Friday, July 22, 2011

makan di serai @ empire shopping gallery

pernah makan kat serai nok?

dah lama jugak dok kat subang ni, tapi baru aritu aku berpeluang pergi.


selected food ada yang local, ada yang barat. kira variety laa. boleh je kalau nak makan tengahari nasi dan lauk semua tu, tapi secara ala kadar (ala carte) laa.

menu yang kitorang makan aritu :

prawn aglio olio untuk aku.


ada seekor raja udang di tengah2 dengan udang-udang yang agak kecil didalamnya. isi perut yang lain macam tomato, capsicum semua memang tak kedekut laa, cuma masalahnye aku mana suka makan tomato dan capsicum tu. sedih kan?

cikjib makan nasi kerabu. ni salah satu diorang punya special menu.


portion banyak, boleh tahan juga rasanya. memang di recommend kalau nak makan kenyang-kenyang. ada lagi nasi2 yang lain. korang pergi laa untuk mengetest yea.

dessert pulak :


orang kampung panggil pisang goreng colek eskrim je. tapi kat serai namanya pandan banana fritters gitu. pisang goreng dengan air gula merah kot dan dimakan dengan eksrim vanila. sedap gak sesekali makan gitu. feel ala-ala judge masterchef mencoba masakan.

hasrat dihati nak makan berry pavlova yang selalu disebut-sebut orang. malangnya masa kami pegi tu pavlova tak sampai lagi. kena tunggu paling kurang setengah jam atau lebih. malas laa pulak.

so diganti dengan pistachio creme brulee. ni pun feel ala-ala masterchef ni.


makan dengan eskrim dan cokelat ditengah-tengah tu.

meh close up sikit.


woweeee....


sampai menjilat garfu kekdahnya. abaikan perut yang berlipat yea. uniform aku mengecut. *alasan*


air ni dipanggil minted calamansi soda. nasib laa gua suka tengok AFC dan TLC. so takde laa macam tercari2 apakah itu calamansi tu.

ada satu cerita lawak. ada sorang akak kat ofis aku dok cerita "akak order spagheti carbonara kat serai aritu, tapi dapat kuah kaler putih laa wak, bukan yang merah macam selalu tu!". so apa lagi, jadi bahan laa akak tu. aku cakap, "lenkali akak order la carbonara kaler merah" hahaha

satu je tak berapa best restoran ni adalah tempat yang limited. kalau pergi tengahari memang susah laa nak dapat seat. terpaksa reserve laa kan kalau nak.

contact no korang google sendiri laa yea.


4 comments:

Nava.K said...

I have been here a couple of times and simply love the food, esp the nasi kerabu and cannot get enough of it though.

linn said...

nice rite? i must repeat to get the pavlova!!!

:)

Hideossle said...

mint + calamansi + soda

belum dirasa sudah dapat bayangkan kedinginannya menusuk jiwa.

linn said...

hideossle,

hehe memang sedap kot utk mereka yang suka. tapi utk mereka2 yg tak minum carbonat drink macam saya ni memang tak gemo sangat :p