Sunday, December 21, 2008

tag jantan melecur katanye

tag dari angelz lagik. 15 janz paling melecur kekdahnye.

Peraturan tag :-

  • Senaraikan 15 lelaki paling melecur pada pendapat awak.
  • Sertakan 1 gambar utk setiap seorang tersebut
  • Masukkan sebagai entri
  • Tag makhluk Tuhan yang lain

heleh...kacang banget deh. ni saje je lambat2 bagi saspen sket walaupun pecah pala nak carik seramai 15. sila lihat yea nok.


no. 15 :
nuar jeng

dulu ske banget ngan dia ni, dok kejar kesana sini. tp sekarang dah nombor 15 hiksss. alaa janji masuk senarai. ni lah satu2 nye artis mesia yg melecur bg aku. tak kisah laa dia gayah ke tak gayah ke.


no. 14 :
arjun rampal

sama mcm cokolat n angelz, aku pown ske hero hindustan ni. walaupun dia ni keturunan kelly tp dia tak berkarpet. muka tu ada laa kan tp tulah yg menampakkan macho dia. mata dia sgt laa tajam menikam. sgt kendo kan?


no. 13 :

roger federer

aku rasa antara ramai2 ahli sukan, dia ni yg paling best sekals. best in term of melecur laa buat aku hehe. tp satu je yg kureng. dia mempunyai vuluew dada yg sgt carpet. cukur leh tak weh??? semak ler!


no. 12 :

Lee Sun Gyun

dia belakon cite coffee prince as a second hero. ske dia sb cool jer orgnye. muka tak berapa hensem tp sifat cool tu yg sgt melecurkan.


no 11 :

adrian grenier

kenal? tak kenal? dia ni aku start ske tgk kt cite devil wear prada. then sekarang dia lakon kt HBO original series. tp aku tak tgk cite tu sb mls nak folo2 cite ni. tp dia agak merembes kan??


no. 10 :

tora sudiro

aku nye lep-at-de-pes-sait kt dia ni masa nonton bioskop cite nagabonar jadi 2 kt jakarta beberapa taun yg lalu. masa tu dia cakep banget deh. sekarang dia makin kurus, body dah tak berapa sedap sgt. belakon pun cite lawak2 jer. nyampah lah. tp dia tetap melecur bg aku.


no. 9 :

tim daly

belakon cite private practice, mungkin jadik kapel dr. addison tp tak jadik2 lagik. geram tol aku tgk cite tu. ehh..season 2 aku tak tgk lg dah bnyk komen lak :p. tp dia ni pown sgt melecurrr. cer kalo tgk muka dia ber moustache. haiyoooohhh cairrrr!!!


no. 8 :

richard gere

sapo tak kenal pakcik ni kan. malas nak elaborate pepnjg.


no. 7 :

lee dong wook

start ske tgk dia kt cite my girl. pastu dah kenal nak carik cite yg lelama plak hehe. muka dia ala2 sombong gitu tp dia tak gitu. muka sgt suwit dan comel saja. merembs...


no. 6 :

jerry yan

kalo belakon ala2 lembik gak orgnye. alaa korang mesti biasa tgk cite meteor garden kan? haaa dia laa belakun salah sorangnye. muka very sharp ok. aku penah tgk dia live. sgt hensem dan melecur gilerrrr. masa tgk tu kan siap kata...alahai..perfect nyer muka dia. gitu...


no. 5:

ahmad dhani

arogan, munafik, yahudi...semua laa org bg kt dia. tak kisah laa org nak kata apa. tp bg aku dia ni pown melecur gak. muka dan pesen dia mmg laa semberono je tp dia sexy in his own way.


no. 4 :

john shneider

dia ni dah beberapa kali gak muncul di blog aku kan? sgt ske dan melecur ngan pokcik ni sb apa tah. pada pandangan mata aku dia sexy so full stop hiks. org lain selera lain2 laa kan.


no. 3 :

patrick dempsey

mcdreamy ni sapa laa tak kenal kan. sgt romantik laa dan bersifat kebapaan yg tinggi. dah laa hensem gila babi, sifat cool dia sgt melecurkan nok! tak tau apa yg aku buat kalo jumpa dia nih. ehh...tp leh jumpa pown ke artis hollywood ni? hehe..


no. 2 :

wang lee hom

nama commercial dia leehom. aku ske muzik dan karya dia. siap pegi kt mostly mana2 show dan konsert dia kt mesia (kalo taiwan idak laa). he's an american.-chinese. makpak dia adalah tuan loktor di US dan dia mencarik tapak kt negara asal makpaknye. ni sorang lg muka yg very sharp. sgt melecur weh!


no. 1 :

mr X

penah jumpa dia dan.....eh eh takmo ckp bnyk ooh nnt salah ckp!. sapakah dia? dia bukan artis, tp dia melecur nomor satu. enough said!


laaa..dah abis dah? sib baik laa 15 jer, kalo 50 harus jiran sebelah umah pun aku bubuh. tp ada ke jiran sebelah umah yg melecur??? fensan kalo tgk hikss.

next? sapa nak jwp? sila laa yea.