esok kan dah 1 muharam kan. so aku nak wish kt semua selamat tahun baru hijrah uols!!!
aku takde di jb dan di depan komputer ni kerana pulang ke kampugn halaman dan tak mahu jadi si tenggang gitu hiks. patutnye aku plan nak pegi meronggeng tp disebabkan beberapa perkara tak jadiklah. comments and bloghop pun nnt ari senin atau selasa baru aku jenguk yea.
so apakah azam tahun baru? selalu org tanye during tahun baru masehi jer kan. meh ni aku tanye lak azam baru tahun hijrah katanye.
ada baca tak doa awal dan akhir tahun baru? ni aku bubuh ni utk diri sendiri dan sapa2 yg nak guna lah yea.

DOA AKHIR TAHUN
dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
maksudnya :-
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

DOA AWAL TAHUN
dibaca 3 kali setelah masuk waktu Maghrib pada malam 1 Muharram.
maksudnya :-
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
:)

4 comments:
salam singgah
salam maal hijrah
salam awal muharram...
salam maal hijrah nok... semoga penghijrahan kita utk kali ni diredhai... amin..
mazemie maz,
salam maal hijrah utk awak juga.
cokolat,
salam maal hijrah nok. insyaAllah...
Post a Comment