Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Thursday, June 24, 2010

kata takmo dah tapi tetap keluar entry makan jua

ahad lepas, cikdib dan cikroz amik aku kt umah, awalnye utk tgk wayang. depa nak tgk budak setan tp aku kata dah tgk dan separuh cite tido.

so...lepas dah diskas dan keta pun dah nak masuk jln ke highway, tetiba terus membelok masuk semula ke subang. sb kitorg nak ke empire shopping gallery, latest shopping complex dan residence area yg katanya menggunakan SOHO concept di subang jaya.

cuma jalan2 tgk2 a few kedai then kitorang pi makan kt teh tarik place nih. kata cikdib tpt ni dah ada few branches dan salah satu tpt dating discussion dia. mmg konsep dia camtu. meh tgk gambo.


ada simen yg mcm tak siap ni di tepi2 dan di pintu.


kerusi meja kayu serta dinding yg agak pelik laa jugak.


tapi tetap order makan, tak boleh blah!

nasi goreng kampung utk cikroz atau mamilong panggilan gemernya.

aku dgn cikdib makan roti canai jer.


JERR????

helooo...kalori lebih tinggi dari nasik. ok...tetiba jadik calorie freak ni napa. macam selama ni kesah pun kan.

owhhh satu lagi menu adalah pelik yea. siap ada masa2 yg boleh diorder dan tak boleh. tp yg meluat tu awat tak buat asing2 je. agak menyusahkan juga disini.


dan akhir sekali pose ala2 memandang ke atas sambel tahan perut dari model kita hari ni.


ahakkk....cabotttttt!!!!!!!!!!!



Wednesday, June 23, 2010

berkenalan dengan ulam-ulaman

mari berkenalan dengan sayur dan ulam-ulaman bleh?

first is daun tenggek burung.


penah jumpa tak ulam ni? tak penah? kalu nak tgk kt pasar2 ada jual rasanya. daun ni dulu kt kebun arwah nenek aku bnyk gila. evertytime abah aku pegi jenguk2 sana dia akan amik bwk balik. tp sekarang ni dah jarang pegi so tak dpt laa nak merasa ulam ni. entah2 dah takde dah kot.

then pucuk ubi.


ni semua kenal laa kan. sapa yg tak kenal tu tak tau laa aku. mungkin mereka berasal dari paris atau pun baru balik dari uganda selatan. dulu dpt umah aku kt kampung bnyk pucuk ubi nih. tp bila dah pembangunan ambil alih, gomen bagi longkang simen instead of longkang asli, dan juga jalan dibesarkan, dah takde apa yg tinggal.

ahaaa....ulam pegaga.


dulu pun bnyk gak kt tepi2 rumah kt kg. siap dia menjalar sampai ke bawah rumah lagi. dulu kecik2 aku apa heran dgn ulam2 camtu kan. bila tgk mak makan pun kata mak makan rumput cam kambing. wehhh...dulu wehh. budak2 apa tau kan. sekarang ni takde laa sb aku pun makan jugak. siap carik kt pasar lagik. yg dkt umah aku pun dah takde sb tepi2 umah dah diganti dgn simen. pegaga jenis apa leh idup atas simen? takde ye adik2.

daun cekur.


org jawa dan org johor panggil dia kencur. org lain tak tau laa panggil apa. ehh...panggil apa lagi, panggil cekur laa kan. haaa...yg ni kt umah aku sekarang masih ada gak sket2 dalam pasu. buah cekur gak bleh diguna sbg penambah perisa di dalam masakan.


aritu balik kg mak aku dok kumpul semua ulam2an ni sebab ada kenduri. ingatkan nak buat apa laa banyak2 ni kan rupanya untuk dibuat urap. wowwww.......sedapp!!! korang tau apa itu urap?

orang johor mesti tau kan. nama panggilan lain nye adalah kerabu laa uols. atau org kampung panggil salad. tak tau gak? tgk gambar kt bawah.


ni adalah dari gugel yea. aku lupa nak amik gambar yg depa buat aritu. nak suh aku buat urap? alaa...aku tak salin resipi lagi laa dari mak aku.

lenkali jelah yea.

Monday, June 21, 2010

makan-makan dan jalan-jalan

ni entry pasal makan dan jalan. takde keje lain laa kau kecuali makan je. aku pun tatau apsal time makan je aku ske amik gambo. ke mmg dah hobi ko makan je weh? hahaha sila speku yea.

first masa aku pegi putrajaya. bnyk urusan kt sana so kena pi pagi2 & breakfast kt sana. ni brunch aku. sedap tak?


kari ayam + sayur kacang dan telo masin. perghhhh...sungguh best kombination dia kan.

then kt teppanyaki sg wang. time ni kuar dgn wani. ni mmg tempat peberet dia laa kalu kt sg wang nih.


dia suka chicken teppanyaki tp aku suka beef. makan plak dgn fuji snow ini. sgt sesuai utk mereka2 yg tinggi kolestrol ni yea. bleh menaikkan kadar ketinggian di dalam darah anda. apa aku merepek ni labu....


owhhh...i lep teppanyaki!

then ke restoran thurkah kt melawati. info diperoleh dari blog peejburhan. aku, dibah & cikroz ke sana utk mengadap nasi daun pisang.


disamping vegetarian, musti kena tambah ayam. baru masyuk!!!


ehh...ehh...apsal makan ada sesi karok lak nih?


ni adalah acara sampingan aritu. kejap je sb nak tgk wayang petang tuh. karok kt wangsa walk dan tpt tu adalah cantik.


sesi melalak plak.

ewahhh malu2 plek cikdibah yea...

kendian makan lagi. kali ni kt keramat area2 AU dkt kilang2 tuh. apekenama restoren tu aku lupa daaa.


starter mushroom soup. tak agak2 ada starter kan.


then main couse adalah ikan. sb kami semua feel2 jaga makan. padahal makan tak hengat jua adanya.

tapi opssss stop!!!!!


sudah2 laa dgn makan, makan dan makan je.

sapa nak join aku brisk walk kt tasik subang (sebelah holiday villa)?

jom jom!!



Monday, May 31, 2010

entry makan2 - hadeeja dan paparich

benda ni dah lama giler. saja jelah nak keluarkan :p

kali ni makan kt hadeeja. cafe kepunyaan deja moss. kt area ukay something laa. jgn tny aku dimana sb aku bukan navigator yg baik hikhik.


cafe ni sebenarnye bnyk jual kek lapis sarawak dan cupcakes juga beberapa masakan sarawak dan bukan sarawak. tetapi malam itu beberapa org yg perut berlapis dtg melawat. mereka terdiri daripada :

mamilong dan anak hekannye afiq. wahhh kemain ceria lagi nampaknye.


juga tak ketinggalan mamidib dan tuan empunya blog. yg ni takdak mami mami nye (malas nak tulis. mencarottttt).


malam tu kami makan mee kolok. 1st time aku makan time pegi sarawak long long time ago. kali ni makan lagi tp bukan di kuching, tp di ulu kelang plak.


cikdib yg penah dok study di swak mengintroduce kami dgn makanan ikan ini. alamakkk lupa daaa nama dia. sedap gak mcm mkn salad ikan kekdahnye.


lepas kenyang tu bleh plak pegi paparich plak sb tingin eskrim. owhhh...baru ku hengat kejadian berlaku semasa hari ibu. so ibu hayam ni membawa anak hekannnye berjln2. matik laa lama punya cerita.

tup2 org kt restoran tu tny ada tak mummy kt meja tu. dgn selamba cikdib dilantik menjadi mummy pada mlm itu. maka bermulalah acara penyerahan bunga dari anak (hekan) kepada ibu (hayam) nye.


muka kena sensored sb mereka2 adalah pemalu.


dan mendpt mkn eskrim yg diidamkan. owhh mereka mkn apa aku tak snap pun. isk iskkkk...

sekian.

Sunday, May 30, 2010

marilah makan buah dan batuk serta demam bersama2

mau batuk?

meh laa beli buah2an ni secara berjemaah.


peberet aku adalah rambutan!!! letak laa buah yg lain, kompem aku tak berapa nak pandang.owhh satu lagi manggis. yg lain tu kureng. durian lagi laa takmo.



pasni kalu batuk kena laa tanggung sendiri.


owh satu lagi gula dalam darah yg berlebihan.

hiks.

Tuesday, July 22, 2008

rezeki hari isnin

ms I from my office gave me this from her hubi's kampung :-


diorg buleh pulak nak bagi aku sebakul ok utk aku makan sorg. mau pengsan dengan high sugar aku nih kang hehehe. takde lah..i'm not fancy to durian anymore. maybe sb kecik2 dulu aku dah puas kot makan smpai one day aku muntah2 dan demam sb over sgt makan. since then aku dah tak heran sgt. kalo ada aku mkn pun secubit je buat rasa2 yg lain biar org lain mkn.

patutnya aku kena ambik kt umah diorg sunday evening tp knowing me kalo dah penyakit "M" dtg, dgn seharian aku tak keluar umah, so mmg takdelah jwpnye. dan sib baik miss I tolong bawa utk aku ke ofis tp letak diluar ok. aku ambil 2 biji dgn angan2 nak buat tempoyak utk bulan posa nanti. yg lain aku distribute pd sapa2 yg nak.
ms I also gave me these :-



oohhh...yg ni sangat syiok. tak tau napa walaupun dah penah batuk kung kung sb makan rambutan, dia tatap menjadi phojaan hatiku. aku cuma bg sorg 5 biji utk sapa2 yg mintak dan yg balance wat stock kt umah. kahkahkah..sangat bakhil betul laa kan.

maknab yg kebiasaannya bawa breakfast utk kitorg bawak lebih jemput2 dan kuih pulut panggang utk kitorang yg mcm piranha ni. so aku simpan sikit utk aku ptg tu. oh..ya...aku pulak posa arini kan, so kuih muih tu utk dibuat break fasting laa.


on the same day gak, one of the staff yg baru pulih dari sakit dan admitted for 1 month kt ICU buat makan2 bg pulut kuning dgn rendang daging & udang serta telur warna warni. first time aku tgk telur tu dibubuh color tp very nice kan the new idea.



Alhamdulillah.. murah rezeki aku arini. ramai yg bg foods, fruits so takyah susah2 aku nak masak or beli food utk buka puasa. tp murah lg rezeki diorg yg bawa all the foods & fruits utk aku tu kan.





Saturday, July 19, 2008

impiana

friday and saturday...both days aku bz bz bz. bosses from hq dtg sini for few cases, so secara tak langsung aku pun membizikan diri dgn diorg laaa. of koz kena bawa diorg mkn etc during makan time. cantek laa ofis diorg. first time aku pegi. dolu2 aku pi pejabat buruh je. ni dikira kes agak besar laa gak kan.




sabtu pun aku keje gak. patutnya its a 3rd saturday. tp since ada miting so tpaksa relakan jugak. takpe..next saturday aku leh cuti free sb ganti, and takde laa kepala aku semak nak gi kelas next week kan. syiok...syiok... balik keje aku & frens singgah umah pn sue mengecek nasik kerabu dia. sangat taste nasi dia ok. dimasak oleh mek dia, of koz import from kelantan.


meriah kaler nasik dia kan



owh..owh.. balik umah sue petang tu aku pegi tgk rumah2 contoh kt area pasir gudang ni. yesss.....bak kata kawan aku Miss J (bukan J alexander ANTM ok!!) baru 1st time dgr aku ni berwawasan. mmg tak boleh blah punya statement kan?? sebenarnya aku ni berwawasan cuma jumlah pitih je tak menyebelahi aku so aku tak mampu lg. Gituh. Rumah kt johor ni boleh di consider murah kalo banding dgn kl. aritu aku tgk nak jatuh kerusi tgk harga umah terrace yg sempoi je kt kl. dasat sungguh. so...


nilah impiana, yes...yg akan jadik impian aku jek sb umah dia dah tinggal berapa unit je. cost dia RM243k, clustered semi-detached house. murah kan kwn2 di kl ?? kan kan?? suka sgt laa dgn dia punya design. sgt modern, sexy dan menepati citarasa aku. rumah pun sexy ker?? sukati aku laa kan nak kata apa. kahkahkah. gambar ni dicilok daripada website diorg kt http://www.scientex.com.my/. ni living hall mengikut citarasa ID diorg laa. tp best sgt laa..aku pun suka ngan dia punya idea. cuma color mungkin aku ubah kalo aku punya cukup pitih. (KALAU ok... org kata tak salah kalau angan2 dulu. mana laa tau...).

utk kengkwn yg carik aku kt YM, i wont be around for a while. tp korang pun tau mana nak cari aku kan. penat alexander graham bell rekacipta ok. kalo tak reti guna gak tak tau laaa.

Friday, July 18, 2008

makan-makan

ni entry yang dah delay. aritu kan aku bagitau ada makan-makan kt ofis for staffs' bday celebration and campurkan sekali dgn farewell party of my boss. staff yang involved in bday celebration patutnya ada 4 org tp hanya 2 org je yang dpt menghadirkan diri. 2 more tu dok keluar since diorang kena kerja laaa pulak. my boss farewell patutnya due to his transfer to other branch but at the event he announced his resignation from the company.
foods

more and more foods


menu pada hari tu ialah nasi jagung, ayam masak merah, dalca dan acar plus few other things mcm kuih karipap (wajib dlm setiap majlis), kuih kole kacang, ice-cream dan oren sunkist. kalo ada yg tanya nasi jagung tu cmne, boleh laa google sendiri yea. aku pun sejak transfer sini baru kenal apa itu nasi jagung. dia lebih kurang nasi minyak gak sebenarnya, cuma tambah jagung jadi one of the rencahnya.


cake for bday celebration


cake for the boss

org yg dirai. bday gals dok tolong tiup lilin utk both cakes sb boss ada pantang takleh tiup lilin. (mandai je aku sekali ada yg report kt boss mampus...pendek kerjaya)


tapi boss takde pantang utk potong kek dan makan kek. yg tu dia ok jerr

tetamu yg dah tak sabar nak makan



antara tetamu lain yg hadir...


to boss, all the best and good luck at the new place, new environment and new people.