Thursday, July 7, 2011

kek durian yg tak berapa meletop...

yea uols. walaupun loyang kegemaran ku tu tak ku temui, tapi tetap diteruskan projek membakar kek seperti yg diplan.

durian ada 2 biji tapi nak buat 3 biji kek. maklum laa, aku ni ada 'banyak' department kt opis tu. so kena laa bagi2. lagipun ari senin tu aku cuti sb ada hal pagi. petang tu jalankan projek.


bahan2 kek - tepung, butter, gula, telur, ovelette (tapi aku tak letak sb takde stok) dan isi durian.

ini gambar semasa memutar butter dan gula yea anak2.


durian kena laa dibuang bijinya. ingat ni bubur kacang ke nak letak biji2 sekali? haaa...


dah siap tu cubaan menggunakan loyang yg aku tak biasa guna. sekali keluar2 kt tgh dia masih blum masak nok! tak reti nak bajet timing guna loyang tu lagi. dan aku masukkan laa sekali lagi dalam bakaran, boleh plak khayal buat benda lain. hasilnya.....


kek hangus..... syabas bete!!

owhhh...pagi tu masa keluar ada singgah mydin usj. nampak laa dia jual loyang2 lama dgn harga murah. lama tu maksudnya dia punya permukaan kt luar tu mcm ada calar2 sikit, tak cantik laa. tapi janji dalan dia ok, sebat jelah.


so aku pun try bakar yg seterusnya guna loyang ni. jangan tak tau rega dia cuma rm4.90 je nok!!!


result dia not bad juga laa kan. cantik dan gebu je kek aku nih. yg nampak retak tu sb aku terjatuh dulang atas dia. bleh? haha

owhh...tapi kek durian ni tak rasa durian sangat laa. kurang isi duriankot. padahal aku guna resipi yg sama dgn yg dolu2 aku buat.

next time kena tambah durian.

No comments: