa perkara. ofisku ni terletak di sebuah kawasan yg luas, berapa ekar yea? aku pun tak ingatlah.



cantik tak tempat nih? hehe..boleh pulak nak suh kata cantik kan. penuh dgn lori2, kontena dan yg sewaktu dgnnya. tp kawasan ni ler penyumbang utama income kami kt sini.


dan satu lg tanah dia subur woo. try laa taman sayur2an, buah2an, memang menjadi. ada 2 pokok mempelam yg berbuah sepanjang musim kt sii. so diorg yg dok sini leh laa merasa hasilnya bila berhasil kan. kami ni cuma dpt dgr cerita jelah. hiksss..padahal pernah rasa gak nih.

hmm...jom tgk keadaan ofis saya ni...


note : aku menyampah tol gambo dok pacak tegak gitu. asik laaa prob. mematikan semangat aku betul lerrr. cisssssssssssssssssssss.