Saturday, October 4, 2008

persiapan raya

kan aritu aku balik kg ari isnin pagi katanye kan.

tp since my sis call dan suh singgah memana sb nak beli cushion cover yg matching ngan langsir baru yg dia bwk, so aku terpaksa singgah ke giant. terpaksa katanye! padahal mmg ada hati nak singgah pun hohoho.

balik2 umah semuanye telah siap dikemas. soka! soka! takdelah aku nak kena kemas lagi dah kawasan atas rumah tu. umah aku ada dua level atas dan bwh...alaa mcm kt setgh2 umah kampung kan mmg cmtu kan.

ari selasa plak kena masak2 nak hantar food ke jiran2 dan saudara mara. ini mmg dah tradisi org kampung aku, in fact kt johor pun sama. kata org jawa munjung.

mangkuk tingkat yg dah setahun disimpan telah dikeluarkan utk digunapakai

kalo zaman2 dolu kala munjung ni kita bg guna mangkuk tingkat ke mereka2 tu semua. tp since zaman dah berubah ni dan kemudahan dah ada, mak aku guna tupperware yg bnyk2 jual kt kedai tu apa yea namanye. alaa yg selalu kita beli taufufa tu. yg bulat tuh. tau kan?

kadang tu bungkus dlm plastik je lg senang. tak tumpah kan. kalo bekas plastik tu ada setengah takleh tutup rapat. yg nak menghanto ni yg leceh. dulu2 tu siap tumpah lg dlm keta. tu yg tukar taktik tuh. mudah dan selamat katanye!


sessi persiapan dibuat oleh us. ni aku amik tender potong2 sayur. dan goreng2. yg masak of koz mak aku lerr. ingat tak entry aku pasal kuah lodeh aritu. tgk bahan2 mak aku buat. kan sama kan?? hikhik


cuma mak aku nyer penuh ngan sayur2an dan bahan yg lain.


pastu lontong ni pun. sama kan mcm yg aku beli aritu.


my dedi yg buat. dia mmg ada beli bekas utk buat lontong nih. buat dlm 40 batang wooo... satu family bg sebatang je cukup. means ada 40 buah umah yg kena nganto la kan. tak pensan ko.

ni bekas lontong tu yg dah siap direbus

menu lain selaun lontong dan kuah lodeh ialah serunding, rendang daging (utk sedara terdekat je), kuah kacang dan ayam masak.......eh masak apa ek. laaa aku tak tau laa masak apa. dia mcm rendang tp kaler dia kuning sket.

kuah kacang nih still lam piuk lg

rendang dlm bekas...dah siap dah

ayam digoreng dulu sebelum dibubuh sos kuning tu...

serunding

lucky for me tahun ni tender utk hantar ke sedara yg jauh2 diambil alih oleh bro inlaw. so aku nganto yg dkt2 jek.

yeayy!!!

No comments: